Mudah bersalin antara pengalaman mereka

Thursday, December 9, 2010

gambar hiasan
Sambil hamba relax’s terfikir juga akan pekara ini, apa lagi sahabat sahabat dan saudara mara sering menghadapi nya. Apalagi kepada mereka yg baru pertamakali atau yg bakal melahirkan anak sulong nya.

Teman pun kekadang pernah juga mendengar beberapa cara bagi memudahkan untuk mereka yg bakal bersalain. Tak kiralah sama ada yg belum pernah melalui nya lagi, mahun kepada mereka sudah menghadapi nya.

Kita perhatikan dan insyaAllah memberi serba sedikit pengajaran yg baik kepada kita semua.

Ada juga mereka yg berpendapat untuk memudahkan bersalin, perlulah sering meminum air kelapa. Seelok katanya biarlah semasa kandungan kita berusia tujuh bulah keatas. Mungkin juga pengalaman itu banyak memberi kesan kepada mereka. Pernah juga dia orang cakap apabila sering meminum air kelapa, baby kat dalam tu agak aktif. Sebab sebab sedemikian juga mungkin berkaitan dengan amalan meminum minyak kelapa setelah kandungan meningkat ke tujuh bulan. Makluman itu mungkin juga ada kebenaraan nya, sebab minyak kelapa dihasilkan dari santan kelapa dan katanya perlulah di amalkan dari usia kandungan 7 bulan sehinggalah bersalin. Ia atau sebaliknya, wallahua’alam.

Seandainya kepada mereka yg selalu menggunakan kaedah tradisi, kita juga selalu mendengar ‘minyak selusuh’. Minyak ini selalu nya di siapkan oleh mak bidan kampong atau pun para Ustaz Ustaz mahupun tok tok guru, kerana ianya banyak berkait dengan doa doa serta kaedah tertentu melibatkan keagongan agama Islam.

Dimaklumkan penggunaan minyak selusuh ini, perlu di sapu dua atau tiga hari sebelum kelahiran bayi dan diminum sesudu ketika hampir bersalin. Sekira nya bayi berada dalam kedudukan songsang, minyak ini juga digunakan untuk mengurut nya bagi membetulkan kedudukan itu.

Begitu juga apabila menghadapi masaalah ini, air yg sesuai digunakan adalah air zam zam. Buah kurma juga elok dimakan bagi menambahkan tenaga si-ibu.

“Firman Allah kepada Siti Maryam yang bermaksud, "Dan goyangkan pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu."

Saya sendiri ada juga terdengar banyak cerita cerita, antara sebab sebab memudahkan orang perempuan bersalin ialah dengan memohon ampun dari suami secara ikhlas serta banyak amalkan membaca surah Mariyam dan surah al-nahl ayat 78. Insya Allah dengan kerahmatan Allah, ramai mereka yg bersalin ini telah diberi kemudahan. Itu pengalaman yg mereka lalui.

Ada juga sesetengah orang berkata, “kalau mandi tu dah basuh rambut...lalukan air yg bersih dan minum air dari air yg turun dari hujung rambut itu” dan berniat agar dipermudahkan untuk bersalin seperti laluan air tersebut sambil bersalawat kepada Allah.
Ini petua katanya.

Walau bagaimana pun itu semua adalah dari kuasa Allah jua dan kita semua perlulah memberi perhatian dan perbanyakan ‘sujud’ nya kita pada NYA. - bumirel

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi