Pisang nangka atau nangka pisang?

Friday, December 25, 2009

Baru baru ini di beritakan En.Rosli di Felda Cini 3 mendapati pokok nangka yang ditanam berdekatan dengan rumahnya menghasilkan buah nya yang terdapat juga beberapa buah pisang dicelah celah kulit buah nangka itu. Memang kejadian ini amat jarang berlaku. Untuk teks sselanjutnya sila klik tajuk.

Jejak Warisan Kg.Janglau 5

Friday, December 18, 2009


Hariraya haji yang lalu, seperti kebiyasaan nya aku sekeluarga berangkat ke kampong halaman untuk kongsi bersama sedikit kemeriyahan bersama ahli ahli keluarga yang lain.

Kebetulan perhimpunan ramai ahli ahli keluarga yang lain ini, maka timbullah pelbagai cerita, almaklumlah kepulangan mereka dari merata pelusuk banyak membawa cerita. Tidak hairanlah kalau anakbuah dari Johor dan Pahang tidak gering gusi bercerita, kerana dari negeri negeri ini ramai keluarga yang mewakilinya. Keluarga Teh, Mie, dan BB mewakili negeri Johor, keluarga Cik Saha, Muslimi, Mymoon, D’Lah, C’Mah, Pak Jek mewakili Pahang. Klik tajuk untuk baca selanjutnya



tuntut RM1 juta kerana putus tunang

Thursday, December 10, 2009

Gara-gara putus tunang, seorang pengarah urusan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat mengemukakan permohonan
di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada seorang wanita yang memutuskan pertunangan mereka pada April tahun lepas.

Antara Sejarah Endau yang hilang

Tuesday, December 1, 2009

Gambar: feri di Sarikei dan beginilah spesis yang sama pernah wujud di Sungai Endau

Eidul Adha yang baru lalu, turut mengukirkan satu ingatan lebih 40 tahun lalu. Aku dan beberapa ahli keluarga yang lain berkesempatan menghadiri majlis kesyukuran ayah saudara, Awang Salleh, yang lebih dikenali lagi dengan panggilan “Pak Cik Awang” di Kampong Simpang Sepayang Kuala Rompin.

Kesempatan itu digunakan untuk bertanya khabar saudara mara dan rakan rakan lama ‘fitst Genaration’, termasuklah Cik Gu Din, Zainal, Sham anakbuah Pak Cik Sainon. Tidak ketinggalan juga sempat bertemu ‘orang sensasi kampong’ Liyas Budu dengan lagak khusus nya. Klik tajuk untuk baca seterus nya

Kapal Korek Akan Pupus Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi

Sunday, November 8, 2009


SATU-SATUNYA kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia terletak di Tanjung Tualang, kira-kira 60 km dari Ipoh.

Ia mungkin pupus sekiranya dana tidak ada untuk memperbaiki pontun (platform terapung) pada kapal pengorek timah itu.

Kehadiran yang tak di rancang kata nya

Friday, October 30, 2009


Pada 24hb lalu, wa bersama keluarga telah berangkat ke Pantai Teluk Mak Nik Geliga Kemaman. Sebelum itu pada petang 23hb wa bersama anak turut kesana untuk menyediakan beberapa kelengkapan bagi penyediaan sambutan majlis sepena hariraya lepasa. Wa bersama para jemaah lain memasang 10 biji kanopi dan mengantur alatan alatan lain.

IPTAF atau Ikatan Pendidikan Tauhid dan Tasawuf, telah menganjurkan majlis ini bagi kawasan daerah Kemaman. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai, penjualan kitab kitab dan T-shirt serta persembahan nasyid dan teledrama dari beberapa pusat pengajian di daerah ini.

Haram GREEN Soya bean from YEO's dan FANTA APPLE

Wednesday, October 21, 2009





GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia . terbakar perut

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

35 sejadah berdiri di surau

Tuesday, October 20, 2009


Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

Bonsai Noryadin RM40,000 jadi pilihan

Sunday, October 18, 2009


Seorang pegawai bank, Noryadin Noruddin, 34, memecah tradisi kemenangan orang Melayu dalam Pertandingan Bonsai Malaysia 2009 di Kuala Lumpur semalam apabila muncul juara keseluruhan dengan pokok cucur atap yang bernilai RM40,000.

Noryadin dari Kota Bharu, Kelantan mengalahkan 153 peserta lain. Sebelum ini tiada lagi orang melayu yang memenangi pertandingan seumpama ini.

“Seni ini memerlukan kesabaran sebab seseorang itu kena mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun sebelum dapat menghasilkan pokok bonsai yang kelihatan semula jadi serta unik,” katanya yang menerima hadiah trofi, RM700 serta sijil.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola Pertandingan, Chew Yin Keen menyifatkan kemenangan Noryadin menjadi bukti seni bonsai boleh dikuasai kaum lain.

Tambahnya, aspek pengadilan diserahkan kepada juri profesional dari Taiwan, Singapura, Indonesia dan Malaysia berdasarkan keunikan, sifat semula jadi dan kesegaran pokok. - kosmo

Cara melajukan pautan internet kita

Monday, September 28, 2009

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.



4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Dari mailbox admin. Kredit kepada penulis.

Agenda Hari Raya Ke Dua ke Kuala Rompin

Saturday, September 26, 2009


Kami bertiga bertolak ke kampong lebihkurang pukul 4.30 ptg pada hari raya pertama. Saya bersama Azman dan rakan nya menuju ke destinasi 1 syawal, ia itu Kg.Simpang Sepayang, Kuala Rompin.

Hampir jam 5.30 ptg tiba di Kuantan dan berhenti di jalan Beserah untuk tidur sekejap dek mengantuk sangat setelah tidur agak lewat semalam kerna ‘bermain pelita’ dan bunga api, melayani kerenah anak anak buah. Setelah lebih kurang 20 minit tertidur saya di kejutkan dengan bunyi panggilan telepon dari kakak Rehmah yg bertanyakan berada di mana. Lantas saya meneruskan perjalanan

meraikan eidulfitri 1430H

Saturday, September 19, 2009




Kepada pengunjung,sahabat, rakan blogger dan follower blog semua
Ramadhan kini sudah tiba ke penghujungnya, Jika Allah berkehendak Insya Allah kita kan menemui Ramadhan penuh barokah.Semoga Gelar taqwa Insya Allah akan menjadi milik kita yang berharga sebagai modal langkah kita selanjutnya.
Salah faham, kesedihan, ego, tinggi diri, adalah proses dari kehidupan kita

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita. Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa perbaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau tertimpa cahya mentari...
semoga di masa mendatang terus dianugrahi kebeningan hati...
seperti layaknya telaga Kautsr..

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung maupun lewat dunia maya, Jauh didalam hati yang senantiasa didalam genggaman Allah rabbul jalil.

Semoga kita semua tidak alpa dengan kenikmatan dunia semata mata, suasana dan keriuhan di sekeliling kita perlu di ambil kira, agar tidak terlalu mempengaruhi kehidupan kita.

- pengubah3/'emel'belalang

Scooter for "Tarawih and Malam Tujuh Likor"

Tuesday, September 8, 2009


Kelmarin sebuah kenderaan ringan telah dibelikan oleh Ayah mentua saya untuk kegunaan isteri kedua nya. Mungkin kegunaan nya agak sesuai bagi seorang perempuan yang peringkat pertengahan umur nya, malah bagi kegunaan untuk ke kedai atau kerumah saudara mara yg berdekatan di bulan puasa ini.

Memang comel gaya nya, tapi kenderaan apa hendak di panggil ya, ia menggunakan kuasa beteri dan juga boleh dikayuh semacam basikal. Kelajuan nya sekitar 30km sejam. Kata Ayah saya itu, dia memilih model ini kerana kelihatan cute semacam scooter dan tidak ada gaya sebuah basikal dan banyak ciri ciri kelebihan dari model model lain yg se angkatan dengan nya. Kerana model lain lebih banyak bentuk nya seakan akan basikal dan model yg di beli nya ini harganya lebih mahal sedikit dari yang lain. Dua ribu lebih katanya. Nama nya "TaiLG" buatan Tiongkok (China).

Anak bungsu saya tidak senang duduk apabila melihat kenderaan mini ini, asyik merayu datuk nya untuk membawa scooter cute itu. Ia nya agak ringan dari motorsikal biasa, tidak perlu menggunakan minyak dan tidak perlu cukai jalan dan insuran body.

Bagi sesetengah anak muda tak sesuailah kata nya, tak boleh nak ‘congit’ atau rempit. Sebab itulah kakak saya Teh pernah ‘berceloteh’, “anak anak zaman sekarang ni, ‘mua mua’ hendak jer semua ada” tak macam emak ayah nya semasa kecil dahulu. Basikal Bak Seng adalah.. ya tak ya juga kan? zaman sekarang mereka naik atau lalui menggunakan jambatan batu atau konkrik tapi dizaman orang tua nya dulu menggunakan jambatan kayu. Namun begitu setidak tidak nya zaman kita kecil dulu ada juga jambatan besi, jalan ke Paya Sepayang tu.

Anak kecil saya si-Azmi tu, terus merenget renget hendak mendapatkan juga scooter mini itu. Saya cakap pada nya, “nantilah Abah belikan basikal pakai arang” senang nak pi sembahyang tarawih nanti, selamat bersyahur..

Bahtera Nabi Noh di Belanda

Friday, August 28, 2009





Inilah kerenah kita sebagai insan yang hidup melata di bumi ini, pelbagai ragam dan pelbagai citarasa masing masing. Salah se orang dari mereka ini ialah Johan Huibers, se orang berbangsa Belanda yang berminat untuk membina sebuah Replika Bahtera Nabi Nuh AS, beliau telah memulakan pembinaan replika itu sejak dari tahun 2005 lagi.

Replika ini di bina di Schagen Belanda, pembinaan replika bahtera ini adalah mengikut ukuran sebenar nya, seperti mana yang di ceritakan didalam kitab Injil. Dalam Al Quran kesah bahtera ini tidak di ceritakan dengan khusus hanya menjelaskan kisah penolakan umatnya, tenggelamnya dan pelajarannya yang harus diambil. Ukuran nya ukurannya sepertiga lapangan padang bola sepak.

Bagi Anda yang penghayatannya tinggi akan sangat terharu. Terbayang bagaimana dulu gelombang banjir yang sangat besar dan menakutkan dan umat Nabi Nuh dan ratusan pasang binatang berada didalamnya, ia itu seperti zirafah, gajah, singa, buaya, zebra, bison dan sebagai nya. Di dalamnya juga di tempatkan satu ruangan teater besar (seperti bioskop) untuk 50 kerusi dimana anak-anak boleh duduk menonton filem kisah tenggelam dan penemuannya. Kononnya ramai dari pengunjung agak terharu dengan idea Johan Huibers untuk membuat replika itu. Ramai juga di antara pelawat pelawat yang merasakan kagum bagaimana berada di dalamnya.

Ditingkat atas turut di sediakan tempat tempat kehidupan haiwan haiwan yang di sebut tadi. Mungkin kita disini agak sukar untuk ke eropah, untuk sama sama melawat ke bahtera Nabi Noh itu. Disini di lampirkan beberapa keping gambar sebagai tatapan semua.

Selamat menikmati dan melancong kesana!! Maha Besar Allah dengan segala kekuasaan-Nya.

- susunan Muhammed

... perginya se orang puteri

Tuesday, August 18, 2009



Segala puji dan syukur adalah milik Allah semata-mata.
Pada mula nya aku terasa ingin sekali untuk menulis kesah dan detik detik kegembiraan keluarga kami, ketika menyambut kelahiran mu, adik kecil kami pada petang itu. Jumaat 14/8/09. Aku gembira dan ingin menceritakan kegirangan itu kepada sanak saudara ku. Namun suasana ini tertangguh setelah beberapa jam kau memulakan hidup baru dibumi ini. Aku dan keluarga terasa kelu, tanpa disedari masa terus belalu dan tidak berupaya menceritakan detik detik awal kehadiran mu kepada rakan dan sanak saudara yang lain, dek kegusaran hati mengenangkan peristiwa itu.

Kesah ini amat sukar untuk di terjemahkan. Hampir 10 tahun penantian ku untuk bertemu dengan se orang adik tercinta. Rasa nya aku tidak berupaya untuk meneruskan nukilan ini. Peristiwa ini cukup meruntun hati ayah dan ibu. Kasih se orang ibu amat berharga dan kasih nya ayah tiada berpenghujung nya. Kita merancang dan Allah lah sebaik baik perancang.

Gembira ku bertukar, kau lahir dan sempat memandang keatas lalu terus menangis sayu. Kau di sambut ayah mu dan berkumandanglah azan serta iqamat membelah kesunyian, kau terus menangis dan di bawa jururawat menemui ibu mu tercinta. Kau sempat menyusu untuk beberapa detik…

Aku lemah dan tak berupaya untuk bercerita.

Malam itu bersamaan jam 11.30 malam, adik ini di pindah ke Hospital Besar Terengganu, terus ke unit rawatan rapi kata nya. Lebihkurang jam 4.30 petang ke esukan hari nya, ayah dan se orang sahabat bergegas ke tempat mu di rawat, demi mencari perkembangan kesihatan mu sayang.

Jam 2 pagi ayah kembali ke sini dan bertemu ibu di pembaringan, Ibu menangis tak terucap. Ayah dan ibu tak lena tidur nya, pada jam 5.30 pagi itu ibu tersentak dengan panggilan telefon dari Terengganu. Ibu mengejutkan ayah bersama airmata nya. Khabar sayu meruntun jiwa, adik dalam keadaan tenat. Aku tidak mengerti, ibu terus menangis berpanjangan.

Pada tanggal 16/08 waktu 7.55 pagi, kami sekeluarga terus bersiap dan bertolak ke Hospital Terengganu, ibu turut bersama walaupun kesihatan kurang mengizinkan, namun diminta oleh doctor dari Terengganu, ibu terpaksa menggagahkan diri untuk kesana. Sepanjang perjalanan kami banyak membisu dan merengkaskan cerita nya kami tiba lebihkurang jam 10.30 pagi.

Lebih kurang jam 8.50 pagi sebelum itu, kami semua berhenti di Dungun untuk mengalas perut, kami semua keluar ke gerai kecuali ibu saya yang tinggal di kereta kerana keuzuran untuk berjalan, lebihkurang jam 9.15 minit kami selesai makan dan menuju ke kereta. Kami dapati ibu sedang menangis hiba dan menceritakan telah menerima panggilan dari pihak unit rawatan rapi Hospital Terengganu, adik ku Puteri Siti Balqis sudah kembali ke rahmatullah. Dari Allah ia datang dan kepada Allah ia di kelembalikan.

Cukuplah dulu untuk disini, jari begitu gementar untuk menekan lagi papan kekunci ini dan sebelum itu dengan rendah hati saya merakamkan jutaan terimakasih, jazakallahu khairan kepada saudara mara, sahabat semua dan mereka yang banyak memberi pertolongan, nasihat dan pandangan yang sedikit sebanyak turut memberi sedikit kekuatan untuk menempuh hidup ini. Tidak kurang juga berbanyak terimakasih pada ayah saudara ku Pak Jek dan Abg Kamal dan yang lain lain, ketika menguruskan ‘pemergian’ mu sayang.

Kita semua perlulah bersabar dan menerima pangajaran dan sama samalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Azawajalla dan terus sujud kepada NYA, insya Allah.


”Wahai tuhanku ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku semasa aku kecil.”

Mengupah samseng untuk memukul suami nya

Thursday, July 30, 2009

gambar hiasan

Gara-gara tidak berpuas hati dengan aduan mengenai hubungan sulitnya, seorang isteri dipercayai mengupah orang untuk memukul suaminya hingga pengsan baru-baru ini.

Akibat kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa ia itu suami nya yang bekerja di sebuah kilang di Kemaman mengalami kecederaan di badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku dari pejabat agama kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, lelaki tersebut menyebut tentang aduan yang dibuat oleh mangsa tentang kecurangan isterinya dan minta diadakan satu pertemuan untuk berbincang.

"Lelaki tersebut meminta mangsa datang bertemunya di tepi jalan di sebuah sekolah menengah di Kemaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Mohd. Fauzi, mangsa sampai di tempat yang dijanjikan pada pukul 9.30 pagi tetapi lelaki itu tidak muncul. Setelah memerhatikan tiada orang sebagaimana di janjikan, beliau pun terus beredar.

Bagaimanapun ketika mangsa masuk ke dalam kereta untuk beredar, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerbu lalu memukulnya hingga pengsan.

Katanya, apabila sedar, mangsa berada di dalam kereta di rumah ibu mertuanya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman dan dimasukkan ke Hospital Kemaman dua hari kemudian.

Katanya, mangsa mengesyaki isterinya menjadi dalang kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira pukul 12.04 tengah hari kelmarin.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan percaya puncanya disebabkan masalah rumah tangga.

- norzasrudin@kosmo

40 dara kawal Mohamad Gaddafi di Rom

Tuesday, July 28, 2009

GAMBAR menunjukkan Gaddafi (tengah) dikawal oleh seorang pengawal peribadi wanitanya ketika beliau disambut oleh Berlusconi (kiri) di Rom, Itali pada Rabu lalu.

Kunjungan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ke Itali mendapat liputan meluas media apabila beliau membawa ratusan pengiring termasuk 40 pengawal peribadi wanita yang masih dara, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berkenaan mencipta kejutan apabila tiba di sini pada Isnin lepas dengan diiringi 300 kakitangan yang menaiki tiga pesawat Airbus dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Silvio Berlusconi.

Seperti biasa, Gaddafi membawa bersama sebuah khemah besar yang didirikan di sebuah taman di sini untuk dijadikan tempat tinggalnya sepanjang lawatan itu. Pekara ini sering di adakan bila melakukan kunjungan nya ke keluar negeri.

Setiap anggota pasukan pengawal peribadi wanita Gaddafi memakai pakaian seragam dan membawa raifal separa automatik tetapi pada masa sama mereka tidak melupakan ciri-ciri kewanitaan dengan memakai mekap, gincu dan pewarna kuku.

Pemimpin berusia 67 tahun itu merupakan antara diktator paling taksub di dunia dan beliau tidak suka kalah kepada sesiapa kecuali kepada pasukan 40 pengawal wanita itu yang rela berkorban untuknya pada bila-bila masa.

Semua pengawal wanita Gaddafi perlu mengangkat sumpah taat setia dan mereka tidak sesekali akan meninggalkan beliau bersendirian dan yang menjadi pilihan nya adalah wanita berstatus dara sahaja akan diterima menyertai pasukan elit itu. Pasukan ini bukanlah satu pasukan yang sembarangan, kerna ianya ditapis ketat kepada mereka yang berminat untuk menyertai nya.

Mereka menerima latihan di sebuah kolej khas dan perlu lulus ujian fizikal ketat selain mahir membunuh, menggunakan senjata api dan pakar dalam seni mempertahankan diri.

- Agensi/kosmo

Kejutan Budaya Di Melaka - Institute Teknoloji Unggas

Friday, July 24, 2009

ini bukan tutorial blog ya..

… dan bunga bunga pun terus berguguran,.. kejutan budaya ku terus terungkai di akhir jun yang lalu.

Penulis ini telah beberapa kali pernah mengikuti pelbagai kursus dan taklimat sebelum ini, namun konsep agenda nya agak berbeza dengan apa yang dilalui nya baru baru ini.
1979 mengikuti kursus di Pusat Latihan Belia Dusun Tua dan kursus yang di ikuti berkaitan juga dengan elektronik/elektrik selama 18 bulan dibawah anjuran Lembaga Pahang Tenggara. Sekarang titisan Dusun Tua itu di ambil alih pula oleh Ismail anak angkat kakak di Johor Baru.

selepas habis amali

1987 dan 1994 mengikuti kursus di Jalan Enggang, Hulu Kelang di bidang komunikasi dibawah pengurusan Uniphone Sdn Bhd, ahli kumpulan SAPURA Holding. Ditahun 2003 dan 2008 menghadiri kursus asas percetakan t-shirt dan ceramic di Ampang .


Belakang asrama, petang petang cari burung

Yang menjadi kejutan nya, jiwa mengalami sedikit perubahan gara gara perbezaan ‘pengetahuan yg dipelajari’ yang sebelum ini sebahagian besar nya pembawaan mahupun pekerjaan yang di lakukan lebih banyak ke arah elektronik/digital. Pekerjaan sekarang pun masih lagi berkaitan dengan telekomunikasi perhubungan, tiba tiba secara spontan nya terjun ke bidang penternakan. Mungkin juga tidaklah secara pengkhususan untuk bertukar ‘carrier’ ke bidang ini, tetapi dapat juga menambahkan satu lagi pengetahuan, untuk di kongsi bersama nanti, insya Allah.

ayam kacukan berusia 3 hari

Kursus Asas Penternakan Ayam Kampong Komersil, anjuran Institute Teknologi Unggas, Melaka. Penulis yang mengikuti nya, juga di taja oleh Jabatan Veterinar Negeri Terenganu. Seramai 7 orang peserta dari Terengganu termasuk seorang perempuan dari Marang, dan yang lain lain dari Setiu dan 2 dari Kemaman.

Pengkhususan atau secara detail nya mengenai pembelajaran di kurus tersebut, tidaklah di terangkan di sini kerana artikel ini hanya menceritakan suasana ketika berada disana.


Peserta yang datang dari Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka berjumlah 23 orang dan tinggal di bilik penginapan kecuali beberapa orang peserta dari Melaka yg datang secara sendirian. Kampus institute ini masih lagi baru, dan tempat penginapannya bagus seolah olah kategori 4 bintang, tetapi kesunyian nya amat dirasakan selepas habis saja kuliah dan membawa ke waktu malam. Kecuali kita membawa kenderaan sendiri, kerna ia berada di penempatan baru di kelilingi ladang sawit dan lebih kurang 5 kilometer pula jarak untuk ke Bandar Masjid Tanah. Apabila membuat practical sahaja baru kesunyian itu dapat di atasi kerana keluar dari kampus sama ada ke Alor Gajah, MITC – Air Keroh dan sebagainya.

Saya merasa agak kaget, kerana Cuma saya se orang saja yang datang berkursus itu yang bukan dari peniaga atau penternak ayam. Mereka yg datang berkursus itu terdiri dari peniaga yg berkaitan dengan pemasaran ayam dan para penternak ayam, sama ada ayam kampong, ayam organic, ayam daging . Cuma saya sahaja dari ‘luar’ dan ada sedikit kelucuan apabila bergaul dengan mereka ini, semasa kami sedang asyik berkuliah, sudah beberapa kali kami di kejutkan dengan bunyi ringtone handset pelajar pelajar lain. Kami ketawa apabila ringtone mereka pun dengan bunyi lagu ayam berkokok dan ayam ingin bertelor. Tak dapat nak disalahkan juga kepada mereka ini, almaklumlah kalian ini adalah penternak ayam. Agak nya bagaimana pula kalau penternak haiwan lain yg datang berkursus?..

Apabila difikirkan jauh dan renung agak berbeza gaya kerkursus 10 atau 20 tahun dahulu dengan cara yg di adakan sekarang. Kalau dahulu kita sebuk untuk menyalin atau membuat catatan apabila penceramah sedang memberi penerangan, tetapi sekarang ini kita tidaklah sesebuk mana untuk berbuat begitu . Kalau dulu penumpuan banyak dititik beratkan, hendak memahami lactural dari pensyarah lagi, hendak buat catatan lagi, kalau terkejar kejar bimbang pula nanti yg diterangkan tak difaham dan yg di buat catatan tak terkejar atau lengkap. Tetapi sekarang perubahan teknoloji semakin positif dan kemas. Unpama nya, sehabis sahaja pensyarah buat taklimat, masing masing peserta kursus mula sebuk memberi pendrive untuk di copy-paste bahan mata pelajaran yang terangkan tadi. Nak ulangkaji pun pun mudah dan ada beberapa orang peserta kursus yang turut membawa laptop masing masing. Itulah perubahan teknoloji sekarang.

Kursus tersebut mengambil masa selama 4 hari dan dihari terakhir nya, kami tidak sabar sabar rasanya untuk pulang ke tempat masing masing, apatah lagi untuk menghilangkan rasa ‘sunyi’ kami selama enpat hari itu. Hanya handset saja yg dapat menghiburkan hati, kucuali kepada mereka yg ada membawa kenderaan atau pun laptop, dengan handset dapat juga mendengar mp3 dan berbalas sms dengan rakan rakan atau adik beradik yg lain, dan saya ada menerima sms dari seorang adik yg menetap di pantai timur, dan saya menganggap nya sebagai satu gurauan walaupun hati terasa ‘pening’ apabila sms nya mengatakan yg saya ini sedang berkursus “mak gu” kerana dibawah tajaan jabatan veterinar@ jabatan haiwan. Kita ni ‘berhempas pulas’ untuk untuk menghabiskan kursus..

26 jun kursus berakhir dan pada tengahari itu, konvokesyen di adakan untuk penyampaian sijil dan kami gembira serta bersalam salaman dengan beberapa orang pensyarah dan para peserta kursus. Kembalilah pengkursus ayam kampong ke kampong masing masing.

- editor5

Dibunuh kerana memakai tudung

Monday, July 20, 2009


Ini adalah sebuah kesah seorang wanita telah ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung. Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya. Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!

Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung. Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.



Ramai blogger Mesir melahirkan kedukacitaan mereka di Twitter. Hanya dipetik dua luahan dari bloger sahaja.
Blogger Lasto Adri menyatakan, بعد أن قال الغرب أن قاتل مروة الشربينى لا يمثل ألمانيا، وأن الحادث مجرد عمل فردى،
لا أتوقع من الغرب -ذاته- أقل من أى يلغى من كل معاجمه فكرة أن المسلمين إرهابيين، ويؤمن أن بن لادن وأعوانه -مثلا- لا يمثلون العرب أو المسلمين فى شئ، وأفعالهم كلها فردية!
وعلى رأى المثل.. لا تعايرنى ولا أعايرك.. دا التعصب طايلنى وطايلك!

Selepas Barat menyatakan pembunuh Marwa tidak mewakili Jerman, dan insiden itu adalah aksi individu, saya tidak mengharap lebih dari Barat untuk memadamkan pandangan yang Muslims adalah terroris, dan untuk mempercayai Bin Laden dan rakan taulannya - sebagai contoh tidak mewakili Arab mahupun Muslims dalam apa-apa perkara, dalam semua perkara yang mereka lakukan sebagai aksi individu!

Ada peribahasa menyatakan; Jangan menyalahkan saya apa yang kamu lakukan juga! Kita berdua punya "ekstrimisme" yang sama!

Seorang lagi bloger Zeinobia, melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,
Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam, Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik or jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.

- by littleCALIPH/petikan sumber

Solat Jumaat di Masjid India tersasar arah kiblat

Saturday, July 18, 2009

LIMPAHAN orang ramai yang menunaikan solat Jumaat di luar Masjid India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam.

Gara-gara limpahan jemaah ketika solat Jumaat di Masjid India di Jalan Masjid India semalam, arah kiblat mereka yang bersolat di luar masjid dilihat tidak lagi mengikut arah yang sepatutnya.

Wartawan Kosmo! berada di kawasan tersebut ketika itu mendapati, kebanyakan jemaah di luar masjid meletakkan sejadah secara lurus berbanding arah kiblat yang sepatutnya condong kira-kira 25 darjah ke arah kiri masjid berkenaan. Kemungkinan inilah yang berlaku setiap minggu.

Arah kiblat dilihat semakin terpesong jauh di tempat jemaah yang terpaksa mendirikan solat di kaki lima premis perniagaan berhampiran masjid yang telah sesak.

Walaupun pihak masjid meletakkan tikar di hadapan masjid sebagai panduan arah kiblat kepada jemaah, namun ia seperti tidak diberi perhatian oleh para jemaah.

- ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my

Pelajar Sekolah Gaduh Di Surau Ketengah Jaya

Wednesday, July 15, 2009



Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.


Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar. Pihak polis telah pun memanggil enam orang pelajar tersebut untuk memberi keterangan. Difahamkan juga pihak sekolah telah pun menggantung pembelajaran beberapa orang pelajar yang terbabit.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.- KOSMO

Natrah telah meninggal dunia di Belanda

Friday, July 10, 2009

TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.


Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.

Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Beliau ini juga pernah tinggal di Chukai Kemaman, ekuran dari pelbagai peristiwa.

Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.



Susur galur

* 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
* Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
* Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
* 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
* September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
* 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
* 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
* 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
* Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
* 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
* 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
* 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
* Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
* 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
* Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
* Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
* 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
* 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
* 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
* Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
* 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
* 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
* 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
* 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
* 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
* 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
* 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
* 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
* 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
* 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
* 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
* 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
* Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
* 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
* 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
* 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
* Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu petikan]
* Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
* 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Last edited by orangmuda on Fri Jul 10, 2009 12:12 pm; edited 1 time in total

- kosmo/editor5

Pesanan Imam Ghazali

Monday, June 22, 2009


Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
- emel 'yang diterima'/ihangat

Jimatkan kos kerja kita?

Wednesday, June 17, 2009



Entahlah sama ada lucu atau bagaimana dengan artikel ini. Umpama juga di setesen setesen minyak di negara kita, Sekarang ini lebih banyak 'layan diri' untuk membeli minyak minyak untuk kenderaan kita. Kalu dulu ramai juga pendatang pendatang dari negara asing di ambil bertugas disini. Mungkin untuk menjimatkan tenaga kerja, konsep layan diri di perkenalkan sejak beberapa tahun lalu.

Di negara Jepun juga terdapat kesah se umpama ini juga. Misal nya di setengah setengah restoren, sudah ada konsep sebegini. Mengurangkan penggunaan tenaga kerja yang lebih dari sepatut nya. Penggunaann robot sebagai pelayan telah di perkenalkan. Mungkin dengan cara sedemikian ianya dapat menjimatkan kos dari beberapa segi.

Bagaimana kalau kita menggunakan khidmat robot pula dalam kerja kerja seharian kita? atau sebagai pembantu dalam beberapa jenis urusan kita. Sudah tentu ianya mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.

Pelancung bidan terjun ke Kemaman

Friday, June 12, 2009


perosak rumah tangga orang lain



Para pelancung dari Johor



musuh dalam selimut, si-genit Adawiyah



bergambar dipunca mata air telaga simpul



selepas mandi telaga simpul, simpulkan satu pokok ini atau daun lalang

Bermula nya dipagi itu, ahli keluarga Saufi bersama ahli keluarga Ali yang kedua duanya dari negeri Johor bergilir gilir menggunakan bilik yang satu untuk menyiapkan kebersihan diri dan kemas berpakaian. Tuan rumah dengan senyum hati nya menyediakan sarapan pagi yang berupa masakan tradisi bangsa kita, itu nasi dagang bersama laksam dan laksa gandum.

Keriuhan anak anak membakar keheningan jiwa dan itulah kemuncak suasana berkeluarga. Sesekali keheningan dipagi itu di ganggu dengan kenakalan si-genit kecil Adawiyah yang sering meluru kepada Pak Cik Mat ayah saudaranya sambil menekan nekan jari nya pada pipi kecilnya minta simpati untuk dicium. Ini pun satu hal diluar kawalan kita, seorang perempuan meminta dicium, pening jugak ya?

Anak anak kecil dari ketiga tiga keluarga itu sebuk 'menggodel' pc dengan 'game' nya dan emak ayah kalian mula melayani sarapan pagi.

Selesai sarapan pagi dihari itu, tuan rumah memulakan acara pertama dalam agenda 'pakej' percutian mereka itu. Pakej yang ditawarkan pun, agak tergesa gesa hanya dimaklumkan secara bidan terjun saja. Walaubagaimana pun kedua famili itu 'terpaksa' menerima apa yang disajikan itu. Entahlah,.. penganjur pun tak pasti sama ada ianya agenda itu berkenan dihati atau sebaliknya. Tapi tenguk air muka masing masing senyum sajer... kira okeylah tu..

Lokasi pertama sebagimana dalam pakej itu, ialah mengunjungi pantai Telaga Simpul yang dipenuhi sejarah sejarah lampau nya. Pantai itu terlebih dahulu di singgahi oleh Stanford Rafles dan Raja Haji pada masehi 18XX dahulu. Ia nya ada tercatit pada papan kenyataan berhampiran dengan sebuah telaga lama yang lebih dikenali sebagai 'Telaga Simpul'. Untuk sejarah keduanya, diatas bukit berhampiran dengan teluk dipantai itu, terdapat kesan sebuah bangunan kecil yang menjadi tempat anggota tentera bertugas ketika dizaman konfratasi dengan negara Indonesia pada pada tahun 1962-1966 dahulu. Bukit itu diberi nama sebagai Bukit Penjajat dan pernah ayah mertua kepada adik saya, Abdul Razik bertugas disitu. Beliau pernah sampai kesini beberapa tahun lalu setelah mencari tempat itu dimerata rata tempat sebelum ini. Tempat takjatuh jarang lagi dikenang inikan pula tempat bertugas.

Setelah 'pemandu pelancung' memberi beberapa penerangan dan para pelancung itu merakamkan gambar gambar nya, kami sekali lagi dikejutkan dengan satu jeritan dari kaki bukit dekat situ. Satu jeritan memanjang beberapa kali oleh seorang perempuan berambut hitam. Laungan itu terdengar sayup..med.. med.. makcik B sendiri agak terperanjat kerana anak nya Adawiyah itu yang menjerit memanggil 'med .. med..kepada ayah saudaranya,.. itu saya sendiri, he..tetapi si-ayah saudara nya itu tidak begitu mendengarnya kerana sebuk melayan 'para pelancung' yang lain.

Dari telaga kami beralih menuju ke sungai yang berdekatan dengan pantai. Kami park kereta dibawah pohon ru yang lembut melambai angin dan disatu sudut terdapat beberapa pemancing sedang melayani dunia nya. Ayah ayah dari tiga keluarga itu turun sambil tersenyum kelegaan dari sebukan sepanjang hari. Anak anak melompat kegembiraan bermain dibatu batu dan gigi air. Didalam kegalakan anak anak itu, dua orang sunti tertewas, tanpa ombak tanpa angin kencang tak semena mena kedua dua mereka itu tergolek kedalam air. Yang pening nya si-Nisa salahkan Fikriyah, si-Fikriyah pula salahkan si-Nisa, nasib baik dia tak salahkan mengapa batu dan air ada kat situ. Tak tahu mengaji nak salahkan rehal jongkang jongkit.

Lebihkurang satu jam setengah bersantai di Pantai Telaga Simpul, walau pun terasa puas dengan dengan bayu nya (bukan bayuwangi) bersama pemandangan penyejuk mata kami berangkat pula ke satu lagi destinasi peranginan yang lain, apa yang dicari atau nak cari apa setibanya rombongan kami ke lokasinya, dengan cepat anak anak melompat keluar kereta mengejar apa yang tak lari. Setelah puas dipujuk untuk ke tepi pantai namun tidak menghasilkan kejayaan, buaian juga yang menjadi penentu pilihan mereka.

Pantai Telok Kalong nama diberi, anak anak berkejaran di pentas buaian, masa dan waktu semakin meninggi, ayah ibu gembira memerhatikan..

Pantai ini juga cukup menarik dan dilengkapi dengan laman permainan, surau dan gerai gerai makanan serta pemandangan bebatuan dan perahu perahu nelayan sayup dikejauhan. Kami ayah dan ibu berehat dan berbual bual di atas kerusi dibawah pepohon ru sambil ditiup bayu laut perlahan lahan dan sahut kicauan burung.

Waktu semakin meninggi dan lebihkurang jam 12.30 tengahari kami berangkat dan menyusul pula kedestanasi berikut nya, iaitu berhampiran jeti bot di sungai Bukit Kuang. Kami kesini untuk makan tengahari dan selepas itu pulang ke 'istana sangkut' untuk berehat dan meneruskan acara sebelah petang pula.

Agenda petang nanti termasuklah, melawati tempat pembuatan otak otak, satar, ikan pais dan pulut panggang sambil menjamu selera disitu dan seterusnya ke tempat jualan keropok, ikan masin dan jelikelapa. Mungkin dilain keluaran kita akan bertemu semula dan mengikuti kesahcerita perihal yang dikatakan tadi, selamat membaca dan kita sama sama mempertingkatkan ketaqwaan untuk sujud pada yang satu.

Raja 24 jam Medan Tok Sira vs Tanjung Lumpur

Saturday, June 6, 2009


Semalam pada 5 mei jun itu, saya dengan bersendirian menongkah hasrat merendah diri untuk kesampaian di najlis meraikan mempelai di Kuantan, Kampong Tanjung Lumpur khas nya. Selepas saja merendahkan jiwa ada yang satu di masjid Medan Tok Sira, saya bersama sama ahli keluarga yang lain berkumpul di teratak kakak keempat aku Puan Saharbanun, di antara ahli keluarga yang lain yang sempat bertamu tika itu termasuklah anak kedua iaitu Puan Mymoon dari Kuala Rompin, kakak ketiga Puan Rahimah dari Senai Johor Baru dan adik, anak keenam juga dari Kuala Rompin yang lebih dikenali dengan CikGu Fadhilah.




Keriyuhan fenomena di petang itu turut digembirakan lagi dengan kemunculan adik lelaki pertama penulis ini iaitu anak ke kelapan dalam keluarga, beliau ini juga antara 'tukang blog' yang disegani dan sebelum itu ianya disusuli oleh anak ke sembilan iaitu cikgu Hanita salah seoarang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Endau. Dari jauh tersenyum jua seorang lagi adik bongsu yang tiba dari Joho Baru. Kesesakan dihari itu jelas dirumah Puan Saharbanun dengan kehadhiran ramai ahli ahli keluarga dari sebelah nya dan dari sebelah keluarga suami nya, Encik Ab.Rahim Burok, jerit pekik anak anak kalian silih berganti. Itulah suasana bila tiba nya musim perkahwinan saban tahun.

Sinar cahaya dihati ini sedikit terasa apabila mengingati anak anak dan ibu nya tidak dapat turut bersama dikeriyuhan itu, mereka gagal untuk menampilkan dek kunjungan adik adik nya ke rumah kami dari Kuala Lumpur sempena cuti persekolahan ini.

Lebihkurang waktu 3.30 petang rombongan pengantin lelaki telah pun melewati jambatan Tanjung Lumpur menuju ke destinasi nya, ketibaan rombongan itu yang dikepalai oleh Encik Ab.Rahim disambut dengan group pengantin perempuan yang terus bersalaman dengan suami nya sebagai raja 24 jam dihari itu. Seorang lagi 'si-tukang Blog' Sentiasa.blogspot.com turut kelihatan dicelah celah kelibat orang ramai yang hadhir itu. Apabila didekati beliau mengelak, apabila terserempak beliau tak dapat nak elak, langsung 'aku' tergelak sambil mematah matahkan jejaritangan untuk mengharapkan sedikit kelegaan.

Beliau tersenyum selamba sambil berkata "ada jugak bunyi kompang palsu" melirik mata nya ke satu sudut yang menempatkan kumpulan DJ yang terus meutarkan lelagu selamat pengantin baru. Selesai saja persalaman kedua pengantin itu, sekonyong konyong(bahasa Jawa ke ini?) terdengar paluan kompang dengan gempita nya. Aku tercari cari dimana kumpulan kompang itu, tidak juga kelihatan. Patutlah 'Si-mamat' editor http://sentiasa.blogspot.com tadi mengatakan ada juga 'paluan kompang palsu, ruparupa nya DJ dimajlis itu yang 'memukul kompang' melaluwi sistem audio yang dikendali nya.

Aku terus bergerak bersama kumpulan pengantin menuju persada, kedua pengantin dan aku mengambil tempat masing masing. Penepung tawar utama silih berganti, merenjis renjis airwangi dijari pengantin baru, pengantin lama macam aku ini dibuat tak kesah pun, mungkin si-perenjis ini sudah mengambil ketetapan sebagaimana rangkap lagu itu, "renjis renjis dipileh" depa ini mudah lupa yang kita ini lebih dulu jadi pengantin merasa garam itu masin. Garam sekarang garam halus, kita dulu garam bukit.. he.. he..

Rasa nya sudah 6 orang 'merenjis renjis dipileh' kami dikejutkan oleh sesaorang pembawa berita yang meminta 'oneday of the King' itu bersama permasuri of the day ke majlis santapan, kerana 'treeday' atau cuaca mula tidak konsisten, kalajuan angin mula bertukar.

Di kemesraan jamuan itu kedua pengantin dan kedua dua keluarga masing masing terpaksa menjarakan waktu kerana hujan sudah mula turun berintik, semoga datang mencurahkan rahmat nya.. isya Allah. Para tetamu, para jurukamera dan para tukang blog mula berhati hati dan mengubah kedudukan bagi mengelakkan hujan petang yang bakal melanda. Hujan turun..membasahi bumi semoga turut menyejukan hati kita untuk kedamaian sujud pada yang satu.

Hujan berhenti, langit petang menampakan diri,..aku turut meminta diri dalam keramaian itu. Melangkah pulang terserempak pula dengan seorang kenalan dari jauh. Tok Imam dari sebuah surau di Kemaman, Surau Ab.Rahman Limbong. Aku menyapa nya dan berkata "ini majlis anak saudara ana" dia tersenyum dan berkata "ini juga majlis anak saudaranya" kami ketawa, sambil berlalu..

p/s: aku dah rasa dah, macam terlupa jer nak catit nama pengantin nantilah aku edit semula.

kesah kecil cocacola

Saturday, May 30, 2009




Para pengkritik mendakwa bahawa Coca-Cola tidak begitu popular di tempat lain seperti India kerana tertimbulnya sangsi mengenai taraf kesihatan minumannya. Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan ini bercanggah dengan data bahagian pasaran. Umpamanya, bahagian pasaran Coca-Cola di India ialah 60.9%.[5]

Pada tahun 2003, Pusat untuk Sains dan Persekitaran ("Centre for Science and Environment") (CSE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di New Dehli telah mengatakan bahawa minuman bergas yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang di India, termasuknya multinasional raksasa Coca-Cola dan Pepsico, mengandungi toksin yang merangkumi lindana, DDT, malation dan klorfirifosa, iaitu pestisid yang boleh menyebabkan kanser, kemusnahan sistem imun, serta kecacatan lahir. Produk yang diuji termasuk Coke, Pepsi, Seven Up, Mirinda, Fanta, Thums Up, Limca, dan Sprite.

CSE mendapati bahawa minuman-minuman syarikat Pepsi mengandungi 36 kali lebih tinggi daripada tingkat kuantiti sisa pestisid yang boleh terima di bawah peraturan Kesatuan Eropah; Coca Cola mempunyai 30 kali. CSE mengatakan bahawa ia telah menguji produk yang sama di Amerika Syarikat dan tidak mendapati sebarang sisa pestisid.

Coca Cola dan PepsiCo dengan marahnya menafikan bahawa produk-produk mereka di India mengandungi tingkat toksin yang jauh melebihi apa yang dibenarkan di dunia membangun. Walau bagaimanapun, sebuah jawatankuasa parlimen India menyokong dapatan CSE pada tahun 2004, dan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tengah mencuba memperkembangkan piawai pestisid yang pertama dalam dunia untuk minuman bergas. Coke dan PepsiCo menentangi langkah ini, dan mengemukakan alasan bahawa ujian makmal tidak boleh dipercayai untuk mengesankan kesan-kesan pestisid di dalam minuman yang kompleks seumpama air soda.

David Cox, pengarah komunikasi Coke Asia yang berasas di Hong Kong, menuduh Sunita Narain, pengarah CSE kerana "merampas jenama" melalui penggunaan jenama Coke untuk menarik perhatian kepada kempennya yang menentang pestisid. Narain mengatakan bahawa kajian sisa-sisa pestisid CSE di dalam minuman bergas merupakan susulan yang biasa untuk kajiannya mengenai air botol.[6]

Pada tahun 2004, Coca-Cola telah digunakan sebagai pestisid untuk secara uji kaji oleh petani-petani India di Andhra Pradesh.[7] Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan sebagai daya penarik publisiti oleh penindak-penindak cergas tempatan dan petani-petani.[8]

Jualan Coca-Cola merosot sebanyak 15 peratus selepas dakwaan pestisid dibuat pada tahun 2003. Bermula dari 2005, Coke dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran minuman bergas sebanyak 95% di India.[9]

- wikipedia

Tudung antara aurat dan fesyen

Friday, May 22, 2009



SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai âfesyenâ dapat dilihat.
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al-Ahzab: 59)
Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.
Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja. Mereka juga harus memastikan ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.
- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.
- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.
- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.
- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.
- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.

Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.
Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.

(Al-Baqarah: 185)
Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.
Oleh itu, sekadar bertudung semata-mata kerana kehendak semasa bukan kerana kesedaran atas tanggungjawab sebagai seorang muslimah, masih belum mencukupi.
Kita tidak berhasrat mempertikaikan niat seseorang wanita yang memakai tudung tetapi sekadar ingin mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab untuk menjadi muslimah sejati adalah satu perkara yang wajib dan amanah yang perlu dilaksanakan.
Bertudung tetapi melakukan banyak perkara yang dilarang Allah sudah pasti tidak bermakna.

Cubalah lihat sekeliling kita bagaimana sesetengah mereka yang berpakaian sedemikian tetapi tidak mencerminkan keperibadian muslimah sebenar.
Lintang pukang
Oleh itu apabila seseorang wanita Islam membuat keputusan memakai tudung atau berjilbab ia harus memastikan ia bukanlah sekadar satu hiasan lahiriah semata-mata.
Ia hakikatnya satu langkah ke arah untuk mewujudkan jati diri sebenarnya mereka sebagai muslimah. Janganlah sekadar memakai jilbab kalau solat dan ibadat lain masih âlintang pukangâ.

Malahan mereka juga perlu membuang sifat-sifat tidak elok seperti meninggikan suara, mengumpat, mencampuri urusan peribadi orang lain dan suka melakukan perkara-perkara maksiat.
Inilah keadaan yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Kita melihat ramai wanita Islam yang berjilbab tetapi sejauh manakah mereka memikirkan bahawa bertudung itu tidak semestinya menutup aurat.

Maksudnya, kepala sahaja bertudung tetapi mereka masih melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam sama ada dari segi perbuatan dan tata cara berpakaian.
Allah menetapkan peraturan dalam soal menutup aurat dan mereka yang terlibat tidak harus mengatakan bahawa adalah hak mereka untuk menentukan haluan kehidupan mereka.
Kenyataan seumpama ini bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

(Al-Ahzab: 36)
Justeru selagi masa masih ada dan di saat Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk membentuk diri menjadi muslimah sejati maka rebutlah kesempatan yang suntuk ini.
Janganlah menganggap bahawa masa sentiasa ada untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ingatlah kematian yang menjemput manusia tidak mengira umur, masa dan ketika.

- Oleh ZULKIFLEE BAKAR/belalang

Statistik Keajaiban Al Quran



Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Wallahualam...

- koleksi emel/isuhangat

Kicap Eliza dua dalam satu?

Monday, May 18, 2009

alamat kilang kicap ini, sama dengan alamat pada botol kicap Eliza, foto by asamgaram.photopages

Tolong war-warkan pada kengkawan yang lain sebab bukan anak-anak saja yang sukakan kicap, kita mak/bapak pun suka......masak kicap. Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua org...Kicap Eliza. Dibotol kicap ini tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3,Jalan Jelapang, Ipoh. Setahu saya diBatu 3, Jalan Jelapang cuma ada kilang kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah dipersimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (ditraffic
light).

Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada disebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar ... dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti yang tertera dibotol kicap. Ermmmm, saya yang hampir sebelum ini 10 tahun tinggal disana pun tidak perasan itulah kilang kicap Eliza ... kecuali bila tengok address kilang pada botol tersebut semalam (Ahad).

Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya memang orang Islam ... seorang jutawan yang dermawan tinggal di kampong Melayu Majidee JB. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana ... satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yang warna hijau tau, bukan cover yang warna merah .yg merah, sudah dijual kpd tokey cina (sudah tentu bukan islam)...

Subject: RE: REPLY ....... AWAS! penggemar kicap!Untuk maklumat u all, setelah diselidiki dan dipantau kicap yang tertera dibawah itu, sememanglah benar, dipunyai oleh seorang tokey cina kilang kicap tersebut mengunakan nama orang melayu agar mereka mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata2 yang mengunakan kicap adalah orang melayu , jadi itu adalah strategi mereka. oleh yang demikian hindarkan saja untuk membeli jenama tersebut...semoga apa yang dimakan hendaklah halal dan sememang nya bersih. Orang Ipoh tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat sebab jadi darah daging yang menentukan sikap dan kemana kita di Akhirat nanti, *wallahualam.
- emel yang diterima

TV Hong Kong Terbitkan Drama Bersiri Altantuya

Wednesday, May 6, 2009


Television Broadcast Limited (TVB) sebuah stesyen televisyen Hong Kong akan menerbitkan satu drama bersiri berkisar tentang cerita bagaimana Altantuya dibunuh.

Jalan cerita drama tersebut adalah berdasarkan laporan yang ditulis oleh wartawan dari akhbar French liberation Arnaud Dubous.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/image0011.jpgLaporan penyiasatan Dubous telah membawa beliau sehinga ke ibu negara Monggolia, Ulan Bator, Kuala Lumpur dan kemudian pulang ke Paris.

Dubous telah mengaitkan sebuah syarikat Peranchis yang membekalkan kapal selam dengan urusniaga yang kabur, melibatkan Tentera Laut Malaysia.

Urusniaga tersebut, telah dikaitkan oleh Dubous dengan pembunuhan kejam Alytantuya Sahaaribu, seorang model Monggolia, yang bakal berusia 31 tahun (skiranya masih hidup) dilahirkan pada 6 Mei 1978.

Para peminat drama bersiri merasakan drama tentang pembunuhan Altantuya akan menjadi satu siri yang digemari ramai.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin telah mengajak orang ramai bersama-sama beliau untuk menghantar kek harijadi ke Putrajaya sebagai simbolik memperingati kes pembunuhan kejam tersebut.

Beliau melalui catatan dalam blognya akan hadir dihadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyampaikan ‘kek simbolik itu’ serta menghantar satu memorandum.

by Editor buletinonline

Derma tabung Gaza oleh artis kita

Saturday, May 2, 2009

Hanya foward sebuah emel yang diterima, syukur artis artis kita turut prihatin dengan keadaan yang dialami oleh insan yang se agama dengan kita, rakyat Palestin di Gaza. Tapi bila di amati derma yang dihulurkan oleh para artis kita hanya seringgit se orang. Jika di bandingkan dengan penderma yang bukan artis itu, yg menderma dengan not 50 ringit jauh mengatasi jumlah ringit yg di campur dengan semua aritis artis yang hadir itu. Lainlah kalau artis yg hadir itu 51 orang, saya hanya berjenaka saja, insya Allah tidak begitu. Fikir fikirkan sendiri!




Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!

Friday, May 1, 2009


Setelah sekian lama dan hampir setahun sudah Ustaz Akil Hayy dilanda gossip silih berganti dengan isu yang sama, ia itu pemyanyi Waheeda sudah menjadi isteri kedua nya dan asyik beliau serta Waheeda sendiri asyik menepis atau mengelak untuk membicarakan kesah itu, akhir nya sudah kelas terbukti dalam pengakuan ikhlas Ustaz Akil Hayy baru baru ini, sebagimana yang dilapurkan pemberita mStar.

Ustaz itu juga diberitakan pernah menonton wayang bersama Waheeda, semasa belum kahwin lagi, kalau hendak diikutkan hukum mana mungkin perbuatan itu di bolehkan agama kita. Dilaman laman 'nyamuk' sudah banyak mempersoalkan perbuatan Ustaz Akil Hayy yg pergi menonton wayang itu, tetapi apabila diminta bukti mula tergagap gagap untuk menjawab. Ikutilah pengakuan ini.

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status'mereka itu.

"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isterisaya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musimkedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan mediayang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akanmembuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihatibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yangakhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkanramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk'mendedahkan' status sebenar mereka."Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian.Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya didalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

"Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya namaWaheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis...mungkin merekamelihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

"Waheeda juga merupakan 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan DarulIslah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untukturut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

"Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang diasendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu," kataAkhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah punmemulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30malam di saluran Astro Oasis.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini,kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk 'mengiyakan'kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggupdigalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yangbaik untuk berdakwah.Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikmungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentangpelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklahdikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahunlalu.

"Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini.Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikitsaja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu," kata Akhil.

Tambah Waheeda pula, "Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya mintamaaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataansebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesadengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidakdijadikan isu?"

Namun, kata Akhil, dia bagaimanapun redha dengan apa yang melandahidupnya dan tidak merasakan dirinya telah menjejaskan status 'ustaz'.

"Saya pun tidak pernah merasakan diri saya hebat. Tetapi saya tetapbersyukur kerana orang menggelarkan saya ustaz. Apapun, kita kenalahfaham. Walaupun sebagai seorang ustaz, dia juga adalah manusia biasa.

- suntingan mStar

Beca bawa ratusan biji buah kelapa

Tuesday, April 28, 2009


MYSORE, India - Orang ramai seperti tidak percaya apabila melihat sebuah beca beroda tiga yang berenjin tetapi sarat dengan beratus-ratus biji buah kelapa, lapor sebuah akhbar semalam.

Beca itu dalam perjalanan ke sebuah pasar apabila pemandunya membawa bersama ratusan biji buah kelapa.

Mereka menyangka pemandu beca itu hilang akal kerana melakukan pekerjaan berbahaya yang boleh mengundang kemalangan.

Bagaimanapun, lelaki itu berbuat demikian dipercayai kerana terdesak untuk pergi ke pasar Kamataka di sini, selatan India tanpa perlu berulang alik.

"Setiap sebiji kelapa diikat dengan menggunakan kulitnya yang dikopek," kata seorang lelaki. - Agensi

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi