Kehadiran yang tak di rancang kata nya

Friday, October 30, 2009


Pada 24hb lalu, wa bersama keluarga telah berangkat ke Pantai Teluk Mak Nik Geliga Kemaman. Sebelum itu pada petang 23hb wa bersama anak turut kesana untuk menyediakan beberapa kelengkapan bagi penyediaan sambutan majlis sepena hariraya lepasa. Wa bersama para jemaah lain memasang 10 biji kanopi dan mengantur alatan alatan lain.

IPTAF atau Ikatan Pendidikan Tauhid dan Tasawuf, telah menganjurkan majlis ini bagi kawasan daerah Kemaman. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai, penjualan kitab kitab dan T-shirt serta persembahan nasyid dan teledrama dari beberapa pusat pengajian di daerah ini.

 

Dalam kemeriah sambutan itu, wa dan anak anak sedang leka menjamu selera tiba tiba dikejutkan oleh pangilan telepon dari 'tukang blog' http://tanjung100.blogspot.com/ yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Kemaman bersama rombongan kecil dari Kuala Rompin, En.Mustafar Kamal dan keluarga nya. Rasa gembira juga apabila dapat bertemu ahli ahli keluarga yang lain dalam majlis sebegini. Lebih kurang 40 minit kemudian, baru lah mereka sampai dengan senyum gaya nya.


Ketika menanti ketibaan ahli keluarga itu, wa bersama Azman mengambil kesempatan menyaksikan persembahan nasyid, pentomin dan silat di majlis itu. Azmi dan isteri tidak bersama kerana dia berdua berada dibahagian muslimah dalam majlis yg sama. Dalam majlis ini pengunjung wanita di asingkan dengan pengunjung lelaki, kecuali anak anak kecil.

Telepon berdering lagi (telepon sekarang banyak tidak berdering lagi) untuk kali kedua yang datang nya dari si-pemangil dari Lembah Kelang, katanya dari Taman Melati. Belia agak rasa 'terkilan' kerana tak dapat bersama di kemeriahan itu, apatah lagi dengan kehadiran kakak dan ahli keluarga dari Rompin. Hisham yang juga bakal mertua kepada menantu nya nanti berkata "ala bestlah abang Mat, dapat kepantai di petang petang hari" wa hanya tersenyum saja, nak senyum lebih lebih tak guna juga kerana melalui telepon. Memanglah.. kat Ampang mana ada pantaikan, yang dekat hanya Pantai Dalam jer..he.. he..

Pak Jek & keluarga, Mymoon Kamal dan keluarga serta Tun tiba, beliau semua dalam kedan malu malu di jemput makan di majlis itu. Sarah anak Pak Jek jer asyik berdukung. Mereka menceritakan yg mereka datang dari Bukit goh setelah menghadiri majlis perkahwinan anak Cu Din. Lebih kurang satu jam mereka mula beredar untuk pulang semula ke Kuantan. Pakjek terus pulang semula ke Kuantan, Kamal & kelurga mengajak 'web master' http://sentiasa.blogspot.com/ untuk berhenti makan satar & otak otak di sebuah gerai yang agak 'power' yang berkebutlan tidak berapa jauh dari pantai itu. Di gerai ini juga pernah 'squad dari Johor Bharu' singgah untuk menjamu selera, mereka itu juga merupakan pemblog pemblog yang di 'segani' http://bayuwangi.blogspot.com/ dan http://puterijasmin.blogspot.com/ atau lebih di kenali sebagai Teh dan BB.

Wa sendiri tidak berupaya untuk makan banyak ketika itu kerana baru saja lepas makan di IPTAF tadi. Antara makanan yang kami 'hadapi' termasuklah pulut panggang, otak otak, satar, coconut jelly, ikan pais, mee calung.

Setelah hampir jam 6 petang kami pun bersurai ke denasti masing masing, Kamal kembali ke Rompin dan wa serta keluarga kembali semula ke pantai tadi untuk mengemas peralatan dan mencabut semula kanopi. Sebelum itu kami sempat lagi berehat sebentar di gigi air dan mencabut pokok pandan laut untuk di bawa pulang. (dilarang senyum senyum pada anakbuah yg baca artikel ini).

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi