Anak anak saudara titisan Kuala Rompin

Friday, March 12, 2010

gambar:Tasik Sepayang pun dah surut air nya

Ehmm.. sayang nya anak sedara sorang ni..
Dalam sebulan dua tiga kali wat panggilan kat kita by handset mak dia..
Patutlah mak dia bising bising pasal credit hilang..sila klik tajuk nya.


Anak Cik Mat kata nya..
Cik Mat Anggut..

Seminggu sebelum ini kita orang dah buat lakaran untuk kembali ke Rompin..
Al maklumlah cuti sekolah selama seminggu dan diperkuatkan lagi dengan jemputan ke majlis perkahwinan anak ayah sedara… Wee Kero.. he.. he.. gelaran ternama baginya sekitar 70,an dulu.

Rasanya mungkin tak jadi, memandangkan my family yg lain agak keberatan untuk balik kampong kerana adik nya di KL bakal pulang ke Kemaman.

Inilah gadis perosak rumahtangga orang lain. Pada cuti hari raya China lalu si-dia ini berkesempatan bertemu dengan Cik Mat dalam suasana romantic konon nya. Kalau orang lain suasana romantic nya ditempat tempat menarik.. misal nya di Tioman, Genting Highland, Langkawi dan sebagainya. Tapi kita orang ni siap berjanji untuk bertemu,.. tapi kat awah padi Sepayang.

Walau bagaimana pun kita serahkan pada Teh Rahimah untuk menyambungkan lagi critera legenda sawahpadi itu.

Si-manis ini bernama Adawiyyah katanya.. beliau seringkali di angkut kesana kemari. Tak kurang juga sehingga ke Taman Melati, Quarters guru Kuala Rompin, Simpang Sepayang mahupun ke Kota Tinggi. Kecik kecik pun dah pandai melaram. Mungkin juga si-dia ini berpeluang juga ke tanah suci, gara-gara emak sedaranya bakal kesana..isya Allah.

Mungkin juga malam mini nak try buat call kat dia ni. Tapi kejayaan sesuatu panggilan itu bergantung juga dengan mod beliau sendiri. Silap silap calendar dia tak layan kita. Biasanya tak silap calendar, tapi kita yang silap.

..ehmm sorang lagi anak sedara yang masih kecil dan kini sedang dibesarkan di Taman Pelindung Perdana. Sarah anak Pak Jek ni masihlagi banyak malu malu.. kalau tak kena taktik yang baik sah gagal untuk mendukung nya. Beliau ini dah pandai berdiri dan start berjalan jalan. Kita tunggu untuk setahun dua lagi.. baru boleh ajak ke Kemaman.

o..kita relax dahulu dan..

sebelum itu nak tanya pada member yg lain apatahlagi cuti baru saja bermula. Apa kesah dengan puterijasmin? Takkan untuk mengambil kainsutera pun kena ada antara garisan. Mungkin tak sama dengan al kesah yang lebih konsisten dengan alam nya, seperti rumah ku syurga ku yang lebih mirip ke pembawaan khaznah alam sahadah!

- by editor mengejar cahaya.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi