Hai ketag kepala lutut - Ri-Yaz Heritage P.Duyung

Thursday, June 10, 2010



Pada 5hb lalu aku bersama 3 lagi ahli keluarga yang lain telah berangkat ke Kuala Terengganu untuk bercuti selama dua hari. Kami menetap selama itu di Hotel Permai Inn. Selanjutnya klik tajuk artikel.

Kesempatan percutian itu turut dipenuhi dengan menghadirkan diri ke perjumpaan “Pra-Gathering Anak Anak Terengganu” yang kesemuanya terdiri dari para forumer Tranungkite Online yg lebih pendekatannya dengan panggilan Tko. Termasuk beberapa org dari nya adalah bloggers yg menetap dipantai Timur.


Kehadiran semua seramai 47 orang termasuk anak anak dan isteri masing masing. Dua orang dari nya datang dari Keluang Johor sementara itu beberapa orang lagi dari Kuala Lumpur yg merupakan anak Terengganu.

Sambutan itu bertempat di Ri-Yaz Heritage & Spa di Pulau Duyung. Sememang nya di akui lokasi berkenaan cukup cantik dan kebersihan yg terkawal, al maklumlah tempat penginapan yg bertaraf dunia juga sering dihuni oleh pelancung pelancung dari Eropah ketika pertandingan perahu layar “monsoon cup” saban tahun.


Pada mula nya ketibaan kami dan mendaftar seperti biasa saja, tetapi apabila selesai majlis jamuan makan petang dengan pelbagai juadah yg mengasyikan barulah saya perasaan yg beberapa orang jemputan yg diundang terdiri dari dua orang ustaz serta 6 orang moderator web Tranungkite Online, hanya yg datang ialah dua orang ustaz dan saya seorang saja dari tetamu yg diundang.

Selesai pengerusi majlis berucap secara spontan beliau menjemput saya yang dikatakan selaku “wakil Tranungkite” untuk merasmikan majlis tersebut.

Saya yg tidak menduga samasekali serta tiada langsung berpengalaman dalam hal itu, pandang kiri pandang kanan terpaksa juga naik kepentas bagi mengelakan kerosakan majlis yg ada.

Hang bayangkanlah,.. ketaq juga lutut aku.. majlis sebegitu dan dilangsungkan ditempat yg disegani dan diluar sana lebihkurang 40,000 orang ahli forumer Tranungkite Online dari seluruh dunia.. siapa tak ketaq. Kita ni sapa..cokia.. he.. he..

Hendak tak hendak continue sajalah..seolah olah ‘bidan terjun’ rasanya. Cakap dua tiga patah rasmi terus.. he.. he..

Semasa acara suaikenal atau sessi takruf, kita pulak dipanggil untuk menyampaikan hadiah.. mujur juga kita turut menerima hadiah.

Sebelum sessi berakhir dia orang mengajak semua yg hadir bergambar beramai ramai sebagai kenangan. Terimakasihlah kepada mereka semua dengan layan yg baik dan denhgar ceritanya kemungkinan besar bakal di adakan gathering bagi semua forumer seleruh Negara di Tasik Kenyir nanti. Dijangka forumer yg menetap diluar Negara turut diundang.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi