KURSUS MENCETAK T-SHIRT PERINGKAT ASAS

Monday, October 18, 2010


KURSUS MENCETAK T-SHIRT PERINGKAT ASAS

Walaupun pembelajaran ini adalah di peringkat asas tetapi hasil nya kita sudah boleh untuk melakukan kerja kerja mencetak t-shirt, dan saya akan terangkan cara cara nya dari awal hingga kita dapat menyiapkan satu baju nanti, insya Allah.

Aktiviti mencetak baju secara manual ini, cukup menarik apa lagi kepada mereka yg creatif dengan imejenasi nya. Tak kiralah kepada anda semua yg ingin menjadikan nya sebagai hobi mahupun untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan dan sebagai nya.

Sebelum itu kepada anda yang masih baru dalam bidang ini, disini saya listkan alatan yg perlu disediakan untuk pakej permulaan yg menjadi asas pembelajaran diperingkat ini.

Alatan untuk menyediakan frame/blok yang siap untuk diguna

1- Kayu beluti kecil dan alatan untuk buat frame @ blok kayu bersaiz 1”X1” atau 1”X2”
2- Stapler gun untuk memasang kain sutera pada blok
3- Silk screen @ kain organdy
4- Kotak pemancar cahaya @ expose box untuk transfer artwork ke blok
5- Buku teks pelbagai saiz untuk dibuat pengalas/tindeh artwork semasa proses pemancaran cahaya
6- Foto Emulsion dan campuran sensitizer
7- Pengering rambut
8- Tape kertas
9- Hardener

Cara cara untuk menyediakan blok itu akan saya terangkan selepas ini atau semasa anda semua menghadiri kursus nanti pada tarikh dan tempat yg akan di beritahu kelak,dan bagaimana hendak menyediakan kotak expose, memasang kain silk pada blok, meratakan foto emulsion pada blok dan beberapa pekara yang berkaitan dengan nya.

Secara detail nya bagaimana untuk membuat frame/blok, membuat meja @ kotak pemancar, membuat artwork dan beberapa pekara lagi sehingga anda semua berjaya untuk melakukan atau menghabiskan kursus ini dengan jaya nya.

Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat selepas kursus akan saya berikan insya Allah dan saya akan beri tunjukajar yg sesuai dengan kursus peringkat ini sebelum anda semua berminat untuk menambahkan kemahiran selanjut nya.

- matjejakrasul

1 comments:

Anonymous said...

boleh bagi no phone.. sy ingin hadiri kursus ini.. lokasi dimana? saya di kl.. hubungi saya d nombor 0134777862 (boy)

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi