Lokasi baru Pemancingan Pantai Kuala Pontian

Friday, June 4, 2010


Pada 30hb mei lalu tepat jam 6.10 pagi minit aku terus ‘memudik’ ke selatan tanah air lagi, dan pukul 8.33 minit pagi tiba ke destinasi yg dituju, Pantai Cheduk Kuala Pontian. Untuk selanjut nya sila klik tajuk.

Difahamkan lokasi ini merupakan satu lokasi yg bakal menjadi tempat pelancungan yg cantik seandainya dipermajukan lagi. Pantai yg amat landai ini berhadapan dengan dua buah pulau kecil yg dikenali sebagai Pulau Docong Besar dan Docong Kecil.

Disini juga terdapat sebuah penginapan ‘Cheduk Resort’ dibawah kelolaan anak tempatan dan juga merupakan ‘kawan sekampong’ aku semasa kecil dahulu.


‘Cheduk Challenger 2010’ satu pertandingan memancing yg julung kali diadakan disini dibawah pengerusi anjuran nya, EnAb.Rahim Burok yg juga merupakan bekas guru aku di SMKR Rompin dahulu.

Aku park dilokasi ini lebihkurang jam 8.30 pagi dan setengah sudah pertandingan dimulakan.

Suasana pantai ini berubah secara mengejut, setelah sekian lama ‘muram’ tanpa penyelesaian. Beratus ratus buah kereta yg ada dan diletakan dibawah pohon ru melambai perlahan diselami dengan beberapa buah gerai makanan dan canopy urusetia pertandingan.


Anggota keselamatan Polis dan Rela sebuk kesana kemari bagi mengawal suasana itu, termasuk ‘Wi Kero’ sebagai anggota Rela yg bertugas.

Difahamkan seramai 263 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan menurut En.Rahim Burok penyertaan agak terjejas kerana ini adalah pertamakali diadakan disini serta bertembung dengan satu lagi pertandingan di Melaka.

Disini agak ramai bertemu dengan rakan rakan lama dan saudara mara setelah berpuloh tahun aku menetap di negeri lain.

Johan dalam pertandingan ini Berjaya menaiki pari lalat seberat 14.200kg manakala naib johan nya juga pari seberat 12.800 kg.

Aku sendiri jarang melihat hadiah yg ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah terlalu banyak jauh melewati hadiah untuk para peserta. Mungkin untuk meraikan warga kampong atau pengunjung agak nya.

Pertandingan ditamatkan jam 1.00 ptg tetapi acara penyampaian hadiah membawa ke hampir pukul 4.00 ptg.

Konon nya sempat juga ‘mempromosi’ buah berangan dimajlis ini dan turut diwar warkan oleh DJ bertugas En.Lan bekas rakan sekolah aku dahulu.

Rasanya cerita ini kurang penghayatan nya kerana selepas berjumaat nanti aku sekeluarga akan berangkat pula ke Pulau Duyung Terengganu untuk perjumpaan “pra-bloggers” termasuk ‘kaki forumer’ lebihkurang 50 orang seluruh negeri.

Kesimpulannya: Cheduk Challenger 2010 ini bolehlah di anggap berjaya kerana pertamakali ianya diadakan disini dan pertamakali juga dianjurkan oleh mereka yg takpernah punya pengalaman dalam hal ini. Semoga dilain kali lebih berjaya lagi dan insya Allah akan bersambung di siri kedua nanti.

3 comments:

MuS RaShA said...

rugi x dpt pegi..hrap lain kali adda lg...

Anonymous said...

jgn lupe lain kali...

Anonymous said...

Asslm....sy ingin mengatahui dgn lbh lanjut ttg cheduk resort..dgn siapa sy boleh bhubung...tq
ini contact sy :

019 969 5538 ( azrel taher )
09 556 5601 ( pejabat )
GEM-ASIA seminars (training consultant)

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi