Yusupova berkahwin di abad 19 dan tertua didunia

Thursday, March 17, 2011


Seorang wanita kelahiran Uzbekistan bernama Tuti Yusupova yg lahir pada 1 Julai 1880 di anggap menjadi manusia tertua masakini yg paling lama di dunia sekarang. Umur nya memasuki 128 tahun dan 6 tahun lebih tua dari orang tua sebelum ini, seorang wanita Perancis Jeanne Calment, yang berumur 122 tahun.

Yusupova tinggal di kota Tortkol yang bermaksud Empat Danau. Kota Tortkol terletak di Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau telah hidup selama tiga abad. Rekod ketuaan beliau dapat dikesan apabila Safar Hakimov, Local Authority Chairman Uzbekistan di Tortkol, mencari orang yg berumur 100 tahun ke atas bagi mengkaji dan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan pada 2008


"Saya mengalami gangguan pendengaran dan penglihatan namun saya merasa sangat sehat," kata Yusupova kepada Cihan di rumahnya di Tortkol. Yusupova adalah pengusha sebuah ladang dan berkahwin ketika umur 17 tahun semasa tahun 1897 di abad ke 19. Yusupova tinggal di kota itu bersama menantu perempuan beserta cucunya. Dalam 2008, dia telah dianugerahkan pingat Shukrat (Medal of Honor) oleh Presiden Karimov.

1 comments:

dhea said...

waw,, bisa enggak saya panjang umur kayak gitu ya??? ckckck

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi