Manfaat program blogging

Tuesday, February 3, 2009

Seramai 16 pelajar mencatat tujuh dan lapan A dalam peperiksaan PMR (2005) di SMK Tunku Sulong, Kedah sejak mereka diperkenalkan dengan program blogging.

Meskipun perdebatan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) masih belum reda, namun ia sedikit pun tidak menghalang inisiatif British Council untuk terus memperkasakan bahasa Inggeris.

Image Hosted by UploadHouse.com

Usaha British Council ini adalah untuk melatih guru memperkukuhkan ikatan antara sistem pendidikan Malaysia dan United Kingdom serta menyokong pembelajaran dan pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia.

Ia dilakukan menerusi jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang mengadakan latihan sewaktu bekerja bagi para pelatih dan guru yang turut disokong oleh para penaja (HSBC dan Time Engineering).

Menurut guru bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Kedah, Zur'aiza Abdul Hamid, dalam memastikan pelajar meminati dan mempertingkat ilmu bahasa Inggeris, beliau mengggunakan kaedah ICT yang disaran oleh pihak British Council.

Zurai'za yang berpengalaman selama 15 tahun mengajar bahasa Inggeris mendapati, generasi muda kini terutamanya pelajar sekolah lebih cenderung ke arah Internet.

"Lihat sahaja di kafe siber atau pusat komputer, rata-ratanya dikunjungi oleh pelajar sekolah. Saya percaya melalui kaedah ini, saya dapat membantu pelajar-pelajar saya menguasai bahasa Inggeris. Selain itu, ia menjadikan proses pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan.Tambah guru berusia 39 tahun ini, sekolahnya yang terletak 58 kilometer dari Alor Star, Kedah, merupakan sebuah pekan kecil tanpa bank dan destinasi hiburan moden. Di situ jugalah, terdapat lebih 80 peratus pelajarnya yang berasal daripada keluarga penoreh getah, pekerja kilang dan buruh kasar, memperoleh keputusan peperiksaan bahasa Inggeris di bawah tahap 60 peratus.

Beliau kemudiannya terus memperkenalkan program blogging kepada pelajar tingkatan dua. Dalam pengisian ini, para pelajar perlu menghasilkan karya atau karangan bahasa Inggeris untuk disiarkan melalui laman web berdaftar. Menariknya mengenai program sebegini, hasil karya pelajar boleh dibaca dan dilayari oleh orang ramai dari seantero dunia.

Dalam masa yang singkat, saya dapati kemahiran bahasa para pelajar meningkat secara mendadak selaras dengan literasi pembacaan dan kemahiran menulis. Bukan itu saja, mereka juga mula bekerjasama dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris sesama rakan," katanya sambil memberitahu kerja berkumpulan menggalakkan kumpulan pelajarnya membentuk kemahiran komunikasi.

Lebih mengharukan selepas setahun menjalani proses pembelajaran menggunakan blogging, hasil yang dipamerkan begitu positif. Seramai 16 pelajar mencatat tujuh dan lapan A dalam peperiksaan PMR (2005), sekali gus mencatat rekod baru bagi sekolah tersebut.

-Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

1 comments:

rantong said...

Mungkin cara penulisan dalam blog seperti artikel diatas boleh dipraktikkan di setiap sekolah. Tapi perlu ada pengawasan. & setiap blog yg telah ditulis perlu dinilai bahasa inggerisnya. Ia sesuatu yg menarik.
View Profile: Rantong

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi