'Sabar Menanti' nyanyian dan restoran

Friday, October 15, 2010


Ehmm..kalau tak silap saya lagu Sabar Menanti nyanyian Broery yg terdapat dalam filem ‘Hapuslah Air Mata Mu’ adalah ciptaan Ahmad Nawab, alunan nya cukup menggetarkan jiwa dan ketika itu aku masihlagi bersekolah dipertengahan ‘70an.

Irama nya cukup mendayu dan mengusik jiwa, kalau tak caya dengarlah sendiri dan kalau jiwa korang tak terusik juga dengan lagu itu, jangan salahkan saya pulak.

…dan katanya di Cerating Kuantan terdapat pula sebuah restoren yg bernama ‘Sabar Menanti’ walaubagaimana pun aku sendiri masih belum ‘menjumpai’ nya lagi setakat ini. Jai tak dapatlah kawe hendak mengulasnya berlebihan lebihan.

Namun begitu restoren yg berjenama yg sama turut berada di sebelah stadium Ipoh Perak. Sesekali direnung agak lucu jugak nama restoren restoren ini dan jika anda semua kurang percaya bolehlah pergi ke Kandahar Street.

Di- 48 Kandahar Street Singapura ada restoran sebuah lagi restoren 'Sabar Menanti'. Restoren in yg menyediakan nasi Padang, beriani dan sebaginya telah diasaskan oleh Haji Marlian Atharn yang berasal dari Sumatra Selatan.

Maka tak hairanlah kalau nama ‘sabar menanti’ ini digunakan pada sebuat lagi restoren di Yokyakarta Indonesia. Apa hendak dihairankan juga kalau diambilkirakan… restoren yg kat Singapura itu di asaskan oleh orang Indonesia, pemilik restoren di Yokyakarta menggunakan nama yg sama juga pada restoren nya, malah lagu ‘Sabar Menanti’ ciptaan Ahmad Nawab ityu pun di nyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia, Broery Marantika.


Elok juga dengan nama demikian pada restoren restoren tersebut dan boleh dikatakan sesuai sekali. Kerana kalau pihak restoren itu lambat menyiapkan makanan yg di tempah atau dipesan kita tak bolehlah nak maraahkan sangat..sabar menanti punya restoren..
Sabar ajerlah…

Maklumat juga diterima, di Paka Kemaman juga terdapat kedai makan yg bernama begini dan mungkin jika berpeluang melalui Paka nanti hendak juga cuba cuba berhenti makan kat sana. Kalau tak jumpa pun ‘sabar mencari’ lah.. bukan lagi sabara menanti!

- mamatrompin

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi