Pramugari diajarkan Kung fu

Monday, April 18, 2011

Lumpy Tang sedang berlatih bersama duta syarikat penerbangan Rose Chan

Satu lapuran dari South China Morning Post edisi Ahad, 17 April 2011 melapurkan pengurusan penerbangan Hong Kong airlines memberi latihan pertahankan diri Kung Fu kepada semua pramugari nya, berikutan sering menerima gangguan dari penumpang penumpang yg sedang mabuk.

Entahlah kat Negara kita, mungkin mereka berpendapat tak sesuai untuk berbuat begitu. Sebab itulah kurang cantik jika para penumpang disajikan air air berbueh itu.

Para pekerja kabin atau pramugari perlu untuk belajar jurus-jurus wing chun, dari silat Kung Fu sebagai menghadapi pertempuran jarak dekat, tambahnya.

Menurut salah seorang pramugari Hong Kong Airline, Lumpy Tang berkata “pada awalnya saya agak janggal kerana ianya adalah sebahagian dari kerja kami, tapi setelah beberapa sessi latihan kami mula menyukai jurus wing Chun ini” kata si-gadis 22 tahun itu kepada South China Morning Post.

Menurut jurucakap Hong Kong Airlines, Eva Chan, pelatihan bela diri ini gara gara mereka diganggu oleh para penumpang yg tidak berdisiplin dan yg sedang mabuk. Tambahnya lagi ilmu beladiri ini amat perlu kepada pramugari kerana sering menrima gangguan dari penumpang berbadan besar dan mabuk.

"Biasanya, pramugari tidak mampu menangani seorang penumpang berbadan besar, terutama saat mabuk. Mungkin dengan mempelajari seni ini sekurang kurangnya dapat juga mereka mempertahankan diri. – permatawangi/viva

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi