Hari Keluarga Aku di Lagoona Villa Resort Cherating 2010

Friday, June 18, 2010


Untuk kali kedua aku dan keluarga membuat penginapan diresort ini, dek gara gara kesuntukan masa untuk diadakan majlis hari keluarga semasa musim cuti persekolahan tahun ini. Kebanyakan resort di Gebeng dan Cherating sudah full house.

13hb jun lalu searamai 11 keluarga telah menghadiri majlis ini termasuk anak saudara dari Endau Johor dan Muslimi dari Peramu Kuantan yg datang kesaorangan kerana isteringa masihlagi baru lepas berrsalin. Manakala Puan Fadhilah dari Kuala Rompin juga datang kesaorangan kerana suami nya punya tugas lain.

Kakak dari Senai, Kuala Rompin dan Kuantan manakala adik adik yang lain datang dari Wangsa Maju, Pianggu, Pasir Gudang, Kuala Rompin dan Beserah dan lebihkurang 50 orang termasuk anak anak kecil.

Persiapan yg dijangkakan selepas asar itu, tergendala dari jadual asal nya, kerana ramai dari ahli keluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Kuala Rompin dan turut berkejar pula ke Cherating Kuantan serta ada dari mereka tiba ke sini diwaktu malam.

Wakil dari Wangsa Maju yg tiba awal dan diikuti pula wakil dari Kemaman yg sampai hampir jam enam petang.

Saya sendiri turut merasa susahhati memandangkan sudah pukul 6.30 ptg hanya ada dua keluarga saja, yang mana mengikut jadual kesemua hadirin kecuali anak anak kecil dikehendaki sembahyang maghrib berjemaah dan di ikuti dengan kuliah atau tazkirah selepas itu yg akan disampaikan oleh Ustaz Yusof dari Kemaman.

Ehmm.. hampir jam 6.45 ptg barulah nampak kelibat Hashimah keluarga dari Rompin diikuti pula keluarga dari Pasir Gudang serta keluarga Ali dari Endau. Setelah mereka mendapatkan tempat penginapan masing masing barulah tiba pula En.Razik dari Beserah walaupun dia ini agak dekat lokasinya dengan Cherating, tetapi kelewatan nya disebabkan beliau menghadiri satu seminar perniagaan di Kuantan.

Keluarga Cik Saha dari Medan Tok Sira pula tiba bersama ‘kelengkapan’ nya, saya dan Razik mempersiapkan system bunyi bagi majlis kuliah maghrib nanti.

Setelah selesai sembahyang maghrib beramai ramai di dewan resort tersebut, barulah tiba Ustaz Yusof dari Kemaman. Beliau menyampaikan kuliah/tazkirah yang banyak menyentuh perihal kekeluargaan serta menekankan ketaqwaan keutamaan mendirikan sembahyang sebagai tiang agama.

Semasa kuliah disampaikan, terdengar juga beberapa buah kereta dari ahli keluarga yg bari sampai dan selepas sembahyang isya barulah bertemu beberapa keluarga dari Johor dan Kuala Rompin.

Hampir pukul 10 malam barulah acara makan malam yg turut dimeriahkan lagi dengan pembakaran ayam dan makanan lain termasuk keropok, mee goring dan diselang seli dengan buah berangan goring.

Ketika kami semua menjamu selera dimalam itu, anakbuah dari Taman Melati dan Kemaman asyik sebuk mempromosi kain tudung dan buah berangan nya, tiba tiba turun hujan dan masing masing bertempiaran lari ke bawah canopy.

Kami yg jarang jarang bertemu itu, asyik berbual dan tanya khabar dan jam 11 lebih baru masing masing mula beredar ke bilik penginapan. Hanya yg tinggal aku, Razik dan Hisham Wangsa Maju yg masihlagi meneruskan perbualan.

Lewat malam barulah kami kembali ke bilik masing masing. Mungkin kesah untuk hari esuknya akan di muatkan dalam fasa kedua nanti.

1 comments:

MuS RaShA said...

Nasib dpt mkn gak buah berangan~

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi