trend fesyen artis mengandung

Friday, March 6, 2009

Entah datang dari mana trend sebegini, apakah ia terus melakarkan kepopulariti mereka? begitulah arus yang dilalui oleh para artis kita. Sudah sekian lama posting begini terpampang di dada dada akbar, dan trend ini semakin menjadi sejak kebelakangan ini.

Mungkin target utama berpecah kepada beberapa cabang 'kebahagian' kepada kalian yang terlibat. Populariti kepada model yang di expostkan mahupun meningkatkan perhatian 'pengguna' akhbar atau majalah yang menyiarkan aksi aksi yang di siarkan.

Ada juga para pembaca yang 'pening' bila meneliti gambaran yang disiarkan itu. Mungkin ada manafaat atau sebalik nya, itu masing masing punya cerita. Bagi sesetengah orang cerita cerita begini amat merimaskan, apalagi dengan lampiran gambar gambar yang kurang 'manis' untuk tatapan umum. Kanak kanak pula akan tertanya tanya dan yang si-dewasa pula 'apa nak dikata'.. yang menerbitkan tersenyum gembira dan yang menjadi 'objek' itu lega kepuasan.

Memang ianya menjadi hukum alam, tapi cara penampilan untuk tatapan ramai itu, ada yang mempertikaikan. Apakah ia untuk pencipta fesyen? atau untuk memeriahkan gelombang persada hiburan tanah air,..

Rasanya tak perlulah untuk ditampilkan gambar gambar nya disini, nanti ramai pula yang kurang selesa, kalau rasa tak gembira cari saja kat internet explorer tak kiralah mana mana web browser pun. Selamat mencuba..

- pekidar Seremban

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi