"Bloggers demam dua hari "..

Thursday, January 1, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com 'cak geghekot' masa duk Sepayang dulu

Seorang di Johor Bharu, seorang di Kuantan dan searang lagi dikampong Sepakat Rompin, kalian ini adalah diantara orang2 kuat dalam keluarga kami. Depa ni lebih dikenali sebagai Cik, Shimah dan Biby yang mana lebih berketepatan lagi apabila di beliau semua ini terdedah dengan kemudahan sumber IT. Begitu juga dengan Kak Mymoon turut mengalami ketentuan yg serupa.

Keempat empat mereka ini mungkin kurang berminat dengan situasi yg dilalui oleh geng geng atau anak buah yg lain yg mengalami syndrum hobi terbaru iaitu 'berblogger's'. Namun begitu tidaklah bermakna kalian ini terlalu fanatik, hanya setakat lebihkurang 2 atau 3 belas peratus saja tumpuan yg diberikan itu, itu pun peratus nya akan turun apabila musim persekolah akan bermula nanti. Para bloggers kita yg baru ini sebahagian besarnya bertugas sebagai pendidik, sebagaimana yg diketahui jawatan2 mereka itu sememangnya perlu dititik beratkan kerna dipenuhi dengan tugas tugas yg pasti dipikul nya, sama ada ketika cuti dan sebalik nya.

November dan December 2008, saya sendiri agak kurang masa terluang, apa lagi disebelah malam nya, dek tercetus nya fenomena yg baru ini. Bermula dengan blogger di Senai yg meminta bantuan menyiapkan sebuat laman blog peribadi nya, di ikuti pula oleh 'si-cengal emas' baru relax 3,4 hari saya dikejutkan pula oleh se orang guru perempuan di sekolah kebangsaan Rompin, beliau ini agak tegas sedikit.. mahu tak mahu saya kena bantu jugak dia ni untuk menyiapkan sebuah blog asas nya,.. sambil menitis air mata tak berlagu dapat juga menyiapkan blog beliau walaupun tak selengkap mana (kik kik kik, ggurau jer Lah).

Sehingga berita disiyarkan, lebih 10 blogger baru telah muncul dipersada ini yg ada hubung kait antara mereka dan yg muntakhir nya dari parlimen titiwangsa, salah seorang tokoh yg berasal dari Melaka. Saya sendiri merasa agak curiga jugak, bimbang akan berlaku 'jelingan' terhadap satu lagi website yg berada di sebelahnya. Sebelum itu satu lagi weblog yg sedang diushakan dan masihlagi diperingkat pembangunan nya. Laman itu adalah back-up bagi laman yg dilupuskan baru baru ini dengan menjelangnya fajar dibumi permata 2009, http://permatawangi.blogspot.com.

Tiga di Kuala Lumpur, dua di Kuantan, empat di Kemaman, tiga di Johor, dua di Rompin dan beberapa lagi di jangka menyusul kemudian yg mana sekarang ini masih lagi di peringkat perbincangan.

Semoga selepas ini dengan harapan para pemilik itu, agar melangkah ke setapak lagi bagi melonjak ke papan utama, iaitu daftarkan URL(http://XXXXXXX.Blogspot.com) mereka ke SEO (search engine organisation) sama ada Yahoo, Google dan MSN bagi memudahkan 'searching' untuk pelawat pelawat di luar sana. Nanti siapa sangka si-bayuwangi.blogspot menerima check adsence dari google. Ketika lawatan mengejut semalam ke bayuwangi.blogspot didapati ada 2 orang pelawat luar singgah, bertanyakan bab pakaian agak nya, itulah kelebihan tajuk blog tersebut "kain sutera" orang klik 'kain sutera' secara automatik blog 'kain sutera' berada di paparan mereka.

Setelah lawatan mengejut selesai, satu analisa telah dihasilkan, menurut editor 2, apa yg pasti blog blog mereka ini agak positif aktifnya. Apabila di ajukan kepada tuan moderator (kik kik kik) lapuran tersebut, beliau dengan airmuka yg agak 'masam' lalu berkata "bagus memang aktif, tapi aktif dalam ruangan kotak komen itu saja" (shoumix box) lalu menghempaskan laptop nya ke atas tilam dan terus berlalu.

He.. jangan ambil hati weh.. saja nak test buat artikel pertama untuk site ini, keh keh keh.. jumpalagi di lain edisi siasat!

- bekas editor DARA /80-82

1 comments:

♥ NANA ♥ said...

:)

tu la..rasa macam makin ramai saudara yang makin rancak b'blog ni..

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi