Cucu baru Osama Laden

Tuesday, April 12, 2011

Omar dan isterinya Zainah

Orang kuat Al Qaida Osama bin Laden dijangka bakal memiliki cucu baru apabila anak nya Omar bin Laden 30 dan isteri Zainah 55 meminta Louise Pollard mengandungkan janin mereka.

Louise Pollard seorang Inggeris yg berasal dari Bristol juga pernah ‘mengandungkan’ cucu Osama sebelum ini iaitu September tahun lalu tetapi telah keguguran akibat diserang oleh dua lelaki yg tak dikenali. Pekara dijangka apabila diketahui yg Louise Pollard memberi khidmat untuk mengandungkan cucu Osama. Anak yg dikandung ketika itu adalah kembar.

Isteri Omar Laden, Zainah adalah seorang muallaf yg namanya sebelum ini ialah Jane-Felix Browne merupakan seorang perempuan Inggeris. Beliau berkahwin pada julai 2007 setelah bertemu Omar di Mesir.

Louise Pollard Ibu mempunyai anak yg berusia empat tahun ini tidak peduli jika orang mengecam dirinya kerana menjadi ibu pengganti bagi cucu Bin Ladin. “Mereka berhak menjadi ibubapa sepeti mereka yang lainnya. Menjadi anak kepada Bin Ladin memang tidak mudah bagi dia,” kata Louise.

Osama dikatakan telah empat kali menikah dan memiliki 26 anak. Namun tidak ada makluman yang jelas mengenai hal itu.

Dikatakan seandainya anak yg dikandung nya itu dilahirkan dengan selamat , Louise akan dibayar 10 ribu pound sterling. Louise juga sebelum ini pernah diupah duakali oleh pasangan yg lain. – m/cahaya/faisal Dailymail

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi