Mengupah samseng untuk memukul suami nya

Thursday, July 30, 2009

gambar hiasan

Gara-gara tidak berpuas hati dengan aduan mengenai hubungan sulitnya, seorang isteri dipercayai mengupah orang untuk memukul suaminya hingga pengsan baru-baru ini.

Akibat kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa ia itu suami nya yang bekerja di sebuah kilang di Kemaman mengalami kecederaan di badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku dari pejabat agama kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, lelaki tersebut menyebut tentang aduan yang dibuat oleh mangsa tentang kecurangan isterinya dan minta diadakan satu pertemuan untuk berbincang.

"Lelaki tersebut meminta mangsa datang bertemunya di tepi jalan di sebuah sekolah menengah di Kemaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Mohd. Fauzi, mangsa sampai di tempat yang dijanjikan pada pukul 9.30 pagi tetapi lelaki itu tidak muncul. Setelah memerhatikan tiada orang sebagaimana di janjikan, beliau pun terus beredar.

Bagaimanapun ketika mangsa masuk ke dalam kereta untuk beredar, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerbu lalu memukulnya hingga pengsan.

Katanya, apabila sedar, mangsa berada di dalam kereta di rumah ibu mertuanya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman dan dimasukkan ke Hospital Kemaman dua hari kemudian.

Katanya, mangsa mengesyaki isterinya menjadi dalang kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira pukul 12.04 tengah hari kelmarin.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan percaya puncanya disebabkan masalah rumah tangga.

- norzasrudin@kosmo

40 dara kawal Mohamad Gaddafi di Rom

Tuesday, July 28, 2009

GAMBAR menunjukkan Gaddafi (tengah) dikawal oleh seorang pengawal peribadi wanitanya ketika beliau disambut oleh Berlusconi (kiri) di Rom, Itali pada Rabu lalu.

Kunjungan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ke Itali mendapat liputan meluas media apabila beliau membawa ratusan pengiring termasuk 40 pengawal peribadi wanita yang masih dara, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berkenaan mencipta kejutan apabila tiba di sini pada Isnin lepas dengan diiringi 300 kakitangan yang menaiki tiga pesawat Airbus dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Silvio Berlusconi.

Seperti biasa, Gaddafi membawa bersama sebuah khemah besar yang didirikan di sebuah taman di sini untuk dijadikan tempat tinggalnya sepanjang lawatan itu. Pekara ini sering di adakan bila melakukan kunjungan nya ke keluar negeri.

Setiap anggota pasukan pengawal peribadi wanita Gaddafi memakai pakaian seragam dan membawa raifal separa automatik tetapi pada masa sama mereka tidak melupakan ciri-ciri kewanitaan dengan memakai mekap, gincu dan pewarna kuku.

Pemimpin berusia 67 tahun itu merupakan antara diktator paling taksub di dunia dan beliau tidak suka kalah kepada sesiapa kecuali kepada pasukan 40 pengawal wanita itu yang rela berkorban untuknya pada bila-bila masa.

Semua pengawal wanita Gaddafi perlu mengangkat sumpah taat setia dan mereka tidak sesekali akan meninggalkan beliau bersendirian dan yang menjadi pilihan nya adalah wanita berstatus dara sahaja akan diterima menyertai pasukan elit itu. Pasukan ini bukanlah satu pasukan yang sembarangan, kerna ianya ditapis ketat kepada mereka yang berminat untuk menyertai nya.

Mereka menerima latihan di sebuah kolej khas dan perlu lulus ujian fizikal ketat selain mahir membunuh, menggunakan senjata api dan pakar dalam seni mempertahankan diri.

- Agensi/kosmo

Kejutan Budaya Di Melaka - Institute Teknoloji Unggas

Friday, July 24, 2009

ini bukan tutorial blog ya..

… dan bunga bunga pun terus berguguran,.. kejutan budaya ku terus terungkai di akhir jun yang lalu.

Penulis ini telah beberapa kali pernah mengikuti pelbagai kursus dan taklimat sebelum ini, namun konsep agenda nya agak berbeza dengan apa yang dilalui nya baru baru ini.
1979 mengikuti kursus di Pusat Latihan Belia Dusun Tua dan kursus yang di ikuti berkaitan juga dengan elektronik/elektrik selama 18 bulan dibawah anjuran Lembaga Pahang Tenggara. Sekarang titisan Dusun Tua itu di ambil alih pula oleh Ismail anak angkat kakak di Johor Baru.

selepas habis amali

1987 dan 1994 mengikuti kursus di Jalan Enggang, Hulu Kelang di bidang komunikasi dibawah pengurusan Uniphone Sdn Bhd, ahli kumpulan SAPURA Holding. Ditahun 2003 dan 2008 menghadiri kursus asas percetakan t-shirt dan ceramic di Ampang .


Belakang asrama, petang petang cari burung

Yang menjadi kejutan nya, jiwa mengalami sedikit perubahan gara gara perbezaan ‘pengetahuan yg dipelajari’ yang sebelum ini sebahagian besar nya pembawaan mahupun pekerjaan yang di lakukan lebih banyak ke arah elektronik/digital. Pekerjaan sekarang pun masih lagi berkaitan dengan telekomunikasi perhubungan, tiba tiba secara spontan nya terjun ke bidang penternakan. Mungkin juga tidaklah secara pengkhususan untuk bertukar ‘carrier’ ke bidang ini, tetapi dapat juga menambahkan satu lagi pengetahuan, untuk di kongsi bersama nanti, insya Allah.

ayam kacukan berusia 3 hari

Kursus Asas Penternakan Ayam Kampong Komersil, anjuran Institute Teknologi Unggas, Melaka. Penulis yang mengikuti nya, juga di taja oleh Jabatan Veterinar Negeri Terenganu. Seramai 7 orang peserta dari Terengganu termasuk seorang perempuan dari Marang, dan yang lain lain dari Setiu dan 2 dari Kemaman.

Pengkhususan atau secara detail nya mengenai pembelajaran di kurus tersebut, tidaklah di terangkan di sini kerana artikel ini hanya menceritakan suasana ketika berada disana.


Peserta yang datang dari Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka berjumlah 23 orang dan tinggal di bilik penginapan kecuali beberapa orang peserta dari Melaka yg datang secara sendirian. Kampus institute ini masih lagi baru, dan tempat penginapannya bagus seolah olah kategori 4 bintang, tetapi kesunyian nya amat dirasakan selepas habis saja kuliah dan membawa ke waktu malam. Kecuali kita membawa kenderaan sendiri, kerna ia berada di penempatan baru di kelilingi ladang sawit dan lebih kurang 5 kilometer pula jarak untuk ke Bandar Masjid Tanah. Apabila membuat practical sahaja baru kesunyian itu dapat di atasi kerana keluar dari kampus sama ada ke Alor Gajah, MITC – Air Keroh dan sebagainya.

Saya merasa agak kaget, kerana Cuma saya se orang saja yang datang berkursus itu yang bukan dari peniaga atau penternak ayam. Mereka yg datang berkursus itu terdiri dari peniaga yg berkaitan dengan pemasaran ayam dan para penternak ayam, sama ada ayam kampong, ayam organic, ayam daging . Cuma saya sahaja dari ‘luar’ dan ada sedikit kelucuan apabila bergaul dengan mereka ini, semasa kami sedang asyik berkuliah, sudah beberapa kali kami di kejutkan dengan bunyi ringtone handset pelajar pelajar lain. Kami ketawa apabila ringtone mereka pun dengan bunyi lagu ayam berkokok dan ayam ingin bertelor. Tak dapat nak disalahkan juga kepada mereka ini, almaklumlah kalian ini adalah penternak ayam. Agak nya bagaimana pula kalau penternak haiwan lain yg datang berkursus?..

Apabila difikirkan jauh dan renung agak berbeza gaya kerkursus 10 atau 20 tahun dahulu dengan cara yg di adakan sekarang. Kalau dahulu kita sebuk untuk menyalin atau membuat catatan apabila penceramah sedang memberi penerangan, tetapi sekarang ini kita tidaklah sesebuk mana untuk berbuat begitu . Kalau dulu penumpuan banyak dititik beratkan, hendak memahami lactural dari pensyarah lagi, hendak buat catatan lagi, kalau terkejar kejar bimbang pula nanti yg diterangkan tak difaham dan yg di buat catatan tak terkejar atau lengkap. Tetapi sekarang perubahan teknoloji semakin positif dan kemas. Unpama nya, sehabis sahaja pensyarah buat taklimat, masing masing peserta kursus mula sebuk memberi pendrive untuk di copy-paste bahan mata pelajaran yang terangkan tadi. Nak ulangkaji pun pun mudah dan ada beberapa orang peserta kursus yang turut membawa laptop masing masing. Itulah perubahan teknoloji sekarang.

Kursus tersebut mengambil masa selama 4 hari dan dihari terakhir nya, kami tidak sabar sabar rasanya untuk pulang ke tempat masing masing, apatah lagi untuk menghilangkan rasa ‘sunyi’ kami selama enpat hari itu. Hanya handset saja yg dapat menghiburkan hati, kucuali kepada mereka yg ada membawa kenderaan atau pun laptop, dengan handset dapat juga mendengar mp3 dan berbalas sms dengan rakan rakan atau adik beradik yg lain, dan saya ada menerima sms dari seorang adik yg menetap di pantai timur, dan saya menganggap nya sebagai satu gurauan walaupun hati terasa ‘pening’ apabila sms nya mengatakan yg saya ini sedang berkursus “mak gu” kerana dibawah tajaan jabatan veterinar@ jabatan haiwan. Kita ni ‘berhempas pulas’ untuk untuk menghabiskan kursus..

26 jun kursus berakhir dan pada tengahari itu, konvokesyen di adakan untuk penyampaian sijil dan kami gembira serta bersalam salaman dengan beberapa orang pensyarah dan para peserta kursus. Kembalilah pengkursus ayam kampong ke kampong masing masing.

- editor5

Dibunuh kerana memakai tudung

Monday, July 20, 2009


Ini adalah sebuah kesah seorang wanita telah ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung. Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya. Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis!

Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung. Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.



Ramai blogger Mesir melahirkan kedukacitaan mereka di Twitter. Hanya dipetik dua luahan dari bloger sahaja.
Blogger Lasto Adri menyatakan, بعد أن قال الغرب أن قاتل مروة الشربينى لا يمثل ألمانيا، وأن الحادث مجرد عمل فردى،
لا أتوقع من الغرب -ذاته- أقل من أى يلغى من كل معاجمه فكرة أن المسلمين إرهابيين، ويؤمن أن بن لادن وأعوانه -مثلا- لا يمثلون العرب أو المسلمين فى شئ، وأفعالهم كلها فردية!
وعلى رأى المثل.. لا تعايرنى ولا أعايرك.. دا التعصب طايلنى وطايلك!

Selepas Barat menyatakan pembunuh Marwa tidak mewakili Jerman, dan insiden itu adalah aksi individu, saya tidak mengharap lebih dari Barat untuk memadamkan pandangan yang Muslims adalah terroris, dan untuk mempercayai Bin Laden dan rakan taulannya - sebagai contoh tidak mewakili Arab mahupun Muslims dalam apa-apa perkara, dalam semua perkara yang mereka lakukan sebagai aksi individu!

Ada peribahasa menyatakan; Jangan menyalahkan saya apa yang kamu lakukan juga! Kita berdua punya "ekstrimisme" yang sama!

Seorang lagi bloger Zeinobia, melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,
Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam, Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik or jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.

- by littleCALIPH/petikan sumber

Solat Jumaat di Masjid India tersasar arah kiblat

Saturday, July 18, 2009

LIMPAHAN orang ramai yang menunaikan solat Jumaat di luar Masjid India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam.

Gara-gara limpahan jemaah ketika solat Jumaat di Masjid India di Jalan Masjid India semalam, arah kiblat mereka yang bersolat di luar masjid dilihat tidak lagi mengikut arah yang sepatutnya.

Wartawan Kosmo! berada di kawasan tersebut ketika itu mendapati, kebanyakan jemaah di luar masjid meletakkan sejadah secara lurus berbanding arah kiblat yang sepatutnya condong kira-kira 25 darjah ke arah kiri masjid berkenaan. Kemungkinan inilah yang berlaku setiap minggu.

Arah kiblat dilihat semakin terpesong jauh di tempat jemaah yang terpaksa mendirikan solat di kaki lima premis perniagaan berhampiran masjid yang telah sesak.

Walaupun pihak masjid meletakkan tikar di hadapan masjid sebagai panduan arah kiblat kepada jemaah, namun ia seperti tidak diberi perhatian oleh para jemaah.

- ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my

Pelajar Sekolah Gaduh Di Surau Ketengah Jaya

Wednesday, July 15, 2009



Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.


Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar. Pihak polis telah pun memanggil enam orang pelajar tersebut untuk memberi keterangan. Difahamkan juga pihak sekolah telah pun menggantung pembelajaran beberapa orang pelajar yang terbabit.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.- KOSMO

Natrah telah meninggal dunia di Belanda

Friday, July 10, 2009

TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.


Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.

Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Beliau ini juga pernah tinggal di Chukai Kemaman, ekuran dari pelbagai peristiwa.

Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.



Susur galur

* 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
* Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
* Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
* 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
* September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
* 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
* 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
* 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
* Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
* 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
* 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
* 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
* Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
* 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
* Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
* Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
* 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
* 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
* 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
* Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
* 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
* 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
* 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
* 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
* 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
* 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
* 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
* 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
* 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
* 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
* 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
* 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
* Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
* 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
* 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
* 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
* Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu petikan]
* Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
* 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Last edited by orangmuda on Fri Jul 10, 2009 12:12 pm; edited 1 time in total

- kosmo/editor5

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi