menanam pokok salak di dalam pasu

Thursday, July 29, 2010


Kerana minat dengan tanaman pokok salak, Penghulu Mukim Juluk, Anuar Ibrahim mengambil inisiatif menanam salak dalam pasu sebagai pendapatan sampingannya.

Biar pun kesihatannya tidak menentu kerana penyakit kencing manis, tetapi kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian tidak membataskannya terus mengusahakan tanaman itu.

Anuar berkata, pada mulanya dia hanya mengusahakan tanaman salak di belakang rumah nya sahaja dan menyedari potensi pokok salak dalam pasu ada peluang untuk maju, dia meneruskan usaha ini.

“Tanaman salak dalam pasu masih baru lagi saya usahakan dan akan memperkembangkannya sekiranya diberi peluang dan modal mencukupi,” katanya yang menanam salak sejak 15 tahun yang lalu.

Menurutnya, lagi pun tanaman salak dalam pasu ini begitu diminati kerana ia senang dibawa dan dijadikan pokok hiasan di sekitar rumah.

“Berbanding pokok hiasan lain, hanya cantik bila berbunga, tetapi pokok salak hiasan dalam pasu ini berbuah dan buahnya boleh dimakan,” katanya.

Menurutnya, untuk sepasu pokok salak dijualnya dengan harga RM50 hingga RM100 dan kebanyakan pembeli datang sendiri ke rumahnya untuk memilih mana-mana pokok salak yang ditanam ini.

“Setakat ini saya menjual di rumah kerana untuk meluaskan pasaran ke kawasan lain, masih kekurangan modal untuk mengusahakan secara besar-besaran,” katanya.- b/hs25

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi