Berehat di Villa Cherating & bermain mak gu

Friday, March 27, 2009


main congkak ke? "mak gu" he.. he..


8,000 sen sehari sewa challet ini



Bila air pasang rumah itu dikelilingi air



Menanti banana split

13 march lalu kami sekeluarga, kecuali si-anak sulung telah berangkat ke Cherating Kuantan Pahang kerana bertujuan menghantar anak kedua kami untuk menjalani 'motivasi'. Kem tersebut yang berlalu selama 2 hari satu malam yang bertempat di Lagoona Village Cherating.

Anak kami itu, Ahmed Norazman telah ditempat di sebuah khemah bersama beberapa orang rakan nya, disamping khemah khemah rakan rakan yang lain. Setelah pendaftaran Norazman selesai, saya dan anak bongsu serta ibu kepada anak sulung saya telah mengambil keputusan untuk terus mneginap di resort tersebut. Isteri kepada saya turut bersama dan beliau bergembira dapat menginap disitu yang jauh dari kesebukan 'kota', "untuk berehat" kata nya, dan beliau juga sudah masuk bulan kelima dalam proses menjadi se orang ibu, insya Allah.

Lebih kurang jam 4.30 ptg kami bertiga bersama seorang rakan dan isteri nya, pergi ke cafe villa tersebut untuk berehat dan minum petang. Sambil berbual bual ketika menanti pesanan makanan, sempat juga kami memerhatikan keadaan alam sekitar dengan keredupan nya dan pandangan yang menarik. Keadaan disitu lebih kepada konsep 'lagun' dengan tanahnya yang beralun. Gelombang permukaan bumi nya agak menarik apabila air menjadi pasang. Tanah tinggi, air dan tanah tinggi semula dan selepas tanah tinggi sekali lagi baru air laut lepas yang terbentang. Seolah olah menjadi pulau bila berlaku air pasang, kerana disitu terdapat pula sebuah rumah yg di kelilingi air laut. Rumah tidak berpenghuni khusus hanya terdapat beberapa orang nelayan di sekitar nya yang sedang menangkap ikan.

Pesanan pun tiba, anak bongsu saya melompat lompat tak sabar untuk menikmati juadah yg dipesan nya. Banana Split makanan yg dipesan nya, iaitu buah pisang yg diadun dengan icecream dan beberapa campuran lain, buah buahan.Banana split itu di letakkan dalam sebuah perahu kecil yg tampak menarik, nasib baik juga anak saya tak makan dengan perahu perahu sekali, kalau tidak berpeluh pulak saya nak membayar nya nanti.

Rakan saya memilih 'hotplate' masakan mee yg berkonsepkan masakan negeri cina, "sedap" kata nya dan sesuailah dengan harganya 8.00 tambah saya lagi. Berapa ribu gak, disampuk anak saya yg berumur 10 tahun. Hampir satu jam kami disitu dan rakan saya pulang ke Chukai Kemaman dan saya bertiga menuju ke sebuah challet yg ditempah.

Petang itu kami berehat saja, sambil memerhatikan peserta peserta kem motivasi yg sedang berkumpul dipadang. Selepas sembahyang maghrib, anak saya dan ibu nya pergi semula ke cafe tadi untuk makan malam dan membeli makanan sebagai alas perut kami malam nanti. Challet itu yg sewa nya 80.00 sehari turut di lengkapi dengan tv dan pendingin udara tetapi bilik air nya tidak luas mana, tak boleh muat ramai kata anak saya. Anak saya ini lawyer burok jugak, macam menurun jer..menurun suami ibu nya barangkali. Malam itu saya tak kemana mana, hanya berehat dalam bilik sepuas puas nya. Setelah bertahun agak sebuk dengan hiruk pikuk dengan kekejaman dunia.

Pagi keesukkan nya, kami keluar awal dari penginapan untuk mencari makanan pagi kerana saya masuk kerja pada jam 10.30 pagi nanti. Saya bertugas di bandar Kemaman yg jarak nya lebih kurang 20 minit dari resort tersebut, walaupun tidak sejauh mana tapi rakan rakan ditempat kerja agak gempak apabila diberitahu yg saya menginap dicherating dan datang kerja dari sana. Pada hari itu saya minta pulang awal dari boss, kerana untuk mengambil keluarga saya di Cherating dan pada pukul 5.36 ptg saya tiba diresort itu. Para peserta kem motivasi sudah mula bersurai, saya sekeluarga dan rakan yg semalm tu, mengambil peluang menikmati suasana nyaman di petang itu.

Kami pergi ke birai pantai yg beralun di depan resort itu, ketika itu air surut dan pemandangan agak jelas dan cuaca agak baik. Kelihatan sayup sayup jauh di atas bukit yg semacam telok itu, beberapa rumah dan villa menarik kepunyaan Club Meditranean. Seolah olah berkonsep kolonial. Menarik sekali, kalau nak rakam gambar nya agak rumit juga kerana agak jauh. Kalau setakat camera cap ayam serama, tak payah lah nak fokus, senyum dek orang putih jer.

Terlupa pulak, sebelum pergi kerja pagi itu, anak saya Norazmi sempat menjenguk dibawah challet dan beliau tertanya tanya 'apa dia lubang bulat bulat' yg terdapat dibawah tangga itu. Saya tergamam dan kembali mengingati nostalgia semasa di kampong 40 tahun dahulu. Saya beri tahu anak saya itulah 'permainan' abah masa kecik dahulu. Masa dulu mana ada videogame, mana ada playstation dan mana ada cybercafe.

Itulah sarang "mak gu" kata saya lagi, dan nama sainstifik nya saya pun tidak mengetahui. Saya cakap kat anak saya, cuba ambil seekor semut dan letakkan dalam lobang itu, anak saya lalu mencari semut kemudian dia letakkan dalam sarang mak gu. Norazmi terkejut kerana mendapati percikan pasir dalam lobang tersebut kerana "mak gu" menangkap semut itu. Beliau berkata bagus main ni abah ya? sebab tak pakai current dan jimat letrik kata nya. Terbakar perut!

Lebih kurang jam 6.30 ptg kami check out, dan ibu kepada anak saya mula merancang untuk bercuti lagi dilain kali, mungkin bulan jun nanti kata nya dan meminta cadangan dari saya dimana lagi tempat tempat yg menarik. Saya diam saja, lalu berkata "kita try gi kat challet taman melatilah pulak atau ke pantai Lido" anak saya menyampuk "tak bestlah abah kat pantai Lido" tak ada ombak katanya. Yang si-Norazman ni tak banyak cakap pada petang itu, mungkin trauma dengan kem motivasi nya itu.

Sebenarnya banyak lagi cerita cerita yg menarik untuk dipaparkan, tetapi bimbang juga nanti pembaca semua boring, kerana penat membaca, panjang sangat. Saya pun rasa boring juga, penat menekan keyboard ni. Kita jumpa lagi dilain masa.

- pokok sengatkeli

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi