Mengambil gambar pembunuh sebelum dibunuh

Wednesday, January 5, 2011


Secara spontan beberapa saat sebelum Reynaldo Dagsa terbunuh kerana di tembak oleh pembunuh nya, beliau telah ‘mengambil’ gambar si-pembunuh tersebut. Penduduk asal yg menetap di Caloocan City, Filipina itu memotret pembunuhnya, beberapa saat sebelum peluru pistol menamatkan riwayat hidupnya.


Pada mulanya, pada awal Tahun Baru 2011, Dagsa bergambar bersama keluarganya di luar rumah dan mereka bertiga berdiri disebelah kereta, waktu itulah, tanpa disedarinya, seseorang yang sedang mengacukan pistolnya ke arah Dagsa tertangkap gambarnya dan kelihatan dalam foto keluarga Dagsa itu serta terdapat juga sseorang lelaki lain yg juga sebagai rakan sipembunuh itu seperti dalam lapuran CNN.

Seperti dalam lapuran AP dan AFP pada Selasa 4/1/2011 kelmarin, keluarga Dagsa membuat lapuran dan menyerahkan foto itu kepada polis. Tanpa mengambil masa yg lama, pihak polis telah mengenal pasti dua orang penjenayah itu dan telah pun berjaya ditahan lapuran berita negara itu pagi tadi.Laki-laki itu ditahan atas tuduhan melakukan pembunuhan.

Si- pembunuh kelihatan di dalam gambar itu memakai topi besball terbalik. Pembunuh itu berdiri di belakang anak perempuan Dagsa, isteri dan ibu mertuanya semasa hendak bergambar, mereka tidak menyedari orang itu ada di belakang mereka.


"Ketika dia sedang mengambil gambar keluarganya di Hari Tahun Baru, sang pembunuh itu muncul dan dia secara spontan dan tidak sengaja mengambil gambar sang pembunuh yg sedang mengacukan pistol ke arahnya," kata kepala polis setempat Jude Santos.

Gambar yang diberikan kepada media massa diedit sehingga keluarga Dagsa yang ada di dalam gambar itu tidak nampak kerana, keluarga nya khuwatir akan diburu untuk balas dendam. – edit dari Josephus Primus & CNN

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi