Pekan Endau tak berapa membangun, mengapa?

Friday, May 21, 2010

hulu Sg.Endau di Kg.Peta

Pekan kecil Endau seolah olah menjadi ‘tempat nostalgia’ aku adik beradik mahu pun rakan rakan yang seangkatan suatu ketika dahulu, di era awal 70’an.


Masih terdapat antara kampong kampong disebelah Endau yang masih lagi ‘cukup tradisi’ dan sunyi dari deruan kereta. Yang lazimnya kampong2 ini cukup tradisional dan biasanya dihuni orang orang asli.

Kg.Peta sebuah kampong di hulu sungai Endau juga merupakan sebuah perkampungan orang asli dari suku Jakun yg paling jauh di pendalaman negeri Johor. Gambar ini ialah gambar Sg.Endau berhampiran kampong Peta. Cukup ‘sayu’ bila memerhatikan suasana disini.

rumah suku Jakun di Kg.Peta

Begitu juga kampong kampong dihilir mukim Endau masih banyaklagi yang tidak dipengaruhi dengan pembangunan. Bandar kecil Endau seakan akan tidak berubah sejak dari dulu hingga kini.

Baru baru ini aku pulang Kampong Simpang Sepayang, kampong keluarga aku dan disebelah petang nya pergi ke Endau bersama ahli ahli keluarga yang lain. Lebih 30 tahun berlalu, tidak banyak perubahan yang ada. Hanya jambatan yang menggantikan feri sebagai menyambung perhubungan dengan Rompin atau negeri Pahang.

Dibawah ini saya sempat juga merakamkan gambar pekan Endau yang sekian lama ditinggalkan. Bab pembangunan Bandar ini kita serahkan kepada kebijaksanaan pemerintah yang ada.


Walau bagaimana masih ada beberapa kenalan dan ahli waris di pekan ini. ‘Minah Kembar’ gelaran kepada waris keluarga saya yang menetap di pekan Endau. Pak Ghani suaminya merupakan pengusha bot bot nelayan di pecan Endau ini.

Sebuah menara jam telah dibangunkan berhampiran tepi sungai Endau ini berhampiran dengan jambatan. Menjadi mercu tanda Bandar ini agak nya.






Sungai Endau mengalir dari Banjaran Tahan di negeri Pahang, melalui Taman Negara Endau-Rompin dan terus ke Laut China Selatan di sebelah timur. Bandar Endau terletak di kuala Sungai Endau. Banyak bot nelayan ditambat jeti nelayan terutama berhampiran Jambatan Endau dan diseberang sungai merupakan sempadan dengan negeri Pahang terdapat jeti kepada bot bot yang akan ke PulaunTioman.

Terdapat banyak lagi kampong kampong lain di Endau ini, Kg.Belukar Juling dan beberapa kampong lagi sehinggalah ke Kg Penyabong yang cukup cantik dengan pemadangan nya yg terkenal dengan teluk berpulau tempat pendaratan ikan ikan dari nelayan nelayan.

Mungkin dilainkali kita fokuskan lagi dengan penceritaan khusus nya Kg Penyabong ini.

p/s- satu hal pulak, buat buat artikel cari cari gambar Endau nak posting yg disimpan dalam memeori kad tak jumpa..pening, last last cari gambar lain.

5 comments:

Db Cooper said...

gua pon anak jati endau, dah 22 taun idup bernafas dengan 'udara' endau nie

Hashira Yusoff said...

menara jam tu bukan mercu tanda endau sbb mnara jam tu dah masuk sepdan tnjung gemuk, pahang. btw, x sgka gmbr kdai mak sy masuk blog awk. hehehe.. :)

http://hashira91.blogspot.com/

Anonymous said...

seronok kekadang melihat kesegaran sesuatu kawasan.Tidak mati, tidak hidup. Kenangan bugar senantiasa.

Anonymous said...

saya pun org ndau.. duk kt pekan ndau tu tp skang stay KL. If sebut arwah bapak sy sume org2 lama myb kenal la kot. Cikgu d sana.

Hazwanie Harun said...

saya bangga jadi orang endau!:)

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi