Mandi Wajib Selepas Balik Penggambaran-Julia

Saturday, February 13, 2010


Malaysia kita memang kaya dengan pelbagai ragam. Tak kira siapa dari segenap penduduknya, sama ada pasukan keselamatan, para penjawat awam, para penghibur mahu pun kehidupan rakyat jelata yang berselerak di merata sudut tanah air tercinta ini. Klik tajuk untuk teks seterusnya.


Sesekali rasa terhibur juga dengan kerenah para penghibur kita. Ada yang berjaya dengan baik dan tak kurang juga disebaliknya. Walaupun jumlah kalian yang di anggap bangkrap agak ramai sebagaimana yg di lapurkan baru baru ini jika hendak dibandingkan dengan jumlah artis yang ada, tetapi yang agak tertanya tanya semenjak dua menjak ini, apabila seorang artis jelita mendakwa yang beliau sering mandi wajib.


Entah bagaimana boleh beliau berkata begitu, sama ada kurang memahami akan kaedah pendekatan agama ataupun beliau kurang ‘pencapaian’ didikan khusus kearah agama Islam yang syumul ini.


Memang diakui beliau ini berketurunan darah capuran Melayu- Jerman ataupun Pan-Asian. Pendekatan keagamaan yang baik perlu diserapkan dan menjadi tanggung jawab penjaga nya bermula dari awal lagi. Sebab itulah kalau hendak membuat kenyataan umum, ianya perlu diambil kira dari banyak sudut. Kita celebriti dan menjadi perhatian ramai, apabila bercakap berkait dengan hukum eloklah dirujuk kepada orang yang lebih ahli.


Pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler cantik orang nya, juga memberitahu dia kini lebih menjaga tingkah laku, percakapan dan pemakaian ketika berada di tempat umum bagi menjaga hati peminatnya. Julia se orang pelakun yang kini bergelar produser baru sahaja selesai penggambaran filem berjudul Crayon iaitu filem mengisahkan kehidupan anak yatim. Saya buat filem ini untuk tujuan amal," tambahnya. Walaupun agak sukar untuk diterima secara hakikat apabila ‚sesebuah’ filem itu untuk bertujuan amal, kerana kita perlu pandang dari pelbagai sudut. Hal hal begini tak perlulah saya sentuh kerana ianya banyak hubungkait lagi dengan yang lain sama ada hablumminnas atau pun hubungan kita dengan Allah.


Yang menjadi agak terkedu juga apabila Julia Ziegler berkata“ saya sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar“.


"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar," jelas Julia.


Hendak tersenyum pun ada apabila beliau berkata begitu, semoga kita semua yang beragama Islam memahami apa kaedah dan pekara pekara yang dibolehkan untuk melakukan mandi wajib. Bagaimana dan bila mandi wajib atau junub itu perlu dilaksanakan. Beza antara air mani dan air mazi perlu diketahui.

Keluar nya air mani dari kemaluan kita secara sengaja atau sebaliknya, dikenakan untuk mandi wajib, bukan nya selepas pergambaran filem. Kenyataan beliau itu tersiar dalam media pagi tadi.


- fajar dibumi rompin tercinta

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi