Empat ekor ketam Kemaman... cantik!

Friday, October 8, 2010


Ha.. ha.. petang khamis kemarin teman minta tolong saing baru teman untuk membeli perangkap ketam. Rakan baru kawe ni baru saja seminggu trenning belajar membaiki handset kat Center Point Kemaman.

Kalau kat kampong ambo di Rompin, oghe panggil ‘bito’ jenis alat untuk memerangkap ketam, tak kiralah kat laut ke atau kat sungai.

Entah macam mana gara gara nak menangkap ketam datang tiba tiba saja setelah kawe pulang ke Rompin minggu lepas dan membawa pulang 4 kilo ketam ‘renjong’ ke Kemaman. 1 kilo lebih di beli oleh tokey kedai handset Cendana dan sekilo lagi dibeli oleh saing sekerja.

Dipendekan cerita, lepas sembahyang Jumaat tadi kawe bersama anak anak membawa 3 biji ‘bito’ ke jeti orang tua di sungai Bukit Kuang, sambil dibantu oleh kawan kawan kepada anak yg mahir memasang umpan dan tali tali, kesemuanya diturunkan ke dalam air dengan selamat nya…

Saya sebenarnya bukanlah ‘kaki’ bab bab membito ketam ni, tapi semangat itu datang tiba tiba saja, continue jer..

Umpan bito itu pun di ambil ikan selayang dalam peti sejuk kat rumah, yg hendak dijadikan cerita nya, selepas perangkap ketam itu di labuhkan saya pun pulang ke rumah dan mengajak ahli keluarga pergi makan kenduri di rumah kawan at Gong Pauh.

Ketika habis berbual bual dengan tuan rumah tempat kenduri itu, satu panggilan telepon diterima dari anaknda yg mengatakan satu perangkap sudah mengena, kawe hanya tersenyum saja lalu bergegas pulang.

Tiba kat rumah kawe pun ‘online’ hampir waktu maghrib, anak kawe membawa pulang 4 ekor ketam yg Berjaya didaratkan. Teman merasa teruja dengan hasil itu walaupun tidak sebanyak mana, tapi oleh kerana belum pernah lagi di alami semacam itu, kita memang terasa.

Hasil itu 3 ekor dari nya adalah ketam ‘nipah, dan se ekor ketam ‘renjong’ @ ketam bunga dari species yg selalu di tangkap di laut.

Aku hanya mampu tersenyum lalu mengambil camera untuk diup-loadkan ke dalam ‘youtube’ he.. he..

Kita jumpa lagi keh.. keh..

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi