Fadhilah ke tanah suci & ketupat pulut Rompin

Sunday, October 3, 2010


Alahamdulillah..
Seorang lagi ahli keluarga bakal menjejakkan kaki nya ke tanah suci dan beliau berangkat bersama suaminya pada 22hb. nanti.

Hidupkan rukun Islam itu dan kita semua umat Islam jangan hanya setakat bergembira sahaja ke tanah suci itu. Kita jangan lupa masih banyak tugas tugas yg sedia ada apatah lagi untuk ‘memeriahkan’ suasana ke Islaman itu. Bila selesai rukun kelima itu, continue terus demi bergelar umat yg sejagat.

Teman turut mengingatkan diri sendiri dalam hal ini. Sampai bila kita terus begini.

Teman berada di Kampong Simpang Sepayang Rompin lebihkurang 20 jam dan cukup gembira bertemu dengan ramai ahli ahli keluarga yg lain mahupun rakan rakan lama yg masih berada dan bermain main bersama semasa kecil dulu. Berkesempatan juga berjumpa Din Mak Teh Selamah, cik gu Din Pengetua Sekolah Kebangsaan Pontian dan ramai lagi.

Majlis ‘ukhwah & silaturrahim’ sempana berangkat nya adik saya ke Mekah itu nanti turut dihadiri ramai para jemputan termasuk guru guru rakan beliau yg sama sama bertugas di sekolah nya.


Ehmmm.. majlis itu cukup meriah walaupun agak sederhana gembira dengan kehadiran adikberadik arwah ibu teman, termasuk Long Husein, Makcik Minah, Mak The The dan juga Wie Kero.

Sedang kita orang semua sedang galak berbual bual, majlis itu di kejutkan dengan khadiran buah buah berangan, chesnut goreng dari Kemaman Terengganu. Ramai orang dimajlis itu agak kelu..he.. he..gurau jer..

Disebelah petang pun masih lagi ada ramai yg datang ke majlis itu silih berganti dan bersalam salaman dengan Puan Fadhilah & suami.

Teman juga menerima satu panggilan telepon dari seorang rakan dari jeti Kuala Pontian yg mengatakan sebuah bot bakal mendarat dengan hasil tangkapan ketam yg banyak. Teman bersama seorang peraih ikan dari Pasir Gudang yg juga merangkap adik ipar teman dan bergegas ke jeti. Disana kami memborong 8 kilo ketam ‘renjong’.

Pada petang itu juga Abg Rashid & keluarganya terus kembali ke Keluang begitu juga keluarga ‘Mak Bie’ mahupun keluarga Cik Saha yg mana anak nya sering diusek sebagai ‘buaya’ gara gara memakai baju jurong yg kain nya bercorak kulit buaya.

Disebelah malam nya, acara membungkus ketupat pulut. Peserta yg mnegambil bahagian termasuklah kak Mymoon, Rehmah, Nor dari Kemaman, Tun dan C-Mah dan pengadil jemputan dari Pontian isteri Pak Su Wie.

Setelah di analisakan oleh pengadil dan para juri kesemua peserta adalah gagal memenuhi ‘kritria’ selaku pembuat ketupat pulut, apatah lagi tidak memenuhi beberapa ‘kaedah’ sebenar.


Bayangkanlah setiap ketupat yg terhasil tidak memenuhi ‘standard’ yg ada, malah banyak yg disiapkan didapati agak janggal rupa nya. Ada yg tergeliat, ada bucu kanan kecil dari bucu kiri, ada yg isi pulut nya terkeluar di kedua dua bucu kiri dan kanan apabila hujungnya disimpul.

Agak dukacita juga apabila ditanya bagaimana ketupat boleh berwajah demikian, mereka menjawab “salah daun palas”, daun palas pendeklah, daun palas tak cukup matanglah…

Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang jongkit!

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi