Burung Burung Dalam Seluar

Friday, March 19, 2010


Macam macam ada..

Beginilah perangai sesaorang dicelah celah kerenah orang ramai dialam ini. Kerenah kita dalam pelbagai bangsa yang ada ini bermacam kesah ada, kau style kau, dia dengan gaya dia dan ikuti selanjutnya.Sila klik tajuk nya.


Seorang lelaki bernagsa Vietnam telah didakwa di mahkamah Los Angeles hari itu atas tuduhan cuba menyeludup masuk burung eksotik ke Amerika Syarikat (AS) dengan mengikat lebih sedozen ekor pada kedua-dua kakinya dan beliau memakai seluar panjang.

Sony Dong, 46, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Mac lalu, selepas pegawai keselamatan mengesan bulu dan tahi burung pada stokinnya dan bulu ekor terjulur keluar dari kaki seluarnya, kata pendakwaraya semalam.

''Dia telah menyediakan pakaian khas untuk mengikat burung-burung itu pada betis,'' kata jurucakap peguam AS, Thom Mrozek.

Pihak berkuasa juga mengaitkan kegiatan Dong itu dengan Duc Le, yang ditahan selepas penyiasat menggeledah rumahnya di Orange County dan menemui 51 burung. Kedua-duanya didakwa berkonspirasi dalam lapan pertuduhan.

Burung-burung yang pandai bernyanyi itu dijual antara AS$10 (RM35) hingga AS$30 (RM105) di Vietnam dan dijual kepada pengumpul di AS pada harga AS$400 (RM1,400),'' kata Mrozek.

''Burung-burung itu adalah jenis yang sukar didapati dan terdapat pengumpul yang bersedia membayar tinggi untuknya,'' kata beliau.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan ialah burung-burung itu mungkin dijangkiti selesema burung

- mamat/ref:AP

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi