Raja 24 jam Medan Tok Sira vs Tanjung Lumpur

Saturday, June 6, 2009


Semalam pada 5 mei jun itu, saya dengan bersendirian menongkah hasrat merendah diri untuk kesampaian di najlis meraikan mempelai di Kuantan, Kampong Tanjung Lumpur khas nya. Selepas saja merendahkan jiwa ada yang satu di masjid Medan Tok Sira, saya bersama sama ahli keluarga yang lain berkumpul di teratak kakak keempat aku Puan Saharbanun, di antara ahli keluarga yang lain yang sempat bertamu tika itu termasuklah anak kedua iaitu Puan Mymoon dari Kuala Rompin, kakak ketiga Puan Rahimah dari Senai Johor Baru dan adik, anak keenam juga dari Kuala Rompin yang lebih dikenali dengan CikGu Fadhilah.




Keriyuhan fenomena di petang itu turut digembirakan lagi dengan kemunculan adik lelaki pertama penulis ini iaitu anak ke kelapan dalam keluarga, beliau ini juga antara 'tukang blog' yang disegani dan sebelum itu ianya disusuli oleh anak ke sembilan iaitu cikgu Hanita salah seoarang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Endau. Dari jauh tersenyum jua seorang lagi adik bongsu yang tiba dari Joho Baru. Kesesakan dihari itu jelas dirumah Puan Saharbanun dengan kehadhiran ramai ahli ahli keluarga dari sebelah nya dan dari sebelah keluarga suami nya, Encik Ab.Rahim Burok, jerit pekik anak anak kalian silih berganti. Itulah suasana bila tiba nya musim perkahwinan saban tahun.

Sinar cahaya dihati ini sedikit terasa apabila mengingati anak anak dan ibu nya tidak dapat turut bersama dikeriyuhan itu, mereka gagal untuk menampilkan dek kunjungan adik adik nya ke rumah kami dari Kuala Lumpur sempena cuti persekolahan ini.

Lebihkurang waktu 3.30 petang rombongan pengantin lelaki telah pun melewati jambatan Tanjung Lumpur menuju ke destinasi nya, ketibaan rombongan itu yang dikepalai oleh Encik Ab.Rahim disambut dengan group pengantin perempuan yang terus bersalaman dengan suami nya sebagai raja 24 jam dihari itu. Seorang lagi 'si-tukang Blog' Sentiasa.blogspot.com turut kelihatan dicelah celah kelibat orang ramai yang hadhir itu. Apabila didekati beliau mengelak, apabila terserempak beliau tak dapat nak elak, langsung 'aku' tergelak sambil mematah matahkan jejaritangan untuk mengharapkan sedikit kelegaan.

Beliau tersenyum selamba sambil berkata "ada jugak bunyi kompang palsu" melirik mata nya ke satu sudut yang menempatkan kumpulan DJ yang terus meutarkan lelagu selamat pengantin baru. Selesai saja persalaman kedua pengantin itu, sekonyong konyong(bahasa Jawa ke ini?) terdengar paluan kompang dengan gempita nya. Aku tercari cari dimana kumpulan kompang itu, tidak juga kelihatan. Patutlah 'Si-mamat' editor http://sentiasa.blogspot.com tadi mengatakan ada juga 'paluan kompang palsu, ruparupa nya DJ dimajlis itu yang 'memukul kompang' melaluwi sistem audio yang dikendali nya.

Aku terus bergerak bersama kumpulan pengantin menuju persada, kedua pengantin dan aku mengambil tempat masing masing. Penepung tawar utama silih berganti, merenjis renjis airwangi dijari pengantin baru, pengantin lama macam aku ini dibuat tak kesah pun, mungkin si-perenjis ini sudah mengambil ketetapan sebagaimana rangkap lagu itu, "renjis renjis dipileh" depa ini mudah lupa yang kita ini lebih dulu jadi pengantin merasa garam itu masin. Garam sekarang garam halus, kita dulu garam bukit.. he.. he..

Rasa nya sudah 6 orang 'merenjis renjis dipileh' kami dikejutkan oleh sesaorang pembawa berita yang meminta 'oneday of the King' itu bersama permasuri of the day ke majlis santapan, kerana 'treeday' atau cuaca mula tidak konsisten, kalajuan angin mula bertukar.

Di kemesraan jamuan itu kedua pengantin dan kedua dua keluarga masing masing terpaksa menjarakan waktu kerana hujan sudah mula turun berintik, semoga datang mencurahkan rahmat nya.. isya Allah. Para tetamu, para jurukamera dan para tukang blog mula berhati hati dan mengubah kedudukan bagi mengelakkan hujan petang yang bakal melanda. Hujan turun..membasahi bumi semoga turut menyejukan hati kita untuk kedamaian sujud pada yang satu.

Hujan berhenti, langit petang menampakan diri,..aku turut meminta diri dalam keramaian itu. Melangkah pulang terserempak pula dengan seorang kenalan dari jauh. Tok Imam dari sebuah surau di Kemaman, Surau Ab.Rahman Limbong. Aku menyapa nya dan berkata "ini majlis anak saudara ana" dia tersenyum dan berkata "ini juga majlis anak saudaranya" kami ketawa, sambil berlalu..

p/s: aku dah rasa dah, macam terlupa jer nak catit nama pengantin nantilah aku edit semula.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi