Ayah Mertua Biras Aku Kena Tumbuk

Sunday, December 26, 2010


Sebenar panjang kesahnya, almaklumlah ‘kesah rumahlah tangga’ kata P.Ramlee. Bayangkanlah kalau kita juga mengalami kesah yg serupa, pening barang nii…

Bila rumahtangga dah bergoncang, terkeluar semua rahsia yg ada. Kalaulah tangga sahaja yg bergoncang, lain cerita.

Aku kata ke mu, mu kata kat aku. Abang selalu mengorat perempuan lain, Abang selalu pergi Cherating.

Awak bila berkerja selalu sms pada lelaki, anak anak saya yg jaga. Itulah sedikit ‘sinopsis’ babak babak awal. Kita pun kurang minat untuk mengesah cerita selanjutnya. Apalagi mereka pun anak beranak kita jugak. Cukuplah sebagai pengajaran bagi kita semua. Mana ada manusia yg sempurna, kalau tak caya try check surah ‘abasa ayat 1 – 10.

Tiba-tiba datang Abdullah bin Um Maktum lalu berkata:
"Ya Rasulullah ajarkan kepadaku apa yang diajarkan Allah kepadamu". Dan tidaklah dihiraukan Nabi saw. akan Ibnu Maktum. Maka diserunya nabi saw. berulang-ulang kali sehingga pada hal ia tidak mengetahui bahawa Nabi saw. pada ketika itu sedang sibuk berdakwah kepada pembesar-pembesar Arab ketika itu, sehingga menjadi masam dan berpaling daripadanya. Maka turunlah ayat di atas ini.

Anas bin Malik ra. berkata: setelah turunnya ayat ini Nabi saw. selalu memuliakannya, bahkan selalu menanya kepadanya kalau-kalau ia ada hajat apa-apa. (HR Abu Ya'laa)


Maka turunlah surah ‘abasa atau ‘ia bermasam muka’

Lantaran dari masaalah kedua mempelai lama itu, rumah aku pula dijadikan markas bagi ‘kejadian’ ini.

Bermakna kita semua memang ada melakukan kesilapan.

kalau nak baca keratan ini sila klik untuk besarkan gambar

Ayah mentua saya turut berbunyi dan menegur besan nya pada suatu malam. Lantas membawa pertengkaran untuk beberapa minit. Ayah mertua saya ini nampak macam berkecuali jer bila menghadapi masalah anak dan menantu nya ini. Depa menegur besan nya dan mengajak masuk kedalam rumah untuk berbincang, apabila besan nya enggan, dia pun naik bengang. Besan terus pulang dalam kemarahan.

Petang keesukan harinya, si-besan bersama anak lelakinya membuat ‘perangkap’ untuk menjerat ayah mertua saya, depa menalipun berpura pura untuk menyewa crane,(jentera sewaan) yg si-ayah mertua ini tidak tahu apa apa lalu datang berjumpa untuk berbincang pasal harga sewa crane.

Tiba didepan sebuah kedai runcit berhampiran setesen minyak shell kg.Besut Kemaman, terjumpa si-besan nya yg bertengkar semalam.

“mengapa awak kata saya binatang semalam?” kata si-besan itu, baru saja ayah mertua hendak menjawab tiba tiba datang seorang lelaki (anak si-besan ini, dan juga merupakan abang kepada menantu ayah mertua saya) mencuit nya dari belakang, apabila ayah mertua saya berpaling melihat kebelakang, lalu terus ditumbuk muka nya bersama dengan satu objek keras (dalam metro kata bukulima) ayah mertua saya pun terjatuh dan mukanya cedera. Bila dilihat dalam scene x-ray, pihak hospital mengesyaki tulang hidung nya patah @ retak. Dahi nya pecah2 dan tertonjol bengkak.

Setelah tertangkapnya penyerang itu jam 11 malam itu juga, dua hari selepas itu datanglah wakil keluarga besan tadi, minta maaf dan menyesal katanya. Malah katanya si-menantu ingin berbaik baik semula.

Begitulah ya… pihak ni bengkak bengkak muka, depa tu senang senang jer minta maaf dan menyesal, yg merana dipihak ni apa cerita? Dan rasa nya selepas ini banyak pula cerita cerita lain yg akan diterima. Itulah gara gara berpunca dari kesah adik ipar aku merangkap adik bini aku kalau tak percaya tanyalah aku! Gambar itu adalah bukti dari aku. - budak rompin

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi