situasi dulu dan kini hampir serupa

Monday, January 11, 2010


Sekitar 70’an dahulu takkala semasa di alam persekolah, saya sering ‘bermain main’ air laut, pantai dan kuala sungai.Sebelum itu keluarga kami sememangnya dibesarkan  bersama sinar matahari diantara dua situasi berbeza.

 Kalau ingin membaca teks selanjutnya sila klik tajuk nya.

 

Sedari kecil saya dan keluarga dipenuhi dengan pancaroba kehidupan kampong dan kehidupan itu lebih banyak merangkumi suasana kebersihan pagi serta keheningan pantai tercinta. Khususnya kehidupan keluarga nelayan di kampong Kuala Pontian. Kami sudah mengetahui sedikit sebanyak akan pelbagai  selokbelok kehidupan sang nelayan.

 

Apa itu pukat tunda, apa itu pukat cerut, pukat hanyut, pukat Apollo dan rakan seangkatan dengan nya. Apa itu rawai, jala, bito ketam mahupun bot injin 16, 24 dan 45 kuasa kuda. Itulah kenangan cerita lampau serta masih ingat apa itu ‘bedar Anang’ apa itu ‘injin darat’ Leyland, Caterpillar, AEC mahupun Bedford, tidak kurang juga dengan kekuatan injin laut nya Yanmar.

 

Kami juga pernah menjadi petani tegar, bertahun tahun di paya Sepayang. Siapa yang tak kenal dengan ‘jambatan gantung sungai kerpai’, gunung Lesung dan kuku kambing. Pernah menanam padi di Paya Sepayang, Sungai Laka dan Batu 5 Janglau. Sebahagian dari lipatan sejarah yang pernah menjadi satu nolstagia suatu ketika dahulu.

 

Itu tadi hanya baru mukadimmah sahaja, motif yang ingin di ceritakan ini ialah ‘suasana’ sekarang setelah mengambil title sebagai se orang ayah. Kalau dahulu sebagai ‘anak’ kini telah bertukar pula dan menjadi .’anak senior’ atau  seorang bapa kepada anak anak nya.


 

Namun begitu suasana sekarang pun masih  secara tak langsung berkaitan juga dengan bot bot serta jeti. Masih tak lekang dengan bau air masin. Walau pun keadaan turut merubah, jika dahulu ‘asyik’ bermain dengan bot bot nelayan berkuasa kuda 16 hingga 120, tetapi kini sudah melangkaui bot bot yang agak besar termasuk tongkang dan bot bot tunda. Lokasinya pun sudah jauh bertukar ke pantai timur, tambatan kecil yang berhampiran dengan jambatan Bukit Kuang, Kemaman.

 

Saya bukanlah bertugas sebagai krew bot bot itu, tetapi begitu ‘suka’ melihat bot bot yang diuruskan oleh ayah mertua untuk menyediakan tambatan, membekal air tawar dan sebagainya. Anak anak pun turut ‘sebuk’ dengan suasana ini. Merekapun turut merasai akan kehidupan yang pernah di lalui oleh ayah nya. Pernah turun kelaut luas sama ada menghantar barang barang ke kapal kapal, memancing  atau pun mencandat sotong.


 

Pernah juga suatu ketika dahulu, menjadi ‘tekong bidan terjun’ kepada anak anak saudara serta ‘pemancing tegar’ dari DUN Titiwangsa khusus nya kalian yang tinnggal di Taman Melati. Walaupun tidak banyak tangkapan yang di hasilkan tetapi sempat juga mereka ‘berlawan’ dengan tarikan ikan ikan duri. Okey;lah tu untuk melepas gian..

 

Kepada mereka yang terlibat, sorrylah.. ya,..kerana artikel ini pun dibuat hanya untuk memenuhi ‘jadual blog’ ini saja yang sudah lama tidak apdet, dan insya Allah kita jumpa lagi.. apa cerita


- mamat kuala rompin

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi