Pelancung bidan terjun ke Kemaman

Friday, June 12, 2009


perosak rumah tangga orang lain



Para pelancung dari Johor



musuh dalam selimut, si-genit Adawiyah



bergambar dipunca mata air telaga simpul



selepas mandi telaga simpul, simpulkan satu pokok ini atau daun lalang

Bermula nya dipagi itu, ahli keluarga Saufi bersama ahli keluarga Ali yang kedua duanya dari negeri Johor bergilir gilir menggunakan bilik yang satu untuk menyiapkan kebersihan diri dan kemas berpakaian. Tuan rumah dengan senyum hati nya menyediakan sarapan pagi yang berupa masakan tradisi bangsa kita, itu nasi dagang bersama laksam dan laksa gandum.

Keriuhan anak anak membakar keheningan jiwa dan itulah kemuncak suasana berkeluarga. Sesekali keheningan dipagi itu di ganggu dengan kenakalan si-genit kecil Adawiyah yang sering meluru kepada Pak Cik Mat ayah saudaranya sambil menekan nekan jari nya pada pipi kecilnya minta simpati untuk dicium. Ini pun satu hal diluar kawalan kita, seorang perempuan meminta dicium, pening jugak ya?

Anak anak kecil dari ketiga tiga keluarga itu sebuk 'menggodel' pc dengan 'game' nya dan emak ayah kalian mula melayani sarapan pagi.

Selesai sarapan pagi dihari itu, tuan rumah memulakan acara pertama dalam agenda 'pakej' percutian mereka itu. Pakej yang ditawarkan pun, agak tergesa gesa hanya dimaklumkan secara bidan terjun saja. Walaubagaimana pun kedua famili itu 'terpaksa' menerima apa yang disajikan itu. Entahlah,.. penganjur pun tak pasti sama ada ianya agenda itu berkenan dihati atau sebaliknya. Tapi tenguk air muka masing masing senyum sajer... kira okeylah tu..

Lokasi pertama sebagimana dalam pakej itu, ialah mengunjungi pantai Telaga Simpul yang dipenuhi sejarah sejarah lampau nya. Pantai itu terlebih dahulu di singgahi oleh Stanford Rafles dan Raja Haji pada masehi 18XX dahulu. Ia nya ada tercatit pada papan kenyataan berhampiran dengan sebuah telaga lama yang lebih dikenali sebagai 'Telaga Simpul'. Untuk sejarah keduanya, diatas bukit berhampiran dengan teluk dipantai itu, terdapat kesan sebuah bangunan kecil yang menjadi tempat anggota tentera bertugas ketika dizaman konfratasi dengan negara Indonesia pada pada tahun 1962-1966 dahulu. Bukit itu diberi nama sebagai Bukit Penjajat dan pernah ayah mertua kepada adik saya, Abdul Razik bertugas disitu. Beliau pernah sampai kesini beberapa tahun lalu setelah mencari tempat itu dimerata rata tempat sebelum ini. Tempat takjatuh jarang lagi dikenang inikan pula tempat bertugas.

Setelah 'pemandu pelancung' memberi beberapa penerangan dan para pelancung itu merakamkan gambar gambar nya, kami sekali lagi dikejutkan dengan satu jeritan dari kaki bukit dekat situ. Satu jeritan memanjang beberapa kali oleh seorang perempuan berambut hitam. Laungan itu terdengar sayup..med.. med.. makcik B sendiri agak terperanjat kerana anak nya Adawiyah itu yang menjerit memanggil 'med .. med..kepada ayah saudaranya,.. itu saya sendiri, he..tetapi si-ayah saudara nya itu tidak begitu mendengarnya kerana sebuk melayan 'para pelancung' yang lain.

Dari telaga kami beralih menuju ke sungai yang berdekatan dengan pantai. Kami park kereta dibawah pohon ru yang lembut melambai angin dan disatu sudut terdapat beberapa pemancing sedang melayani dunia nya. Ayah ayah dari tiga keluarga itu turun sambil tersenyum kelegaan dari sebukan sepanjang hari. Anak anak melompat kegembiraan bermain dibatu batu dan gigi air. Didalam kegalakan anak anak itu, dua orang sunti tertewas, tanpa ombak tanpa angin kencang tak semena mena kedua dua mereka itu tergolek kedalam air. Yang pening nya si-Nisa salahkan Fikriyah, si-Fikriyah pula salahkan si-Nisa, nasib baik dia tak salahkan mengapa batu dan air ada kat situ. Tak tahu mengaji nak salahkan rehal jongkang jongkit.

Lebihkurang satu jam setengah bersantai di Pantai Telaga Simpul, walau pun terasa puas dengan dengan bayu nya (bukan bayuwangi) bersama pemandangan penyejuk mata kami berangkat pula ke satu lagi destinasi peranginan yang lain, apa yang dicari atau nak cari apa setibanya rombongan kami ke lokasinya, dengan cepat anak anak melompat keluar kereta mengejar apa yang tak lari. Setelah puas dipujuk untuk ke tepi pantai namun tidak menghasilkan kejayaan, buaian juga yang menjadi penentu pilihan mereka.

Pantai Telok Kalong nama diberi, anak anak berkejaran di pentas buaian, masa dan waktu semakin meninggi, ayah ibu gembira memerhatikan..

Pantai ini juga cukup menarik dan dilengkapi dengan laman permainan, surau dan gerai gerai makanan serta pemandangan bebatuan dan perahu perahu nelayan sayup dikejauhan. Kami ayah dan ibu berehat dan berbual bual di atas kerusi dibawah pepohon ru sambil ditiup bayu laut perlahan lahan dan sahut kicauan burung.

Waktu semakin meninggi dan lebihkurang jam 12.30 tengahari kami berangkat dan menyusul pula kedestanasi berikut nya, iaitu berhampiran jeti bot di sungai Bukit Kuang. Kami kesini untuk makan tengahari dan selepas itu pulang ke 'istana sangkut' untuk berehat dan meneruskan acara sebelah petang pula.

Agenda petang nanti termasuklah, melawati tempat pembuatan otak otak, satar, ikan pais dan pulut panggang sambil menjamu selera disitu dan seterusnya ke tempat jualan keropok, ikan masin dan jelikelapa. Mungkin dilain keluaran kita akan bertemu semula dan mengikuti kesahcerita perihal yang dikatakan tadi, selamat membaca dan kita sama sama mempertingkatkan ketaqwaan untuk sujud pada yang satu.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi