artikel lama by selendanglima.blogspot.com

Friday, January 9, 2009

Dirasakan ada juga "blogger,s baru" yg belum lihat lagi antara kesah dipantai Rompin dulu, artikel di'renew' kembali kerana cuti sekolah lambat lagi,..untuk aturcara yg sama diadakan..insya Allah.

Ei.. ada tak pemenang dimajlis 2008 tu, yang masih belum tuntut hadiah dari cengal emas? he.. he..

Hari keluarga Hj.Mohd Yusof Ab.Rahman Rompin 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

Image Hosted by UploadHouse.com

Image Hosted by UploadHouse.com


Keluarga abah saya telah menyambut hari keluarga nya untuk tahun ini 2008, di pantai hiburan Kuala Rompin pada 30/8/08 lalu. Sebahagian besar anggota keluarga adik beradik nya berjaya dihimpunkan dalam majlis itu, hanya tiga keluarga yang tak dapat bersama berikutan bertembung dengan majlis2 lain dan hal hal yg berkaitan.

Acara tahunan itu di jayakan bersebelahan dengan tapak pesta pantai Rompin, yang masih lagi beroperasi bagi setengah setengah peniaga di pesta itu. Kemeriahan sambutan hari keluarga ini berlarutan hingga ke petang, almaklumlah berjumpa sesekali diantara mereka cukup untuk menggambarkan keakraban satu keluarga khasnya.

Mereka ini yang menetap dan bekerja ditempat yang berasingan, antaranya ada yang tinggal di Taman Melati Kuala Lumpur, dua keluarga dari Senai dan Johor Baru, empat anggota keluarga dari Kuala Rompin sendiri ia itu di bandar lama Kuala Rompin, kg.sepakat dan dua lagi di Simpang Sepayang, satu dari Kuantan, satu dari Kemaman dan bagi keluarga yg tak dapat turut serta masing masing menetap di Kahang Keluang, Sarang Tiong Endau, dan di Beserah Kuantan.

Image Hosted by UploadHouse.com

Keterangan gambar:-

1-urusetia memberi amaran kepada kumpulan yg selalu buat 'provokasi'
2-'sandwich' abah saya berjaya kepringkat akhir, tapi gagal menduduki carta utama
3- unit catering yg ketuanya dua kali mendapat hadiah cabutan bertuah.. pening aku..
4-'siti nurhaliza' yang selalu menkucarkacirkan majlis orang tua..

mungkin lapuran lain akan disalurkan ke laman youtube, hanya secara ringkas saja yg dapat disiarkan, mungkin blog abah saya akan menceritakan lebih detail lagi, terimakasih!

Posted by Mohd Norazman at 6:49 PM 1 comments

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi