Buah Berangan ke Pantai Cedok Pontian Rompin

Thursday, May 27, 2010



Baru baru ini anak anak saya mencuba ‘bermain dengan’ buah berangan, almaklumlah mereka belum pernah lagi melihat buah itu sebelum ini.


Saya ketika kecil dahulu sudah selalu sangat memanjat dan mengait buah ini semasa berada di kampong Simpang Sepayang Kuala Rompin di era lkanak kanak dahulu. Masih ingat lagi beberapa pokok berangan yang terdapat tumbuh berhampiran dengan simpang masuk ke Sekolah Kebangsaan Pontian dan disitulah saya dan rakan seangkatan sering bermain serta mengait buah tersebut untuk dibawa pulang.

Diawal bulan lalu saya telah meng’order’ mesin menggoreng buah berangan, konon nya untuk men’try’ satu lagi ‘hobi’ semasa.

Anak kecil saya pun turut sebuk untuk mencuba dan menggoreng buah ini, test market katanya. Memanglah cara menggoreng perlu diambil kira dari beberapa pekara bagi menghasilkan hasil yang baik


Kekuatan api dan kitaran angin yang sesuai perlu dikawal untuk menjaga suhu gorengan buah ini, jika tidak hasilnya kurang baik kerana jika terlebih kepanasan dalam waktu tertentu ia nya membuatkan buat itu meletup serta jika banyak yg meletup bermakna hasilnya berkurangan.

Begitu juga jika tidak cukup sesuai kepanasan nya, ia lambat masak dan penggunaan gas dan elekterik akan berlebihan.


Jika stok buah mentah banyak mungkin juga akan di bawa ke Rompin pada 30 mei nanti, bagi memberi ‘rasa’ kepada para peserta dan pengunjung di pertandingan memancing “Cedok Challenger” yg di adakan di Pantai Cedok Pontian, berhampiran chalet jagaan ‘Nayi & Mat Pa’.

Difahamkan ramai anak beranak akan pulang ke Kampong sempena pertandingan itu, sekurang kurangnya dapat memeriahkan lagi dan dapat bertemu antara mereka, ukhwah!

Kata nya termasuklah Rahimah, Saharbanun, Razik, Mak Cik B, Abg Rashid Keluang, Mamat dan dijangka keluarga Paizah Taman Melati.

Kah.. kah.. hilang pula kesah buah berangan jadi cerita lain pulak..

1 comments:

MuS RaShA said...

mujur mak dpt bw balik utk mie rase..sedap jugak ya...

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi