Beca bawa ratusan biji buah kelapa

Tuesday, April 28, 2009


MYSORE, India - Orang ramai seperti tidak percaya apabila melihat sebuah beca beroda tiga yang berenjin tetapi sarat dengan beratus-ratus biji buah kelapa, lapor sebuah akhbar semalam.

Beca itu dalam perjalanan ke sebuah pasar apabila pemandunya membawa bersama ratusan biji buah kelapa.

Mereka menyangka pemandu beca itu hilang akal kerana melakukan pekerjaan berbahaya yang boleh mengundang kemalangan.

Bagaimanapun, lelaki itu berbuat demikian dipercayai kerana terdesak untuk pergi ke pasar Kamataka di sini, selatan India tanpa perlu berulang alik.

"Setiap sebiji kelapa diikat dengan menggunakan kulitnya yang dikopek," kata seorang lelaki. - Agensi

Mengapa WANITA sangat Istimewa..ehmm

Wednesday, April 22, 2009


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Daripada:/emel yg diterima
"danial imran" danialimran06@yahoo.com

Coklat import didakwa ada lemak babi

Tuesday, April 21, 2009


Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

- mazlina@kosmo.com.my

ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU

Friday, April 17, 2009


Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. dan sebagainya

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita . Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah .

-noranisiljb@yahoo.com/blalang.com

Petua hilangkan bau kambing

Tuesday, April 14, 2009


10 april nan lalu, keluarga mertua abah kepada anak saya telah mengadakan satu majlis kesyukuran dirumah nya di Daerah Kemaman.

Idea untuk menceritakan kesah ini timbul apabila saya melihat datuk kepada anak saya menyembelih se ekor kambing bagi merencanakan majlis kesyukuran dimalam itu. Saya difahamkan antara cara cara untuk menghilangkan bau ‘kambing’ pada masakan daging tersebut itu nanti, eloklah disediakan beberapa pekara bagi dilaksanakan pada kambing yang telah disembelihkan nanti.

Saya, biras saya dan anak anak turut membantu ayah mertua biras saya itu ketika menyiapkan penyediaan daging kambing untuk dimasak nanti. Sambil melapah kulit kambing yang sudah sembelih tadi, kami berbual bual serba sedikit serta memehatikan orang tua itu melapah nya.

Bahan bahan yang diperlukan untuk digunakan nanti termasuklah, garam, kunyit, daun kelapa kering dan kertas akhbar lama. Garam dan kunyit ditumbuk atau kisar sehingga halus. Surat khabar lama itu digulung dan diletak kedalam daun kelapa kering serta di ikat untuk dijadikan sebagai bahan pembakar.

Kambing yang disembelih itu digantung dan kulitnya dilapahkan serta dipisahkan perut atau usus nya dari badan. Garamkunyit yang telah disediakan sejak awal tadi itu disapukan keseluruh badan kambing itu, kecuali bahagian kepala dan kuku kambing. Setelah kesemua tadi sudah siap dan sapuan garamkunyit rata, ianya dibiarkan selama lebihkurang 15 minit, untuk garamkunyit tadi meresap sedikit ke bahagian bahagian yg di sapu tadi.

Sesudah itu, ambilkan surat khabarlama yang dibalut daun kelapa kering tadi, lalu dibakarkan hujung nya. Nyalaan api itu dikenakan kepada badan kambing yang tergantung itu atau ‘dilayurkan’. Setengah tengah tempat disebut sebagai ‘salai’. Badan kambing yang tergantung itu dipusing pusing supaya layuran itu rata. Layuran dengan api itu dilakukan untuk beberapa minit, bagi mengeringkan garamkunyit yang disapukan tadi, tujuannya biar garamkunyit itu meresap dengan baik kedalam daging daging kambing itu.

Proses tadi selesai, kemudian barulah daging kambing itu dipotong potong bahagian nya dan diletak kedalam bekas, untuk dimasak nanti.

Perlakuan ini dilakukan untuk menghilangkan ‘bau hamis’ kepada daging kambing itu. Hasilnya begitu enak dimakan nanti, insya Allah. Pernah dalam artikel yang lalu yang mengesahkan majlis tahlil di atas tongkang, hadirin dijamu juga dengan daging kambing, yang mana konsep ‘layuran’ sebagaimana tadi dilakukan. Sedap dimakan, kalau tak percaya tanyalah saya.. he.. he..

Kepada pelawat tetap kami seperti tetamusenja, kainsutera, puterijasmin mahupun rumahku syurgaku bolehlah lakukan sebegi ya? Nanti senanglah kita berjumpa kat Rompin buat majlis kenduri kambing.

Ehmm.. kepada adik adik semua, rajin rajinlah mandi diwaktu pagi ya?.. kalau malas mandi pagi, nanti hamis bau macam kambing dan elakkan kena layur.. serta jumpalagi dilain ‘siaran kebun pak awang’ selamat mencuba!

- Cendawanbusu

Ular telan buaya

Saturday, April 11, 2009

GAMBAR menunjukkan seekor ular gergasi membelit seekor buaya di sebuah kawasan berpaya di Los Llanos, Venezuela.

Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat bandar Los Llanos, Venezuela, lapor sebuah akhbar semalam.

Detik-detik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya di sebuah kawasan berpaya di sebuah hutan di negara berkenaan.

Pada kebiasaannya, filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adegan ular gergasi yang kerap diberi jolokan anaconda menelan manusia dan haiwan lain.Namun, detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit.Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.

Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan. Selepas menghabiskan makanan itu, ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya. - Agensi

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz

Friday, April 3, 2009


Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
- siasahdaily

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi