Lada paling pedas didunia ditanam di Grantham

Saturday, February 19, 2011


Lada yg paling pedas didunia berukuran 1’17 skala Scoville (ukuran haba pedas) telah ditanam oleh Nick Woods 39 dalam sebuah case penanaman juga dipasarkan di pasar Grantham di Lincolnshire, England...

Kepedasan lada yg ditanamkan beliau kini tercatit dalam Guinness Book of Records. Kepedasan lada itu mengatasi rekod yg dipegang oleh Bhut Jolokia dari India sebelum ini.

Mr Woods, yang menjalankan perniagaannya sendiri Fire Foods dari rumahnya di Grantham, berkata yg kepedasan cili nya itu mengatasi rekod di Guinness Book adalah secara kebetulan saja. Beliau mencuba memakan lada yg dihasilkan nya itu kerana didapati buah cili itu agak kelainan dari yg sebelum ini.

Pada mulanya memang rasanya sedap apabila dimakan tetapi dengan cepat kesan dari lada itu telah membuat kerongkong nya panas membakar dan “saya merasakan badan saya bergoyang dan tidak dapat dikawal, lalu saya duduk berehat dan saya tidak dapat bercakap dengan baik lagi”. Saya tidak mencadangkan untuk orang lain memakannya secara mentah, ia perlu dimasak dahulu, tambah nya.

Mr.Woods juga bekas pekerja RAF, memulakan perniagaan cilinya sejak lima tahun lalu setelah diberi sebuah kilang oleh seorang kawan nya. – perwangi/telegraph19

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi