musim 'kekah birai' bulan jun nanti..

Monday, March 23, 2009



Baru baru ini ayah kepada isteri saya, telah membeli sebuah bot dan sebuah tongkang di Pulau Batam Indonesia. Kedua dua kenderaan laut tersebut selamat tiba ke distinasi nya Chukai Kemaman dengan selamat, walau pun sebelum ini bot itu mengalami kerosakkan injin dan terkandas di Mersing beberapa hari.

Chukai Kemaman yang sudah terkenal dengan tempat persinggahan pelaut pelaut zaman dahulu, sehingga kini masih lagi terdapat kesan kesan pendaratan pelayar pelayar itu yang antaranya juga dengan Raja Haji Riau @ Stanford Raffle (kalau tak silap) sehingga terlahir nya sebuat tempat yang bernama 'Telaga Simpul' yang kesahnya mungkin akan tersiar dilain keluaran. Begitu juga dengan kesah sejarh nya Natrah, se orang perempuan Belanda yang pernah menetap di Chukai Kemaman, dimana ianya menjadi satu isu antarabangsa sehinggakan beberapa orang telah terkorban.

Demi mencari keberkatan dan rahmat dari yang maha esa, tuan punya tongkang itu telah mengadakan majlis tahlil dan sembahyang hajat di atas tongkang itu, bulan lalu. Bot yang sama sama dibawa pulang itu, rosak bagi kali kedua nya dan sekarang tersadai diatas darat berhampiran jeti Sungai Bukit Kuang.

Selepas majlis sembahyang hajat dan tahlil itu, para jemputan diraikan dengan jamuan nasi berlauk gulai lembu dab kambing. Yang lebih rasa gembira nya, sambil sambil menjamu selera diwaktu malam itu, tiupan angin perlahan dibuai dengan gelombang gelombang kecil dan tanpa di sedari berlaku sedikit kekecuhan keran kesilapan maklumat. Pertukaran periuk gulai kambing dengan gulai lembu, dimana periuk yang disangkakan gulai kambing itu, dimaklumkan oleh 'sesaorang' mengatakan periuk yang berisi daging kambing, walhal keadaan sebenar nya adalah daging lembu.

Para jemputan tak banyak berfikir lantas mengambil 'gulai kambing' itu sileh berganti, apabila makan beberapa suap kalian mula asyik memandang antara satu sama lain. Nak bercakap terasa malu..

Kanak kanak turut riuh berkejaran dan ramai juga tetamu melawat sebuah bot yang agak besar dan berlabuh di tambatan tongkang itu. Kami sekeluarga ambil kesempatan berbual bual tetamu tetamu yang hadhir dan mengambil gambar gambar suasana disitu.

Menjelang nya bulan jun nanti, kemungkinan jua tambatan itu agak sebuk sebagimana ditahun tahun lalu kerana musim mencandat sotong bakal tiba lagi. Juga dikenali sebagai musim 'kekah birai'..(mabuk laut).

Gambar bawah kiri:bukan bot nabi Noh,
bot yang rosak kali kedua dan di parking kat ats dart

Gambar atas: Tongkang yang di adakan kenduri dia atas nya, malam sebelum itu

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi