Perjumpaan ngan Hajjah Fadhilah & Suwami Rompin

Sunday, December 12, 2010


11hb kelmarin, hamba sekeluaga berlepas ke Kg.Simpang Sepayang via Kuala Rompin. Al maklumlah untuk bertemu sanak saudara yg dikategorikan ‘diluar coverage hariraya’.
Kebetulan pula secara positif nya peluang ini direbut, dek hari cuti persekolahan, menghabiskan balance cuti tahunan dan kepulangan cik adik kita & suwami dari tanah suci.

Apabila bertemu anak buah ini, faham faham sajer..macam macam cerita yg ada. Tapi untuk kali ini beberapa ‘tunggak utama’ tak dapat bersama. Dimaklumkan kakak kat Kuantan demam demam, kakak kat Skudai terseliyuh jari kaki, katanya terlanggar meja kat sekolah nya. “puh tangkal balik pintu, budak nakal saja begitu”…

Adik kat Taman Melati pun gagal juga untuk turut bersama, walau bagaimana ‘majlis’ itu cukup meriah dan dapat info jamuan makan malam hari itu ditaja oleh mak mentua si-simah kg.sepakat tuu,.. teman sapu udang dengan ikan patin jer..berpeluh hidung beb..

De’ Lah pun walau agak kurang sihat sikit sempat juga bercerita pengalaman nya di Mekah. Katanya Sharifah Aini pun ada… dan Nik Aziz pun ada tak kurang juga banyak kes lucu yg terjadi..

Razik dari Beserah pun satu…asyik berebut ‘kerusi urut’ dengan saya. Majlis dinner pada hari itu dibuat secara ‘perangkap’ kerana tuan rumah iaitu De’Lah..ehmm.. sekarang dah Hajjah Fadhilah hanya tahu disaat saat akhir. Walaupun majlis secara tertutup, ramai juga yg hadir, termasuklah jiran keluarga jiran Simah, keluarga Simah sendiri, Ke Ju (Kay & Junaidah) dari Tanjung Gemok, Puteri Jasmin & keluarga dari Pasir Gudang, keluarga Pak Jek dari Beserah Kuantan, keluarga Kamal Mymoon dari Simpang Sepayang dan blogger dari Kemaman.

Malam itu bermalam beramai ramai dirumah Ustazah Rahimah, dan yg menjadi tradisi nya setiap kali bertemu, kami tak lekang dengan ‘jamuan layan diri’. Keesukan nya 12hb majlis makan pagi yg berlangsung pada 10.00 pagi.. lewat makan pagi gara gara ‘anak anak lelaki’ yg dua orang tu… berpelesiran dan berjumpa ‘orang kampong’ berbual punya berbual dah terlewat… mengeluh mereka tertunggu tunggu kat rumah.

Nasib baik ‘perut panas’ itu disejukan dengan mee bakso dan karipap, kalau tidak entahlah..

Lebihkurang jam 10.30 pagi saya sekeluarga menjadi keluarga pertama untuk ‘meminta diri’ dan pulang semula ke tempat yg bertolak semalam, Kemaman.

Dalam perjalanan pulang ke Terengganu, kami sempat pula singgah sebentar di Tanjung Batu, bukan hendak meneropong anak bulan, tapi hendak menunjuk tempat itulah saban tahun dijadikan lokasi meneropong anakbulan oleh jabatan agama Pahang, kepada anak anak dan kepada isteri adik kakak saya.

Lebihkurang jam 1 kami tiba semula di ‘kampong Natrah’, lalu cepat cepat memberi minum susu kat anak anak kambing yg menanti kehausan, tunggu kami balik dari Rompin..

p/s- gambar gagal di uplod

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi