Sang Kelembai

Thursday, January 14, 2010


Semasa aku dibangku sekolah , aku pernah baca buku dongeng mengenai Sang Kelembai.

Sang Kelembai digambarkan sebagai seorang budak lelaki dan tinggal didalam hutan.Mempunyai kuasa sakti dan sumpahannya boleh menjadi batu.Sang Kelembai suka makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung di Kampung Gajah pada masa itu sukar untuk mendapatkan buluh.Pucuk dimakan,pangkalnya mati.Akhir cerita, Sang Kelembai berjaya dihalau dari kampung mereka setelah pohon buluh di tebang.Ini bertujuan supaya Sang Kelembai sukar untuk mendapatkan makanan.

Terdapat banyak versi mengenai kisah sang kelembai , ada versi di pahang,langkawi dan perak.Tetapi mengikut bukti , sang kelembai dikatakan wujud di negeri perak iaitu Kampung Gajah.

Kesan sumpahan Sang Kelembai ( ini yg dpt aku cari di internet )
Batu Kapal di Puncak Gunung Jerai – Dikatakan milik kapal Maharaja Merong Mahawangsa.
Batu di Bukit Tunggal yang menyerupai Gajah di Kampung Gajah,Perak.
Tanah Abang – Gajah dan Anaknya di sumpah menjadi batu.

Walau bagaimanapun, kita sebagai generasi baru sepatutnya tidak meminggirkan kisah-kisah klasik dan dongeng kerana ia sebahagian daripada warisan negara kita.Walaupun kisahnya tidak masuk akal tapi sekurang-kurangnya kita dapat memperoleh penganjaran daripada kisah tersebut terutamanya dari kisah Si Tanggang,Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya

-m/sensasi

4 comments:

Anonymous said...

btl...sang gedembai sebenarnya masih hidup di gunung 7 di perak..dia di bawa lari oleh orang bunian oleh kerana perkataan yang keluar dari mulutnya menjadi sumpahan.. umur beliau sekarang lebih kurang 300 lebih tahun..

Anonymous said...

sang gedembai hidup di gunung yang terletak di perak.. ( dengar dari cerita orang-orang tua dulu )

ju said...

Banyak dengo cerite sang kelembai dari arwah mak dulu,dah lupe pulak,tapi kate deme masih ade keterunannya lagi, kalu nak tau yg sebenonya kene jadi detective conan le..

Deaber said...

manteb bosss nanti dah klo ada waktu mapir kesana

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi