Kedai Kopi Kemaman riuh dek Rozaliya kena colek

Friday, October 22, 2010


Bila terdengar anakbuah kampong jiran mengalami musaqqal, terasa perit juga peha kiri walau pun tak dicubit sesiapa. Al maklumlah jiran kita yg berdekatan, antara kami taklah jauh mana sekadar 40 minit atau se eloknya lebihkurang 35 km saja antara Cheneh dengan Chukai Kemaman.

Kita pada mula cukup truja dengan kejadian itu, apa tidak nya sejak akhir ahkir ini kita semua di ‘layani’ dengan peristiwa pembunuhan di Banting.

Mulalah riyuh pikuk di kedai kedai kopi, jenayah semakin seriuslah, rogol bunuh sudah menjadi mainanlah… sedih dan simpatinya teman. Bukanlah kerana dia itu gadis cantik atau pun se orang ‘muslimah warak’ (gambar bertudung ) tapi terasa macam ‘orang kampong’ kita.

Setelah beberapa hari sahabat sahabat lain atau para orang ramai membuat andaian, lebih kurang jam 12 tengahmalam rabu lalu, hamba terkejut dan boleh dikategorikan sebagai tertipu bila menerima berita dari BERNAMA yg si-cantik ini turut didakwa di colek itu ‘berada di Bukit Bintang’ dan dilapurkan telah ‘berhijrah’ secara rela kesana… adeh..

Menurut kata Polis seperti di lapurkan BERNAMA "disini tiada babitkan kes jenayah".

Kalau dah tak mahu kawin atau dah menyampah kat tunang, perbuatan begini bukanlah cara kaedah sebenar untuk mengatasi nya.

Siap buat SMS, “tolong abang ada dua org ekori saya” dan dikatakan mengeluar duit kat bank dan dirompak lalu menuju setesen bas untuk ke KL.

Mengapa pilih Bukit Bintang? Tak ada tempat lain lagi ke?.. ndak habaq kat hang.. Bukit Bintang tu macam tempat syurga ke dua selepas Gentinhg Highland. Seolah olah perlu ambil lessen kat sini untuk kesana. Kalau kat Amerika, Bukit Bintang ini adalah Las Vegas…hang tahu tak? kalau tak ada pelacur bukan Bukit Bintang nama nya. Disini kita kena mengerti.

Kita orang kat Kemaman ni ‘menangis’ bila mendapat cerita ‘orang orang kita’ di colek, siapa tak sedih dengan jenayah sekarang, bunuh sana bakar sini..

O.. bila tersiar kat surat khabar tuu.. perlu simpati, siap pakai tudung comel lagi tapi apabila dan clear dan jumpa kembali, aduuh.. hilang dah tudung entah kemana…dan siap buat kenduri kesyukuran. Kita bukanlah tak bersyukur dengan pulang semula dalam keadaan selamat, tapi perlulah fakir semula, apa tindakan orang terdekat…

Tiba tiba kata tunang ada something rong pulak.. kalau tak suka tunang apa perlu kita meng’aibkan nya? terlibat pula keluarga tunang… apalah salah nya jika dah tak suka pada tunang, menyampah ke,..tunang suka konkong ke..beritahu mak ayah putuskan saja pertunangan itu, habis cerita. Ada ke patut kita mencolek tunang kita? Ada ke perlu kita mencuri duit kita sendiri?

Tak perlulah ‘buat SMS’ ke, tak payah susah beli tiket untuk ke Bukit Bintang tak banyak tugas orang lain pulak. Apabila berita ini tersebar, bermakna seluruh dunia ‘sudah kena’.. kita lihat siapa yg kena!

Sementara itu kita singgah disini kejap: “ada seorang bermain main di tepi hutan dan beliau menjerit, tolong tolong disini ada harimau, tolong.. tolong..
Apabila ramai orang kampong datang untuk membantu, dia memberitahu o.. saya bohong saja.

Minggu depan dia buat lagi “tolong .. tolong..harimau datang, para penduduk kampong juga masih datang untuk membantu” o… saya bohong sajer.. orang orang kampong merungut dan pulang.

Minggu berikut nya si-mamat ni bermain juga disana, dan beliau betul menjerit meminta tolong kerana betul betul harimau yg datang. “Tolong.. tolong.. harimau betul yg datang niii..” jeritan nya tidak dihirau oleh orang kampong.

Fikir fikirkan sendiri. - Ayuthia Telok Kalong

p/s- Hanya pendapat pengarang artikel itu sahaja dan ini tidak bermakna ianya sama dengan pendapat penerbit blog ini. Oleh kerana ruangan ini adalah blog bebas penerbit siarkan juga.

1 comments:

cerita nya bagus sekali

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi