Bonsai Noryadin RM40,000 jadi pilihan

Sunday, October 18, 2009


Seorang pegawai bank, Noryadin Noruddin, 34, memecah tradisi kemenangan orang Melayu dalam Pertandingan Bonsai Malaysia 2009 di Kuala Lumpur semalam apabila muncul juara keseluruhan dengan pokok cucur atap yang bernilai RM40,000.

Noryadin dari Kota Bharu, Kelantan mengalahkan 153 peserta lain. Sebelum ini tiada lagi orang melayu yang memenangi pertandingan seumpama ini.

“Seni ini memerlukan kesabaran sebab seseorang itu kena mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun sebelum dapat menghasilkan pokok bonsai yang kelihatan semula jadi serta unik,” katanya yang menerima hadiah trofi, RM700 serta sijil.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola Pertandingan, Chew Yin Keen menyifatkan kemenangan Noryadin menjadi bukti seni bonsai boleh dikuasai kaum lain.

Tambahnya, aspek pengadilan diserahkan kepada juri profesional dari Taiwan, Singapura, Indonesia dan Malaysia berdasarkan keunikan, sifat semula jadi dan kesegaran pokok. - kosmo

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi