Antara Sejarah Endau yang hilang

Tuesday, December 1, 2009

Gambar: feri di Sarikei dan beginilah spesis yang sama pernah wujud di Sungai Endau

Eidul Adha yang baru lalu, turut mengukirkan satu ingatan lebih 40 tahun lalu. Aku dan beberapa ahli keluarga yang lain berkesempatan menghadiri majlis kesyukuran ayah saudara, Awang Salleh, yang lebih dikenali lagi dengan panggilan “Pak Cik Awang” di Kampong Simpang Sepayang Kuala Rompin.

Kesempatan itu digunakan untuk bertanya khabar saudara mara dan rakan rakan lama ‘fitst Genaration’, termasuklah Cik Gu Din, Zainal, Sham anakbuah Pak Cik Sainon. Tidak ketinggalan juga sempat bertemu ‘orang sensasi kampong’ Liyas Budu dengan lagak khusus nya. Klik tajuk untuk baca seterus nya

 

Liyas Budu ini sudah terkenal di kampong itu sejak aku masih bersekolah lagi. Beliau bercerita ‘mempunyai kawan ug menetap di Kemaman’ bernama Aziz yg sering berada di pasar Kemaman area ‘bawah pokok’ tempat peniaga peniaga ubat mencari rezeki. Katanya si- Aziz itu berasal dari Tanjung Gemok. Beliau mengenali Aziz itu ketika masih bertugas mengendalikan Feri Endau 40 tahun yg lalu.

Kedai sezaman yg masih ada

Lantaran itu maka bermulalah episod ‘menjejak Feri Endau’ disebelah petang nya, dihari raya kedua 28hb November lalu.

Lebihkurang pukul 12.00 tengahari dua buah jentera memulakan ekspidisi bidan terjun nya bergerak ke Endau Johor, kami melewati jambatan Endau 20 minit kemudian untuk membeli beteri kamera sebagai ‘back-up’ untuk merakam beberapa lokasi yg berkaitan dengan ‘gerak mencari Feri Endau” nanti.

Encik Razik bersama Ford Escape nya bergerak mendahului kami yang banyak berhenti di beberapa lokasi untuk merakam gambar di beberapa tempat yg difikirkan ianya berkaitan dengan ekspidisi itu. Saya dan anggota keluarga yg turut serta terus menjejak beberapa kesan tinggalan Feri lama itu, yang mana ianya agak sukar untuk di terjemahkan disini. Malah kesan kesan yang ada pun gagal di realisasikan dengan baik.

Apabila saya membelok ke kiri ke distinasi asal jalan ke terminal feri itu, kesannya semakin sukar di kenali lagi dan hampir pupus ditelan masa. Kami terus menyusul ke depan lagi untuk melihat darmaga Feri yg dimaksudkan, tetapi agak hambar, sudah tidak dikenali lagi kerana ianya sudah bertukar menjadi jeti nelayan dan di penuhi bangunan bangunan kayu di sambung dengan beberapa jeti yang lain. Jalan raya yang terus menuju ke gigi air tempat pendaratan Feri suatu ketika dahulu sudah tidak kelihatan lagi. Hanya terdapat bot bot nelayan China yang di tambat bersusun susun.

terminal pendaratan feri sudah hilang, diganti jeti bot nelayan

Satu lagi kesan sejarah menemui titik penghujung nya. Pengankutan itu cukup sinonim dengan arus kehidupan kami dan penduduk penduduk di sekitar serta pengguna lalulintas melewati zaman awal 60’an lagi, seingat aku. Bandar Endau sudah menjadi ‘tradisi’ apabila menjelang syawal kami semua riuhrendah untuk kesana untuk menyediakan pelbagai persiapan menyambut hari raya.

Dengan pelbagai jenama pakaian yg menjadi tarikan kami di waktu itu, terdapat dikedai kedai China di Bandar nya, termasuklah Orlando, Sudleking, serta seluar jean Amco, Jax, dan Lee.

Kemungkinan artikel ini akan di sambung ke bahagian dua nanti, mungkin juga turut memaparkan pekan Endau, Jambatan yang menggantikan Feri dan beberapa cereka yg lain. Jumpa lagi.

- bumirel

1 comments:

Kak Piah said...

Saya juga sedang menjejakki sejarah Endau..Dulu saya tinggal bersama atok sekitar thn 1970-1979 dan berhijrah ke KL mendapatkann peluang perkerjaan disana

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi