Agenda Hari Raya Ke Dua ke Kuala Rompin

Saturday, September 26, 2009


Kami bertiga bertolak ke kampong lebihkurang pukul 4.30 ptg pada hari raya pertama. Saya bersama Azman dan rakan nya menuju ke destinasi 1 syawal, ia itu Kg.Simpang Sepayang, Kuala Rompin.

Hampir jam 5.30 ptg tiba di Kuantan dan berhenti di jalan Beserah untuk tidur sekejap dek mengantuk sangat setelah tidur agak lewat semalam kerna ‘bermain pelita’ dan bunga api, melayani kerenah anak anak buah. Setelah lebih kurang 20 minit tertidur saya di kejutkan dengan bunyi panggilan telepon dari kakak Rehmah yg bertanyakan berada di mana. Lantas saya meneruskan perjalanan

 

Kali ini perjalanan pulang ke kampong halaman agak selesa sedikit kerana jalan dari kg.Peramu terus ke simpang jalan Pekan hampir siap dan jalan dari penjara Peramu menuju ke Pekan agak lancar walaupun pengubahsuaian jalanraya masih belum siap sepenuh nya. Sudah bertahun di kedua dua lokasi itu menghalang kelancaran perjalanan untuk semua kenderaan.

Hampir jam 7.00 malam tiba di Kg.Leban Condong, sekali lagi deringan h/set memecah lamunan dan kini panggilan dari cik adik pula bertanyakan ‘masih berada dimana’. Puan Fadhilah memohon perkenan untuk meminta saya dan rombongan singgah dirumah nya yg berhampiran dengan masjid lama Bandar lama Kuala Rompin. Lebihkurang jam 7.20 malam kami tiba di gubuk perguruan Kuala Rompin, kami berhenti untuk solat maghrib serta di sajikan dengan pelbagai juadah hariraya. Dengan tanpa banyak bicara sedar tak sedar licin sepinggan ketupat goreng, disapu bersih bersama sambal serunding.. kah .. kah maap tuan rumah,.. tak perasan!


8.10 malam kami melanjutkan lagi perjalanan, dan tibalah ke destinasai tercinta 10 minit berikutnya. Entahlah untuk tahun ini keriuhan suasana agak terhad sedikit, mungkin juga kerana beberapa ahli keluarga yg lain tidak turut bersama. Keluarga abang Rashid dari Keluang dan keluarga dari Bukit Pelindung Kuantan tidak dapat bersama kali ini. Namun malam itu kami banyak memenuhi dengan berbual bual saja dan sesekali terdengar letupan mercun menghiasai keheningan malam raya kedua.

Pagi raya kedua budak budak sebuk dengan perihal masing masing, saya dan anak Cik Sahar, Muslimi sebuk pulak dengan pc yang dibeli di JB dan dibawa pulang oleh The Rehmah. Anak anak saudara yg lain juga bermain dengan laptop mereka dan sebuk melayani facebook. Saya dan Muslimi asyik ‘godel’ blog, yg kurang gembiranya broadband nya tak support 3G hanya setakat GPRS saja. Alamat nya tak seronoklah…

Hampir tengahari saya dan anak anak buah pergi menziyarahi makam kedua orang tua, setelah membaca surah Yasiin beberapa kali dan beberapa surah lain untuk di sedekahkan kepada makam makam sanak saudara yg lain, kami berehat sebentar di tebing sungai yg berhampiran di situ dan pulang semula ke rumah.

Kami mula berkemas dan bersiap siap untuk pulang semula ke Kemaman, hampir jam 4.00 ptg cuaca mula berubah menjadi suram. Sesekali berbunyi ribut dan rintik hujan mula turun. Beberapa adik beradik yg lain mula membuat usul supaya balik saja ke esukan harinya. Datang pula si-Kamal tu, mengomel ngomel suruh pulang saja esok dan berkata “malam ni kita orang nak buat barbeque” dan hujan semakin lebat,air pun semakin tinggi dan kami bertiga pun hanyut, tak jadi nak balik ke Kemaman. Terbakar perut!

Petang itu dalam gerimis kasar saya dan Kamal meredah ke Rompin mengambil peralatan ‘barbeque’ dan dia orang membeli ikan pelaling dari Pak Yu yg baru saja kembali dari dari menangkap ikan di laut Pontian, juga membeli soseh daging, ketam untuk majlis malam nanti.

Selepas Isya jam 8.45 malam, Muslimi, saya dan Ali mula menyalakan arang. Anak anak beranak yg perempuan memerhatikan saja sambil tersenyum senyum menjeling kami yg lelaki membuat kerja membakar ikan ikan. Hisham dari Taman Melati sebuk menyediakan minuman ice-cream soda berperisa rose (taktahu mana dia dapat resepi ni). Kamal pulak sebuk menyorok ikan pelaling yg aku siap bakar, ini sudah menyeleweng beb..

Abang Rahim hanya berpura pura mengipas api dengan tudung periuk, mata nya asyik menjeling ikan yg siap di bakar. Budak budak yg lain pulak asyik buat lari ikan yg sudah masak. Siap 3 ekor, hilang sekor..

Yg group perempuan pulak mengada ngada, dia orang boleh kata “rasa macam dalam syurga pulak, bila lelaki buat kerja untuk perempuan” siap bakar ikan, siap buat air rose. Teh ngan Cik pulak lepas sekor sekor buat lari ikan pelaling, para tetamu ramai juga yg datang, termasuk keluarga Rosli kg.Sepakat dan Norli dari Kuala Lumpur.

Si-BB sebuk ambil gambar tapi mata nya tak lekang jeling jeling kat ikan pelaling. Kak Mymoon tak dapat turut serta, kerna ada tetamu di rumah nya. Simah dengan Lah hanya di saat saat akhir jer tolong bakar ikan, itupun yg tinggal yg reja reja saja.

Yang pelek nya Abg Mat Nor, Sofi dan Rosli makan ikan balik dinding, entah mengapa ya? Tun, Paizah sebuk gi mari mari… dan kita jumpa lagi di artikel selanjut nya, selamat raya 6!

1 comments:

MuSLiMi said...

ehehe...
indah rase raye thn ini..
harap thn depan wat lg terbaik..

^_^

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi