Sawah Padi Sepayang dalam edisi 'jejakwarisan'

Friday, February 19, 2010



Selesai menjamu selera pagi di rumah ibu mertua Puan Shimah di kampong sepakat pada 15hb febuari lalu, saya dan beberapa orang kakak kakak yang lain bersetuju mengalih agenda dipagi itu untuk meneruskan lagi ‘ekspedisi jejakwarisan’ untuk kali ke berikutnya.Untuk teks sepenuhnya sila klik tajuk atau readmore.



Untuk kali ini kami mudik kehulu Sepayang bersama enam buah kenderaan yang di ketuai lagi oleh kak Mymoon. Manakala ahli ahli ekspedisi yang lain termasuk kak Rahimah dan keluarga, Cik Saha, Paizah dan keluarga, Najjah dan keluarga, Fadilah serta suami nya, Kamal & Kak Mymoon serta keluarga saya sendiri. Rasanya jika tidak silap seramai 19 orang yang mengikuti rombongan ini termasuk Andak Tun.


Kawasan sawah padi paya Sepayang menjadi destinasi kami kali ini, tanah sawah tinggalan orang tua kami yang seluas 3 ekar itu diwariskan pula kepada Paizah, Najjah dan Anita.

Hampir berketepatan selama 45 tahun yang lalu aku masih mengingati akan kehidupan kami di disini. Lebihkurang berusia 5 tahun tika itu aku sering diletak didalam ‘ambong’ dan dipikul oleh datuk aku Pak Teh Da dan aku cukup gembira sambil memakan buah ‘lletup dan timun tikus’.

Saban pagi aku ditatah dan diusung oleh kakak kakak yang lain dengan gelagat nakal masa kecil. Mahupun kedua orang tua kami setelah penat membanting tulang disetiap hari, Walau pun dirinya letih serta penat namun diwajah nya tetap bergembira.

Ehmm.. sedikit synopsis untuk tanah warisan ini.


Ekspedisi kami melintasi dua buah jambatan konkrit iaitu jambatan sungai Kerpai dan membelok kekanan. Untuk jambatan yang kedua ini pada ketika dahulu ianya dibuat dari besi yang berlantaikan kayu, apabila sesebuah kenderaan berat melalui nya akan mengeluarkan bunyi yang amat kuat sehingga boleh didengar dimerata kampong yang berhampiran, terutamanya di waktu subuh. Jambatan itu lebih dikenali sebagai jambatan gantung kerana tiada mempunyai tiang.

Lebih kurang melewati 300 meter selepas jambatan itu kami semua membelok ke simpang kiri dan menyelusuri perlahan seterusnya. Sekian lama jalan ini kami tinggalkan, ianya sudah berubah dan boleh dilalui oleh kereta kereta kecil. Jika 40 tahun sebelum ini jalan ini hanyalah merupakan jalan denai sahaja.

Keenam enam kenderaan kami berhenti di tanah lapang kecil berdekatan dengan pembentung kecil taliair bagi memberi laluan sebuah kereta yg dating dari hala bertentangan. Kami turun dari kereta, dan kak Mymoon bersama 4,5 orang anak anak saudaranya meniti batas padi untuk mencari lokasi sebenar kedudukan tanah tinggalan orang tua kami itu.

Kak Mymoon mengatakan sesuatu pada anakbuah nya.

Ketika kami sampai meredah tanah sawah itu, kelihatan sayupmata memandang hamparan menghijau dengan kesuburan tanaman padi yang di peringkat pertengahan usia nya. Walau bagaimana pun kelihatan tangkai tangkai padi muda yang mula baru keluar dari selusur nya. Cukup cantik dan semakin merunduk juntaian nya.



Anak anak kami merasa gembira dan masing masing sebuk merakamkan gambar gambar. Mereka sebelum ini belum pernah lagi merasai suasana begini. Kami tersenyum dan terkenang dengan fenomena yang ada.


Teh, Cik, Mymoon rasa nya tidak dapat berkata apa apa hanya memerhatikan sayugia itu mungkin jauh disudut hati nya terkenang suasana disini yang pernah dilalui lewat 40 tahun lalu. Tanaman padi membentang luas diselang seli dengan petak petak tanah yang turut dihuni pepokok pisang yang tumbuh melata berkelompok.


Hampir satu jam kami berada disitu dan mula bergerak menaiki kereta masing masing untuk bergerak menuju ke Tasik Pontian.

Kamal mengetuai pula jalan keluar dengan meneruskan laluan yang sama kedepan lagi. Pada jangkaan nya jalan yg dilalui ini akan tembus kejalan menuju ke Tasik Pontian. Sangkaan kami meleset setelah tiba ke penghujung jalan itu yg jaraknya lebihkurang 600 meter, sebenarnya merupakan jalan mati dan kami sedikit gugup kerana 6 buah kereta yang digunakan itu agak sukar untk membuat pusingan balik. Manakala kereta saya yang terakhir sekali terpaksa `gostan’ atau bergerak secara kebelakangan semula dengan mengundur. Bayangkan berundur sejauh 300 meter setelah menjumpai simpang kecil berumput bersempadan dengan tanaman kelapasawit barulah saya dapat corner itupun secara amat perlahan dan di arah oleh `jurutunjuk bidanterjun’ cikgu Mail.

Kesemua menarik nafas lega dan keenam enam buah kereta dapat menyelusur keluar semula lalu membeluk ke kiri untuk ke lokasi berikutnya, Tasik Pontian. Dalam artikel berikutnya akan di lipurlara pula dengan seruling jerami padi meniup irama aku anak tani, dan jumpa lagi.

-mamat

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi