Pulau 'The World' Dubai di kuatiri tenggelam

Friday, January 21, 2011


“The World” nama satu projek raksasa merupakan kumpulan 300 buah pulau buatan manusia yg dibina di luar pantai Dubai UAE. Kumpulan 300 buah pulau itu dibentuk menjadi kedudukan Negara Negara di dunia.

Kepulauan buatan mewah ini mula diperkatakan kerana semakin ‘tenggelam’ sedikit demi sedikit.

Kemewahan pulau pulau ini memang tidak dinafikan dengan pembangunan kompleks hotel dan villa villa mewah nya dan dikatakan kini semakin terhakis pasir pasir nya serta perjalanan bot bot sering terganggu dengan mendapan tanah tanah yg membuat air ada yg dalam dab cetek.

Seorang peguam British mempertikaikan pemaju projek itu “"Pulau-pulau itu beransur-ansur jatuh kembali ke dalam laut," kata Richard Wilmot bahagian QC, kepada syarikat Penguin Marine, dan menunjukkan bukti "hakisan dan kemerosotan pulau-pulau The World", tambahnya lagi.


Jika dipandang dari pantai Dubai, kelihatan kumpulan pulau pulau itu agak samar samar dan ianya agak jelas jika dilihat dari atas Burg Khalifa bangunan tertinggi dunia itu dan sekarang ia telah dibuka kepada orang awam.

Menurut syarikat pemaju, 70 peratus dari 300 pulau ‘The World’ itu telah dijual. Vila-vila yg hampir siap termasuk Villa Palm Jumeirah, telah ditawarkan jualan nya kepada pemain bola sepak terkenal dunia termasuk David Beckham dan Michael Owen.

Penjualan villa villa itu juga ditawarkan kepada bintang bintang perfileman dunia yg lain, sama ada ia atau tidak sambil bergurau Brad Pitt dan Angeline Jolie berkata mereka akan mempertimbangkan nya.

Nakheel, adalah pemaju projek ini Dubai World dan pertikaian didengar oleh tribunal harta melibatkan Penguin Marine, yg merupakan syarikat yang membeli hak untuk menyediakan khidmat perjalanan bot pengankutan ke pulau-pulau itu.

Beberapa kontraktor mula tawarhati untuk meneruskan projek tersebut. Nahkeel mengatakan mereka akan menunaikan satu jaminan bernilai £1 juta sekira nya berlaku kemudharatan dalam projek itu.

Penguin Marine mendakwa yang pengusha2 pulau-pulau itu telah "secara perlahan telah menghentikan". Mr Wilmot pula antara seorang engineer menggambarkan projek itu sebagai "mati".


Jurucakap bagi Nakheel pula menyatakan bahawa kepulauan itu tidak tenggelam dan sudah tiga tahun telah membuat kajian serta pengawasan berkala tetap dibuat bagi menyiasat pergerakan pasir pasir di pulau pulau itu.

Lapuran ini saya kutip dari the teleghraph dan kita semua ramai yg mengetahui yg Dubai ini merupakan antara bandaraya termewah di dunia maka tak hairanlah dengan penampilan sedemikian. - matjejakrasul

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi