Sekolah Antarabangsa bakal dibuat dari Kapal Pengankut Kapalterbang

Sunday, January 23, 2011

HMS Invincible

Baru baru ini Seorang ahli perniagaan Hong Kong telah membuat satu tawaran tender sebanyak 7.7 juta dolar Amerika untuk membeli kapal induk tentera laut England, HMS Invincible.

Lam Kin bong ahli perniagaan tersebut berhasrat untuk mengubah suai kapal pengankut kapalterbang itu menjadi sebuah sekolah antarabangsa yg ingin ditempatkan di China berhampiran dengan Hong Kong.

South China Morning Post melapurkan Lam Kin bong menyatakan keinginan nya itu untuk membuat tawaran "daring" melalui jaringan dunia maya. Kapal itu yang sudah tak aktif lagi, pernah memainkan peranan nya dalam konflik Kepulauan Falkland 1982 perang Balkans and Iraq. Kapal ini juga pernah berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja British dari 1973 sehingga 2005. Ia nya menggunakan injin turbin gas Rolls-Royce ketika berkhidmat dahulu.

Lam Kim Bong yang mempunyai rangkaian restoran terkenal di China, Wing Wah, menawarkan untuk membayar lima juta pound (7,7 juta dolar) dalam lelongan tender HMS Invicible, lapur surat kabar itu.

Sekiranya beliau menang dalam lelongan itu, Lam berhasrat untuk menarik HMS Invincible, kapal induk yang seberat 22.000 ton itu ke bandar Zhuhai, China selatan dekat Hong Kong dan Macau. Lem Kim Bong yg bakal mengubah kapal induk itu menjadi sekolah "untuk membantu membina hubungan komunikasi dan budaya antara China dan England", katanya.

Pengusaha itu memberi tahu South China Morning Post ia tidak memikirkan untuk menggunakan kapal tersebut sebagai bertujuan ketenteraan, apa lagi yg sekarang ini Amerika sering memerhatikan perkembangan ketenteraan China.

Lam Kim Bong juga mengatakan antara pilihan lain seandainya beliau Berjaya dalam tender itu ialah membiarkan kapal tersebut berlabuh di Liverpool, England dan juga ia bakal mengubahnya jadi "sekolah bagi memberi kefahaman mengenai China dan orang China di England".

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan England memberi tahu South China Morning Post bahaqwa semua komponen kapal tersebut akan ditanggalkan. Ianya dijual kosong saja, dan beliau berkata lagi “membeli peralatan seperti ini adalahseperti membeli bom," tambahnya – alihbahasa men/cahaya

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi