Masjid Kampong Holland akan lenyap 6 bulan lagi

Saturday, May 21, 2011

Masjid Kampong Holland, Lorong Liput

Bangunan nya yg nampak usang di tengah-tengah deretan kafe dan kedai-kedai serba moden serta pembangunan baru di kawasan Holland Village.

Namun Masjid Kampong Holland masih berupaya memberikan khidmat kepada masyarakat Melayu-Islam - sekurang-kurangnya buat setahun lagi. Menurut dokumen yang diperolehi Berita Harian, Lesen Penggunaan Sementara (TOL) bagi masjid di Lorong Liput itu telah dilanjutkan hingga 31 Disember tahun ini.

'Selagi ia berdiri kami akan berusaha memakmurkan masjid ini,' kata Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Kampung Holland, Kapten (Bersara) Haji Shamsudin Shadan, 74 tahun. Beliau percaya para penduduk khususnya warga tua yang tinggal di kawasan berhampiran pasti gembira kerana buat masa ini masjid itu masih boleh digunakan.

Malah para pekerja Islam di bangunan Kementerian Pendidikan serta bangunan Biopolis dan Fusionopolis di Buona Vista turut menggunakan masjid tersebut. Masjid yang asalnya sebuah surau itu, menduduki tanah pemerintah yang kini di bawah naungan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Menurut surat TOL yang dikirimkan HDB, yuran bulanan bagi lesen tersebut akan dinaikkan daripada $763 kepada $840 sebulan mulai 1 April tahun ini.

Ini bermakna yuran TOL masjid itu ialah $10,783 bagi tahun ini. Tahun lalu yuran TOL bagi masjid itu ialah $9,999.(Dalam ringgit Singapura). Sejak dibina pada 1975 rangka bangunan masjid kecil separuh kayu itu tidak banyak berubah. Bumbung masjid misalnya terpaksa diperbaiki tidak berapa lama lalu agar tidak bocor ketika hujan.

Palang besi di tepi masjid, kotak derma besi antik dan sebuah radio model lama yang masih berfungsi mengembalikan nostalgia kepada masjid tersebut. Apa yang boleh dikatakan moden ialah alat hawa dingin di dewan solat masjid.

Memandangkan keadaan masjid yang agak lama, ramai yang menyangka bangunan itu hanya menunggu masa sajaha memberi laluan kepada pembaharuan.

'Ramai penduduk serta jemaah sering bertanya bila masjid ini akan dirobohkan, pernah juga ada seorang tauke hartanah bertanya kepada saya sama ada tapak tanah bagi masjid ini hendak dijual. 'Dia tanya berapa nak jual,' kata Haji Shamsudin.

Sementara itu, menurut Setiausaha LPM masjid tersebut, Haji Rahmat Mawa, pihaknya akan meneruskan kegiatan bagi para jemaah di masjid tersebut sepanjang tahun ini. Yang dijangkakan hanya tinggal enam bulan saja lagi.

'Kalau boleh kami harap tempoh penggunaan tanah bagi masjid ini dapat dipanjangkan agar kami dapat memperbaharui masjid ini.

'Memandangkan ruang agak sempit, pada waktu solat Jumaat ada jemaah yang terpaksa berada di luar masjid,' kata Haji Rahmat. - Adli Yashir Kuchit

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi