Azmi semakin dewasa

Monday, May 10, 2010



Pertengahan bulan april lalu kami sekeluarga bercuti dan menginap di Resort Mercu Beach, Sungai Ular Kuantan. Racangan itu terjadi secara spontan


dek gara gara anak bongsu kami Norazmi yang menghadiri seminar kepimpinan pengawas pengawas bagi sekolah nya, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Kemaman.

Majlis tersebut berlangsung selama dua hari satu malam di Les Na Ri Resort, Sungai Ular.

Pada kali ini Seminar kepimpinan itu diadakan diluar Daerah Kemaman, bagi pendedahan yang lebih bermakna kepada semua pengawas pengawas lelaki dan perempuan sekolah mereka. Kami difahamkan yang perhimpunan seminar itu lebih menekankan kepada ‘gaya kepimpinan’ yg lebih bercorak dengan daya kekuatan individu.

Para pelajar itu diberi penekanan khusus yang digarapkan dengan disiplin dibawah pengawasan guru guru dan tetamu jemputan dimajlis itu.

Yang si-Azmi entahlah, nampak pada gaya boleh tahan juga, tapi apabila diperhatikan macam tak masuk majlis jer.. he.. he..


Beliau menginap di resort ini, manakala kami bertiga menginap pula di sebuah resort yg berdekatan.

Katanya beliau tidur pada jam 11 malam dan sebelum itu telah beberapakali membuat panggilan telepon kepada emak nya dan bercerita keadaan beliau yg gembira tidur bersama dua orang rakan rakan yg lain.

Pada pengamatan kami rasanya itulah satu satu nya buat pertamakali yang beliau tidur berasingan dengan kami sekeluarga. Selama ini tidak pernah ‘berenggan’ dengan emak nya. Eloklah, mungkin salah satu latihan untuk menjadi dewasa agak nya. Beliau kini sudah darjah 3 dan kata guru darjah nya, beliau ini ada unsur unsur kepimpinan, tetapi lain pula jika kat rumah. Beliau pula kita pimpin suruh pergi mandi dan gosok gigi.

Pada 1 tengahari keesukan harinya, kami pergi lagi ke resort ini, untuk meninjau keadaan Azmi dan persekitaran nya serta dijangkakan majlis beliau akan berakhir pada pukul 2 petang itu.


Semasa dalam perjalanan pulang ke Kemaman, si-Azmi ini agak kurang bercakap, mungkin juga ‘shock culture’ yang dialami nya semalam. Kita jumpa lagi di episode kedua selepas ini.

1 comments:

mantan said...

Salam,
Apa khabar orang Rompin?

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi