Jejak Warisan Kg.Janglau 5

Friday, December 18, 2009


Hariraya haji yang lalu, seperti kebiyasaan nya aku sekeluarga berangkat ke kampong halaman untuk kongsi bersama sedikit kemeriyahan bersama ahli ahli keluarga yang lain.

Kebetulan perhimpunan ramai ahli ahli keluarga yang lain ini, maka timbullah pelbagai cerita, almaklumlah kepulangan mereka dari merata pelusuk banyak membawa cerita. Tidak hairanlah kalau anakbuah dari Johor dan Pahang tidak gering gusi bercerita, kerana dari negeri negeri ini ramai keluarga yang mewakilinya. Keluarga Teh, Mie, dan BB mewakili negeri Johor, keluarga Cik Saha, Muslimi, Mymoon, D’Lah, C’Mah, Pak Jek mewakili Pahang. Klik tajuk untuk baca selanjutnya



Manakala keluarga penulis ini dari Terengganu dan keluarga Mak Jah dari Wilayah Persekutuan, tetap memberi saingan yang rapat kepada mereka semua,..he.. he.. dan sedikit dukacita dengan kegagalan keluarga dari Keluang dan Anita menghadirkan diri demi pencapaian ukhwah berasama.

taklimat oleh Pak Mustafar

Kesah itu kita tinggalkan dulu, kerna motif penceritaan ini adalah bagi menfokuskan pencarian tanah warisan peninggalan orang tua kami. Dalam siri ini saya mulakan dengan menjejak tanah warisan di Batu 5 Kg.Janglau. Sebagaimana yang tertera dalam dokumen, tanah yang berkeluasan 3 ekar ini diwarisi oleh Rizal iaitu anaknda kepada arwah kak Ainun, Hasimah dan Muhammed. Tanah ini adalah peninggalan arwah ibu mereka.

Sekian lama tiga penama ini tidah menghiraukan akan keadaan tanah yang diwarisi nya itu, inilah sikap kita sebenarnya. Ada benda di biarkan begitu saja.

Lebihkurang jam 4.00 petang kami memulakan xpdc yang di ketuai oleh Puan Mymoon (bulan ku) yang menaiki Ford Escap bersama The, anak saudara dan Pak Jek sebagai pengendali mesin 4X4 nya itu.

Saya bersama keluarga didalam kenderaan satu lagi berada di belakang dan lebihkurang 15 minit kemudian xpdc kami bergerak perlahan serta memasuki lorong 5 kg.Janglau. Terdapat sedikit kekeliruan dalam proses pengecaman tanah yang di cari ini, jalan satu lorong itu terus di lalui secara perlahan dan setibanya didepan sebuah rumah kosong, kami berhenti setelah jarak hampir 600 meter ke dalam dari jalan utama.

Suasana agak lengang hanya terdapat dua motorsikal yang melintasi jalan itu, Puan Mymoon keluar semula berjalan kaki lebih kurang 100 meter mencari rumah penduduk kawasan itu untuk bertanya.

Kami berkumpul ditepi jalan itu sambil memerhatikan suasana keadaan sekitar, terdapat beberapa ekor lembu yg sedang memakan rumput yg berhampiran, serta banyak dipenihu semak samun.

Kak Maimun muncul pula bersama bersama seorang lelaki separuh umur dan beliau memperkenalkan diri sebagai Mustafar yang sudah lama tinggal disini. Beliau memang mengenali kak Maimun dan arwah Ibu saya yang sudah banyak tahun tidak berjumpa. Pak Mustafar itu yang bekerja sendiri itu bercerita kesah kesah lama dan beliau mengecam tanah yang di tinggal itu lalu membawa kami semua masuk ketengah tanah yg terbiar itu. Masih terdapatlagi rangka pondok yg ditinggalkan sejak berpuloh tahun dahulu. Kalau tak silap saya yang pernah menanam padi disitu suatu ketika dahulu, ditahun 70’an bersama Osman anak Long Husen.

Setelah taklimat yg diberikan olek Mustafar itu, barulah kami faham dengan kedudukan sebenar tanah itu, beliau juga turut meletakan lembu lembu nya memakan rumput ditanah ini dan isteri saya juga menaruh minat untuk meletakan lembu ditanah ini supaya dijaga oleh Mustafar. Kami berbincang sekejap mengenai tanah itu sama ada hendak menaikan pagar atau pun membersihkan dari semak semak. Kami mengucapkan terimakasih kepada Pak Mustafar itu kerana memberi kerjasama yang baik, lebihkurang satu jam di lokasi itu kami mula berangkat pula menjejak tanah arwah bekas suami kak Maimun.

Masih lagi dalam mukim yang sama iaitu Kg.Janglau, kami menuju pula ke jalan menuju Rompin dan membelok kekanan memasuki lorong denai menyusur kedalam. Kami difahamkan lorong ini juga terdapat sebuah resort yang baru dibaikpulih semula oleh Nayi anak arwah haji Bakar yang turut dibantu oleh Mat Pa yang juga sepeupu kepada kami semua.

Saya hentikan dulu ‘jejak warisan’ untuk siri satu ini dan mungkin juga kita bertemu lagi di siri berikut nya nanti.

1 comments:

RedSpark LINE said...

boleh saya tahu..kamu asal dari mn

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi