Perjalanan 2 syawal 1431 ke Kuala Rompin

Tuesday, September 14, 2010

Gambar rumah yang diubahsuai ke homestay

Pukul 6.24 pagi 2 syawal lalu, aku sekeluarga mula bertolak ke Kuala Rompin untuk menyambut hari kemenangan itu setelah sebulan berpuasa demi mempertabatkan bulan kerahmatan bagi kita di muka bumi ini.Ikuti seterusnya...

Hanya anak bungsu aku sahaja yg kurang berjaya memenuhi tuntutan berpuasa di bulan untuk full satu ramadhan, sebagai ketua rumahtangga aku mendapat info yang beliau ketinggalan lima hari bagi mengejar tuntutan agama itu.

Dipendekan cerita, perjalanan di awal pagi cukup mengasyikan kereta lain boleh dengan jari hanya beberapa buah shaja yang ditemui. Jalan raya semacam sunyi apatah lagi baru masuk 2 syawal. Matahari masih lagi belum menunjukan cahayanya hanya kelihatan sinar sinar kecil nya dan dijangka 30 jam lagi ianya bakal meninggil dan aku sudah melewati kawasan perindusterian Gebeng.

Mula memasuki Bandar Kuantan dan aku memilih jalan melalui jambatan Tg.Lumpur untuk meneruskan ‘xpdc’ ini. Anak anak aku agak keget dengan kejadian alam tika itu, sepanjang jalan dari Peramu ke Tanjung Batu aku terus menempuh kabus yang agak tebal serta terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan yang dinaiki.

Jalan Pekan ke Rompin turut sunyi hanya 4,5 buah kereta sahaja yg ditemui dan tiba di Nenasi waktu sudah jam 8.10 minit, panduan tidaklah selaju mana walaupun kenderaan lain agak berkurangan tetapi sisasisa kabus mula hilang setelah melewati pecan Nenasi.

Pukul 8.33 minit tiba di Bandar Rompin dan hati tertanya tanya juga mengapa terasa agak cepat tiba ke destinasi kali ini, lebih kurang 2 jam setengah, walaupun perjalanan di halang dengan kabus tebal sepanjang lebihkurang 100 km dan aku tiba ke lokasi 7 minit kemudian.

Kelihatan sudah ada adik beradik yg lain yg tiba lebih awal ke kampong halaman nya. Satu keluarga dari Senai, Pasir Gudang, Endau, Beserah, Medan Tok Sira Kuantan, Taman Melati Gombak dab beberapa yang lain dari Kuala Rompin sendiri.

Rasa nya tak perlulah dikatakan ketika itu, apabila semua nya bertemu di hari raya cerita cerita yg ada sperti juga di tahun tahun sebelum nya, tak banyak beza

Cuma apabila terpandang rumah ‘lama’ rumah kelahiran kebanyakan dari kami sudah bertukar wajah dan di fahamkan ianya bakal diubah menjadi “Homestay” atau untuk sewa harian.

Walaubagaimana pun ianya perlu dikemaskan lagi biar menjadi lebih ideal dan sesuai untuk kegunaan seperti yang dirancangkan.

Di hariraya ke 3 kami semua berziyarah kerumah sedaramara yg lain termasuklah rumah cikgu Fadhilah di quarter Rompin, rumah anak sedara di Endau iaitu En.Ali seorang peniaga nasi ayam di Tanjung Gemok, rumah Awang Din dan Pakcik Awang ayah sedara kami di Simpang Sepayang.
Lebihkurang pukul 4.30 ptg keluarga aku berangkat pulang semula ke Kemaman.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi