Kuala Pontian ditelan zaman

Tuesday, July 6, 2010

Masjid di kampong sebelah

Di akhir akhir 60’an dahulu, aku cukup terharu dengan suasana kehidupan di kampong aku. Kampong Kuala Pontian Rompin Pahang.Kalau nak baca teks selanjutnya bolehlah klik tajuk artikel.

Pada ketika itu ‘kekuatan’ kampong aku agak gah hampir mengatasi Kuala Rompin, yang sudah menjadi Majlis Bandaran sekarang.

Kampong aku diwaktu itu lengkap dengan Balai Polis, Pejabat Hutan, Sekolah Keb. China, Klinik Bidan, Pejabat Kastam tetapi sekarang sunyi sehinggalah cerita ni ditulis hanya yang tinggal Cuma pondok Polis dan masjid sahaja itu pun sudah beralih ke kampong Parit Raja, kampong bersebelahan.

Dimana silap nya ini? Kampong Kuala Pontian semakin hilang dari persada yang tinggal hanya lebihkrang 10 keluarga sahaja yg masih menetap. Hidup segan mati tak mahu walaubagaimana pun dijangka kampong itu tetap akan ‘hilang’ untuk beberapa tahun lagi seandainya tidak diselamatkan.

Inilah gara gara keprihatinan pihak kerajaan kita sendiri yang memindahkan sebahagian besar penduduk kampong itu ke satu penempatan baru di daerah Rompin. Apa tujuan aku pun tidak pasti al maklumlah pada ketika itu, kalau tak silap dipertengahan 80’an. Aku pun masih mentah lagi tidak mengerti ‘urusan kerajaan’.

Yang amat dukacita nya, Adun Tioman termasuk daerah Rompin sekarang adalah merupakan anak jati Kampong Kuala Pontian kerana emak dan ayah nya sememangnya orang Kuala Pontian. Beliau juga merangkap kawan aku sendiri dan insya Allah selepas artikel ini tersiar aku akan cuba menge’call’ beliau agar jangan lupa kepada bekas kampong aku itu. Apatah lagi penggal beliau sebagai Adun Tioman semakin hampir untuk berakhir ataupun pilihanraya ke-13 semakin mengintai intai hari pembubaran nya.

Yang kelihatan hanya rumah tok imam Atan, rumah mak cik Minah emak saudara aku, rumah emak cikgu Sazili Mat Nor, Mak ngah Siah, Cik Mah, rumah Manaf, Pak Su Wi, rumah Pak Su Jusuh Teksi, Mak Su Lek, kedai Cu Ni dan sebuah dua lagi yg tak pasti nama tuan pemilik.

Sesekali aku pulang ke Kampong Simpang Sepayang, kadang kadang aku turut juga ke kampong lama aku itu, sayu hati ini apabila Cuma kelihatan bekas bekas tapak sekolah aku dahulu yang diasaskan pada 1917 termasuk bekas jeti perikanan, bekas tapak klinik, serta tinggalan beberapa rumah hampir roboh. Bekas tapak masjid pun sudah tidak kelihatan lagi.

Jeti lama, balairaya, balai Polis, sekolah China, pejabat kastam, surau lama sudah hilang bekas bekas nya setelah dihakis arus sungai yang semakin ditinggalkan.

Entahlah mungkin jenarasi jenarasi lama yg tinggal tak beberapa kerat itu yang masih mengingati lagi kampong itu.

Peta dibuka pun kampong tersebut tak kelihatan, antara Nampak dan tak Nampak sahaja. Zaman semakin berubah, kampong itu semakin sepi!

2 comments:

MuS RaShA said...

sedih juga ...

Anonymous said...

kat masjid ni ...petang2 dulu aku selalu main bola ngan anak makcik biah

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi