Bergenang airmata dimalam tahun baru

Friday, January 1, 2010


Khamis 31/12/2009 pun berlalu dan hari ini bermulanya hari pertama untuk tahun ini. Apakah pengisian kita? Insya Allah semoga semua dapat berjirah ke jalan yang lebih baik dari segenap segi, khusus nya terus maju ke jalan ketuhanan kita Allah rabbuljalil.

  

Begitu juga untuk adik adik kakak kakak dan diri ini, apa kesah nya dengan http://puterijasmin.blogspot.com/ dan apa cerita http://melatiwangi.blogspot.com/, mahupun Peneraju Bukit Pelindong, semoga kemenangan kita semua dihari hari yang panjang.

 

Malaysia dengan 1 nya, kita semua dengan apa.. dan semalam kemeriahan cukup dirasakan kepada mereka yang menantikan, setelah setahun jarak masa yg di tinggalkan serta bertemu semula waktu yang sama dalam suasana yang berbeza.

 

Malam semalam editor laman ini dengan hati yang rendah, mencuri sedikit waktu untuk bersama sama menilaikan pengertian hidup yang di jalani para jemaah IFTAF. Mungkin juga berkesempenaan menjelangnya 1 januari 2010, pihak IFTAF bahagian Kemaman telah mengadakan satu majlis bersifat kerohanian termasuk taklimat program muzakarah Ulama Tauhid Tasawwuf Asia yg bertempat di Acheh Indonesia. Program ini dihadiri oleh para imuan agama dari Negara Negara Asia Tenggara, dan IFTAF Terengganu turut memainkan banyak peranan setelah di lantik oleh jemaah Indonesia, Acheh khas nya yang telah di nobatkan sebagai “Kota Tasawwuf” baru baru ini.


 

Majlis semalam di penuhi dengan zikir munajat, tausiah, qasyidah dan doa. Acara qasyidah dan tausiah turut di aluni dengan iringan bunyi dengan ‘gaya keIslaman’ nya. Oleh kerana penulis ini sendiri agak jarang jarang mengikuti majlis majlis sebegini, amat rasa terharu dan ‘bergenang air matahati’ apabila berpeluang mengayati kata kata alunan ‘bayu ke Islaman’ itu.

 

“Wahai purnama yang memiliki seluruh kesempurnaan, tiada perkataan lagi yang dapat di ungkap bagi menyatakan kemuliaan”

 

“dengan cahaya mu engkau hapuskan segala kegelapan, semoga Allah tuhan ku bersalawat ke atas mu siang dan malam”

 

Dimajlis itu saya turut bertemu dengan beberapa orang ahli tko dan katanya ada dua orang ‘moderator’ yang hadir bersama. Kegembiraan saya yang berkesempatan bertanya khabar dengan mereka amat bermakna, kerana amat jarang sekali bersua dalam majlis majlis sebegini rupa. Sekurang kurangnya dapat juga membuka pintuhati kami kearah kebaikan kejalan ketuhanan yang ada, kita hamba yang lemah ini sering terlalai dengan ayunan buaian dunia.

 

Inilah corak sambutan menjelang tahun baru yang sepatut nya diterapkan kepada kita, bukan dengan ‘gegak gempita bercampul gaul disirami airberbueh’ yang saban tahun dirayakan itu. Jika kebiasaan nya percikan bunga api dan letupan diharamkan, tetapi pada malam 1 januari lain pula jadi nya. Umpamanya sambutan malam 1 januari 2010 ini, turut juga dianugerahkan dengan 20 sen setiap 1 kilo..

 

Semoga perkembangan positif itu dapat dikekalkan dengan corak sambutan tahun  baru yang bercirikan  sifat sifat keIslaman yang syumul.

 

- mjr ahli kumpulan sentiasa.blogspot

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi