... perginya se orang puteri

Tuesday, August 18, 2009



Segala puji dan syukur adalah milik Allah semata-mata.
Pada mula nya aku terasa ingin sekali untuk menulis kesah dan detik detik kegembiraan keluarga kami, ketika menyambut kelahiran mu, adik kecil kami pada petang itu. Jumaat 14/8/09. Aku gembira dan ingin menceritakan kegirangan itu kepada sanak saudara ku. Namun suasana ini tertangguh setelah beberapa jam kau memulakan hidup baru dibumi ini. Aku dan keluarga terasa kelu, tanpa disedari masa terus belalu dan tidak berupaya menceritakan detik detik awal kehadiran mu kepada rakan dan sanak saudara yang lain, dek kegusaran hati mengenangkan peristiwa itu.

Kesah ini amat sukar untuk di terjemahkan. Hampir 10 tahun penantian ku untuk bertemu dengan se orang adik tercinta. Rasa nya aku tidak berupaya untuk meneruskan nukilan ini. Peristiwa ini cukup meruntun hati ayah dan ibu. Kasih se orang ibu amat berharga dan kasih nya ayah tiada berpenghujung nya. Kita merancang dan Allah lah sebaik baik perancang.

Gembira ku bertukar, kau lahir dan sempat memandang keatas lalu terus menangis sayu. Kau di sambut ayah mu dan berkumandanglah azan serta iqamat membelah kesunyian, kau terus menangis dan di bawa jururawat menemui ibu mu tercinta. Kau sempat menyusu untuk beberapa detik…

Aku lemah dan tak berupaya untuk bercerita.

Malam itu bersamaan jam 11.30 malam, adik ini di pindah ke Hospital Besar Terengganu, terus ke unit rawatan rapi kata nya. Lebihkurang jam 4.30 petang ke esukan hari nya, ayah dan se orang sahabat bergegas ke tempat mu di rawat, demi mencari perkembangan kesihatan mu sayang.

Jam 2 pagi ayah kembali ke sini dan bertemu ibu di pembaringan, Ibu menangis tak terucap. Ayah dan ibu tak lena tidur nya, pada jam 5.30 pagi itu ibu tersentak dengan panggilan telefon dari Terengganu. Ibu mengejutkan ayah bersama airmata nya. Khabar sayu meruntun jiwa, adik dalam keadaan tenat. Aku tidak mengerti, ibu terus menangis berpanjangan.

Pada tanggal 16/08 waktu 7.55 pagi, kami sekeluarga terus bersiap dan bertolak ke Hospital Terengganu, ibu turut bersama walaupun kesihatan kurang mengizinkan, namun diminta oleh doctor dari Terengganu, ibu terpaksa menggagahkan diri untuk kesana. Sepanjang perjalanan kami banyak membisu dan merengkaskan cerita nya kami tiba lebihkurang jam 10.30 pagi.

Lebih kurang jam 8.50 pagi sebelum itu, kami semua berhenti di Dungun untuk mengalas perut, kami semua keluar ke gerai kecuali ibu saya yang tinggal di kereta kerana keuzuran untuk berjalan, lebihkurang jam 9.15 minit kami selesai makan dan menuju ke kereta. Kami dapati ibu sedang menangis hiba dan menceritakan telah menerima panggilan dari pihak unit rawatan rapi Hospital Terengganu, adik ku Puteri Siti Balqis sudah kembali ke rahmatullah. Dari Allah ia datang dan kepada Allah ia di kelembalikan.

Cukuplah dulu untuk disini, jari begitu gementar untuk menekan lagi papan kekunci ini dan sebelum itu dengan rendah hati saya merakamkan jutaan terimakasih, jazakallahu khairan kepada saudara mara, sahabat semua dan mereka yang banyak memberi pertolongan, nasihat dan pandangan yang sedikit sebanyak turut memberi sedikit kekuatan untuk menempuh hidup ini. Tidak kurang juga berbanyak terimakasih pada ayah saudara ku Pak Jek dan Abg Kamal dan yang lain lain, ketika menguruskan ‘pemergian’ mu sayang.

Kita semua perlulah bersabar dan menerima pangajaran dan sama samalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Azawajalla dan terus sujud kepada NYA, insya Allah.


”Wahai tuhanku ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku semasa aku kecil.”

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi