Ceramah Maulud Rasul di Surau dihadiri bukan Islam

Friday, February 26, 2010

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.

Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam itu sendiri dan dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.


Ceramah tersebut disampaikan oleh Bekas Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta).

Sekurang kurang nya timbul juga bibit bibit dakwah kita kepada mereka ini. Itupun sudah dikira baik kerana kalian itu mula mendekati dan sanggup untuk mendengar pendekatan agama yang syumul ini.

- Oleh: bumiperak/matjejakrasul tranungkite online

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi